Tuesday, September 14, 2010

I'm the worst TS fans ever!!

Bagi peminat setia Taylor Swift.. Pastinya menjadi orang terakhir yang mengetahui Taylor baru sahaja menyampaikan lagu terbarunya pasti akan membuatkan orang tersebut tidak dapat memaafkan dirinya dan berasa cukup bersalah dalam perkara ini.. Dan perkara tersebut berlaku kepada Atikah pada Hari Taylor Swift iaitu pada 13 September 2010..

Atikah sebenarnya melalui perjalanan yang cukup jauh dan memenanatkan.. Namun sebelum memulakan perjalanan tersebut, hati Atikah meruntun supaya buka internet sekarang.. Namun Atikah buat x kisah sahaja dan terus simpan laptop untuk mengelakkan Atikah tertinggal perkara paling penting.. Ialah nanti x de laptop habis x boleh nak buat kerja..

So perjalanan dari Kuantan ke Kuala Lumpur cukup membosankan Atikah.. Atikah x boleh nak tidur seperti kebiasaannya sampailah lagu Mine berkemundang di radio Hitz.Fm.. Ianya membuatkan hari Atikah sekejap namun selepas itu Atikah rasa bagaikan ada sesuatu yang x kena.. Namun sekali lagi Atikah endahkannya..

Sampai sahaja di KL, Atikah pergi beraya dekat rumah mak saudara.. Namun entah kenapa hati Atikah meruntun-runtun supaya buka internet.. Namun sekali lagi Atikah x endahkan dan makan tengah hari sebelum meneruskan perjalanan dari Kuala Lumpur ke Teluk Intan pulak.. Dalam kereta Atikah cuma tidur kejap dan hati Atikah kembali memaksa Atikah bukak laptop, namun sekali lagi Atikah endahkannya..

Namun bila sampai ke Teluk Intan Atikah berjaya lupakan sekejap hasrat hati ini.. Namun Atikah berkeras menghalang hajat ayah Atikah nak pergi beraya di Ipoh.. Dan akhirnya ayah Atikah mengikut kehendak Atikah dan meneruskan perjalanan pulang kembali ke Taiping.. Namun sepanjang perjalanan tersebut Atikah x boleh tidur walaupun Natalie mengumandangkan Mine dan Today Was A Fairytale di Hitz.Fm..

Atikah rasa sedikit kecewa kerana tahu Taylor x menang apa-apa tahun ini di VMA selepas setahun Kanye memalukannya di hadapan ramai orang.. Walaupun Atikah menjangkakan kekalahan ini kerana music video Fifteen tidak setanding music video You Belong With Me yang menang tahun lepas.. Namun Atikah rasa x kena dalam diri Atikah..

Sampai di rumah apa yang Atikah ingat ialah makan dan mandi puas-puas dengan air pancut.. Namun ulang-alik Atikah keluar masuk bilik dan gerak hati Atikah masih mahu Atikah bukak laptop namun Atikah berkeras mahu makan dan kemudiannya tengok CSI New York dahulu dan terus masuk tidur kerana cukup penat dan keesokan harinya kakak sedare kesayangan Atikah nak bertunang..

Tapi Atikah memang giler x boleh tidur sampailah kakak Atikah kacau pukul 11.45 malam.. Atikah cuba tidur tapi masih gagal lalu Atikah ambil laptop dan connect internet.. Atikah check laman web rasmi Arsenal dahulu sebab rasa mungkin ada berita terbaru.. Tapi rasanya bukan itu punca Atikah x selesa betul sepanjang hari ini..

Jadi bilak bukak facebook Taylor Swift barulah Atikah tahu rupa-rupanya Taylor persembahkan lagu baru mengenai apa yang dilakukan Kanye kepadanya tahun lepas di acara VMA semasa memenangi anugerah VMA pertamanya.. Dan Atikah memang marah sebab x nak ikut apa yang hati Atikah cuba bagitau..

Rupa-rupanya sama ada Atikah sedar ataupun tidak Atikah sebenarnya ada naluri tentang Taylor Swift.. Begitu juga dengan naluri Arsenal Atikah yang hampir kebanyakannya benar.. Atikah rasa lepas ini Atikah patut lebih prihatin dengan apa yang cuba disampaikan kata hati Atikah.. Kerana ianya mungkin mampu mengelakkan perkara sebegini berulang lagi..

Apa-apa pun lagi baru Taylor Swift ini cukup hebat sekali.. Inilah Taylor Swift yang Atikah suka.. Siapa yang cakap Taylor Swift x berbakat, anda semua cukup ketinggalan zaman sekali.. Kerana Taylor Swiftlah evolusi baru muzik dunia tidak lama lagi.. Percayalah.. Adios!!

Wednesday, August 18, 2010

My 2010 handball experience (part 1)

Hmmm.. Rindu giler dengan hari-hari menggalas cabaran SMK Simpang untuk perlawanan peringkat daerah Larut Matang dan Selama dalam kejohanan bola baling.. Sebenarnya tiada siapa yang tahu apa misi sebenar Atikah di kejohanan ini selain daripada mencuba yang terbaik daripada tahun 2007 di mana Atikah banyak dibolosi di pengalaman pertama main bola baling di kejohanan tinggi..

Misi pertama ialah cuma menjadi bertanggungjawab supaya dipilih jadi kapten pasukan di mana tugas itu digalas Atikah semasa di sekolah rendah.. Namun misi tersebut cukup sukar memandangkan ada pelajar senior.. Namun itu bukanlah penyebab untuk Atikah x tunjukkan kewibawaan Atikah.. Bagi Atikah semua orang kapten cuma seorang sahaja yang menjadi kapten kepada kapten..

Misi kedua ialah seperti pemain lain iaitu membanggakan cikgu kami, Cikgu Norzie yang bersungguh-sungguh melatih kami.. Namun nampaknya walaupun cigu bangga dengan pencapaian kami namun ianya tetap mengecewakan selepas tewas 4-2 kepada pasukan naib juara, SMK Tengku Menteri..

Dan misi terakhir ialah dipilih untuk saringan memilih pemain mewakili LMS untuk peringkat negeri selepas Atikah telah mencemarkan peluang Atikah di sekolah rendah selepas beraksi teruk sangat mungkin sebab tekanan, nervous dan x adanya sokongan cikgu.. Tapi kali ini Atikah nak pastikan dipilih..

Okey Atikah x nak lagi cerita situasi di hari kejohanan.. Kita mulakan dengan hari-hari penting semasa latihan.. Atikah telah berjaya mencederakan diri Atikah semasa menjalani latihan iaitu pergelangan kiri Atikah telah tercedera dengan doktor di hospital Apollo telah memberitahu yang ligamen otot kiri Atikah mungkin telah tercedera..

Ianya memang cukup menyaksikan Atikah bergelut dengan kecederaan tersebut.. Namun untuk pasukan segala-galanya Atikah akan berikan.. Selepas itu perlawanan penting menentang pasukan tahun lepas iaitu pelajar senior yang malas training dan malas nak hadir percubaan yang mahu masuk ke dalam pasukan selepas sebulan lebih Cigu Norzie membuat latihan..

Mereka menggunakan PK Koko untuk mendapatkan tempat dalam pasukan.. Dan cikgu telah buat perjanjian yang jika kami kalah kami x akan menyertai pasukan dan begitu juga dengan mereka.. Ianya menyemarakkan lagi semangat kami selepas PK Koko dan pasukan senior kata kami semua x cukup bagus untuk lawan di peringkat daerah..

Nak dijadikan cerita beberapa hari sebelum itu Atikah ambil angin di Cameroon Highlands dan di Perlis untuk menenangkan sedikit fikiran sebelum perlawanan tersebut.. Namun cerita sebenarnya ialah Atikah boleh pulak demam sehari sebelum perlawanan tersebut.. Malam itu Atikah pun pergilah ke doktor kesayangan Atikah untuk memastikan Atikah mampu beraksi esoknya..

Atikah hadir ke sekolah dan beritahu team Atikah dan cikgu yang Atikah demam.. Apa lagi punya risaulah team Atikah dan terutama sekali cikgu Norzie yang dipenuhi tekanan.. Atikah dimarahi Cikgu Norzie semasa warm up kerana x main elok-elok.. Well sememangnya Atikah selalu main-main semasa training.. Heheh..

Lepas tu hanya beberapa minit untuk aksi dimulakan, kepala Atikah start pening.. So Atikah pun pergilah makan ubat sambil berdoa yang boleh berikan aksi terbaik walaupun dengan keadaan yang agak lemah.. Nampaknya ianya menjadi kenyataan selepas Atikah melepaskan 2 gol sahaja dan menyelamatkan banyak percubaan team lawan..

Namun keputusan seri 2-2.. Jadi ianya akan ditentukan menerusi sepakan penalti.. Ramai yang mungkin x tahu yang Atikah sebenarnya pernah melalui situasi ini semasa sekolah rendah.. So Atikah dah ada pengalaman.. Jadi Atikah cuba sedaya upaya untuk menenangkan fikiran.. Cikgu Atikah berikan nasihat supaya relax dan ikut kata hati.. Tapi sebenarnya ikut kata hati ini kadang-kadang tidak membantu.. Tetapi Atikah dah ada plan di dalam kepala..

5 balingan penalti di ambil dan Atikah berjaya menyelamatkan empat balingan dengan yang terakhir tersasar dan pasukan Atikah menang penalti 1-0.. Tapi tiada siapa tahu apa yang berlaku semasa balingan terakhir yang di ambil pasukan lawan.. Hanya Tuhan sahaja tahu bertapa gementarnya Atikah.. Namun Atikah berjaya membaca balingannya walaupun balingan tersebut tersasar..

Atikah apa lagi memang gembira namun yang sedihnya semua orang bagaikan lupa siapa 'hero' mereka selepas menyisihkan Atikah dari perayaan mereka.. Tapi semasa Atikah perlahan-lahan datang ke tempat mereka meraikan kejayaan tersebut, Cikgu Norzie datang dan memeluk Atikah dan cakap sesuatu yang Atikah lupa pulak apa dia..

Lepas itu barulah Atikah pergi peluk atau dipeluk rakan-rakan sepasukan yang lain.. Ramai yang menangis kegembiraan namun Atikah tidak, mungkin kerana perasaan gementar itu masih belum hilang lagi.. Tapi apa yang pasti rasa gembira menguasai diri.. Boleh dikatakan demam Atikah dah kebah dengan segala pengalaman tersebut..

Atikah juga sempat beritahu mereka bertapa gemtarnya Atikah masa balingan penalti itu kerana Atikah berdepan tugas yang cukup berat.. Iaitu bila team Atikah gagal masukkan gol Atikah kena pastikan team lawan tidak masukkan gol.. Dan bila team Atikah masukkan gol Atikah kena pastikan mereka x masukkan gol..

Cikgu dan mereka semua gelak sahaja.. Tapi mereka juga ada kata sesuatu yang Atikah sekali lagi lupa apa dia.. Okeylah.. Kita teruskan lagi apa yang berlaku selepas perlawanan tersebut pada bahagian kedua nanti.. Sebabnya dah penat Atikah menulis dah nie.. Okey.. Adios!!

Tuesday, August 3, 2010

My 2010 Birthday Present Wish

7 November 2010 genap Atikah berusia 15 tahun.. Tiap-tiap tahun Atikah tidak ambil peduli sangat apa yang orang bagi dekat Atikah waktu hari jadi keranan hampir setiap kali hari jadi Atikah, semua orang bagi Atikah hadiah yang memang Atikah suka.. Namun tahun ini Atikah harap sangat dapat salah satu dari 3 hadiah ini..

Hadiah yang paling Atikah inginkan dan Atikah rasa yang paling murah dari senarai hadiah hari jadi yang diimpikan Atikah tahun 2010 ini.. Album terbaru daripada artis kesayangan Atikah, Taylor Swift yang akan dikeluarkan pada 25 Oktober 2010 seluruh dunia iaitu beberapa hari sebelum hari jadi kelima belas Atikah..

Album tersebut diberi nama 'Speak Now'.. Terdapat kemungkinan 14 buah lagu (di mana Taylor Swift x pasti) dan kesemua lagi tersebut buat pertama kalinya ditulis kesemuanya oleh Taylor Swift tanpa sebarang bantuan daripada penolong penulis liriknya iaitu Liz Rose ataupun komposer lain..

Untuk tahu sama ada benar atau tidak ianya album terbaru Taylor Swift.. 2 buah lagu ini disahkan akan berada di dalam album tersebut iaitu Sparks Fly dan juga Mine iaitu single yang akan direleasekan pada 16 Ogos ini.. Dan kemungkinan juga satu tajuk lagu yang berjudul Speak Now turut berada dalam track list tersebut..

So ada sape2 yang berminat untuk berikan Atikah hadiah ini.. Percayalah kalau ada sesiapa yang boleh bagi Atikah album Taylor Swift ini pastinya Atikah giler punya happy.. Sebab ialah siapa yang x nak orang bagi free album penyanyi kegemaran anda?? Hahah.. Tahun lepas kakak (anyah @ Noor Hafizah) bagi album Taylor Swift Malaysia Edition.. So anyah ada chance dapat album baru Taylor Swift pulak x tahun nie?? Heheh..

Yang kedua ialah tidak lain dan tidak bukan jersi away 2010/2011 Arsenal yang berwarna kuning.. X nak yang home punya sebab x berapa smart.. Tapi kalau ada yang nak bagi free apa salahnya.. Atikah x memilih asalkan ianya jersi Arsenal.. Tapi kalau jersi Barcelona Atikah bagi tau awal-awal Atikah akan bakar jersi itu sebabnya Atikah tengah dalam mood anti Barcelona sekarang ini..

xbox 360.. Idaman Atikah.. Tapi tahu2 jelah berapa harganya.. InsyaAllah dalam tahun 2011 atau 2012 masa xbox 720 dikeluarkan harga xbox 360 ini mungkin akan murah sikit.. Ialah sekarang ini Atikah tengah fed up Playstation 2 sekarang ini dah kira macam ketinggalan zaman dan dah x banyak game yang dikeluarkan untuk PS2..

So ada sesiapa yang masih fikir2 apa yang nak bagi dekat Atikah masa hari jadi nanti, 3 hadiah ini mungkin memberikan pilihan.. Taylor Swift album mungkin dalam bawah RM 100 bergantung sama ada ianya DVD ataupun CD.. Atikah lebih prefer DVD (harap maklum).. Kalau jersi Arsenal tu yang Orginal punya dalam RM 200 lebih kalau yang cetak rompak punya pastikan kualiti baik punya.. Kalau x silap Atikah baru bawah RM 100..

Kalau yang xbox ini dalam RM 1000 lebih.. Ada dua pilihan sebenarnya dan Atikah sendiri x tahu apa pilihannya.. Kalau x silap sama ada controller dia ada wayar ataupun tidak.. Kalau x de wayar tu mahal sikit harganya.. Sebab ianya wireless.. Maybe harga xbox nie dah turun kut.. Atikah x pastilah.. Buatlah pilihan yang bijak.. Adios!!

P/S : Segala kerjasamamu amat dihargai.. Love you all who think about to give my this year birthday present wish..

Wednesday, July 28, 2010

Ferrari oh Ferrari

Kemenangan kontroversi 1-2 Ferrari di Grand Prix Jerman disebabkan kemenangan Alonso dilaporkan atas arahan pasukan Ferrari terhadap pendahulu perlumbaan, Massa (my favorite driver).. Hubungan baik dua pelumba ini boleh terjejas begitu sahaja.. Namun Massa menegaskan dia yang membuat keputusan untuk membiarkan Alonso memintasnya..

Atikah x tengok perlumbaan ini sebenarnya sebab terlajak time lah pulak.. Baru nak tengok, rupa-rupanya dah habis.. Silap timinglah pulak.. Atikah pun x ingat apa yang Atikah buat malam tu.. Hahah.. Rugi.. Kalau tahu Ferrari menang gerenti dari mula Atikah dah tengok.. Tapi nak buat macam mana..

Tapi apa-apa pun Atikah rasa Ferrari dan Alonso patut bagi Massa menang disebabkan dia baru menyambut setahun dia hampir sahaja kehilangan nyawanya akibat perlumbaan di Grand Prix Hungary 2009 yang lalu.. Di mana Atikah lambat lebih kurang 5 minit sahaja sebelum lihat kejadian ngeri tersebut..

Atikah ingat lagi.. Waktu tu Atikah baru je balik dari jalan-jalan dengan keluarga di Taiping.. Bila bukak je siaran langsung pusingan kelayakan, tengok bendera merah dikibarkan.. Atikah ingat apalah yang berlaku.. Bila mereka tunjuk je ulangan, Atikah terkedu kerana Atikah kenal sangat dengan jentera dan helmet pemandu yang malang tersebut..

Ianya ialah Felipe Massa.. Atikah sememangnya sebak semasa melihat kejadian tersebut.. Kerana Massa memandu dalam kelajuan 170 km sejam dan terus melanggar tembok tayar selepas kepalanya hanya beberapa inci daripada mata kirinya dihantuk salah satu kompenen kereta Rubens Barrichelo..

Atikah sendiri risau dengan keadaannya.. Selepas kejadian tersebut Atikah pantas mendapatkan segala sumber yang diperlukan untuk mengetahui apa sebenarnya keadaan Massa.. Beberapa hari selepas itu Atikah menarik nafas lega kerana mengetahui yang keadaan Massa sihat-sihat saja.. Dan setahun selepas itu beliau hampir sahaja memenangi perlumbaan..

Hujung minggu ini Massa akan kembali semula ke litar yang hampir meragut nyawanya semasa menantikan kelahiran sulung cahaya matanya tahun lepas.. Massa mengakui dia akan berjumpa dengan Marshall yang bersusah payah menyelamatkan nyawanya.. Kerana beliau tahu jika bukan kerana kecekepan mereka, beliau mungkin tidak akan melihat dunia ini lagi..

Walau apa-apa pun Atikah harap Massa akan menang hujung minggu ini di Litar Hungary yang sering mengecewakannya.. Setahun sebelum kemalangan tersebut beliau hampir memenanginya untuk melihat enjin keretanya buat hal semasa perlumbaan berbaki berapa sahaja pusingan lagi untuk ditamatkan.. Good Luck Felipe Massa!!

Tuesday, July 27, 2010

Sea Patrol Season 4

One episode to go before Sea Patrol Season 4 tamat.. Namun untuk season 5 hanya Lieutenant Kate Mcgregor (Lisa McCune) sahaja yang disahkan akan kekal.. Walaupun episode last nanti Kate minta ditukarkan ke kapal lain sebab fed up dengan Mike.. Tetapi apa yang pasti orang pertama yang akan tinggalkan Hammersley ialah Able Seaman Chef Rebecca 'Bomber' Brown..

My favorite character selepas Nav (Saskia Burmeister) dan Spider (Jay Ryan) tinggalkan Sea Patrol season lepas.. Bomber yang sepatutnya dinaikkan pangkat ke Leading Seaman musim depan kantoi melanggar peraturan depan Hammersley first medic, Petty Officer Coxswain Chris Blake..

Mike dengan hipokritnya mengadili mereka berdua dengan memberitahu salah seorang daripada anda patut di hantar ke kapal lain.. Bomber secara sukarelanya menawarkan diri.. Aaah... Gila punya benci dekat Mike.. Dia giler punya hipokrit.. Padahal masa Nav & ET dan dalam kes dia dengan Kate x de pulak kena tindakan disiplin..

Tapi bila ianya berlaku terhadap 2dads dan Bomber.. Mike dengan senang hatinya mengambil tindakan disiplin.. Mentang-mentanglah dia Commander.. Yang paling kesian si Charge.. Charge pernah memujuk Bomber supaya x tinggalkan kapal disebabkan kalau RO masak mereka semua akan mati..

Hahah.. Memang betul pun.. RO x pandai masak langsung.. Apa yang dia tahu ialah tentang radio dia je.. Masa 2dads kebas kekasih hatinya, dia risau pasal radio die je.. Last2 nanti dia x boleh jumpa langsung Bomber.. Tapi apa yang pasti tanpa Bomber Sea Patrol tidak akan menjadi seperti dulu lagi..

Kehilangan Navigator, Lieutenant Nikki Cateano cukup dirasai.. Kerana agak janggal melihat ketiadaannya di anjungan kapal.. Misi search and rescue tidak sama tanpanya.. Beliau pantas mendapatkan koordinat di mana perlu di cari.. Episode 14 season 4, Live Catch membuktikan yang Hammersley perlukan Nikki..

Ketiadaan Kate menyaksikan Hammersley tidak tentu arah.. Last2 Dutchy yang kena jadi Navigator.. Ketidak cekapan Dutchy (dalam soal navigation) menyaksikan Hammersley hampir kehilangan Bomber, Kate dan 2dads.. Namun nasib baiklah Bomber muncul penyelamat untuk memastikan Hammersley tidak kehilangan XO, Chefo dan Electric Technician mereka..

Tapi apa-apa pun harap2 ketiadaan Bomber nanti menyaksikan Hal dan Di McElroy akan mencari seorang penganti Bomber yang yang mantap untuk memastikan Hammersley tidak merasai kehilangannya seperti mana kehilangan Nikki.. Hmmm... Siapa agaknya pelakon yang bertuah dipanggil menyertai Sea Patrol Season 5 nanti??

Wednesday, June 30, 2010

My Idols : Emma Byrne

Semua orang ada idola masing-masing.. Atikah juga x terkecuali.. Emma Byrne merupakan idola Atikah semasa Atikah memikul tugas sebagai penjaga gol dalam permainan bola baling mahupun semasa bermain bola sepak.. Mesti ramai yang x mengenali siapa sebenarnya Emma Byrne nie.. Emma Byrne merupakan penjaga gol nombor satu Arsenal Ladies dan Republik Ireland..

Emma merupakan seorang penjaga gol yang cukup hebat.. Sudah beberapa kali muncul penyelamat Arsenal namun aksinya pada final Piala Eropah pada tahun 2007 merupakan aksi yang tidak akan dilupakan mana-mana pemain Arsenal Ladies mahupun pemain lawan.. Kecemerlangan Emma menyaksikan pemain terbaik wanita dunia iaitu Marta gagal menjaringkan sebarang gol..

Kebanyakan peminat bola sepak wanita mengakui penjaga gol berusia 31 tahun ini cukup hebat.. Sehinggakan semasa liga Women Profesional Soccer League bermula, terdapat khabar angin yang Boston Breakers yang sudah mendapatkan rakan sepasukannya Kelly Smith dan Alex Scott mahu mendapatkannya..

Namun Emma tidak mahu meninggalkan Arsenal Ladies dan keputusannya itu jelas melegakan pengurus pasukan Vic Akers yang pasti mempunyai tugas sukar untuk mengantikan penjaga gol nombor satunya itu.. Baru-baru ini Emma memberitahu sebab utamanya kekal disebabkan kommitmennya terhadap UK dan menegaskan dia tidak pernah telintas untuk meninggalkan Arsenal Ladies..

Salah satu faktornya lagi ialah mentornya Alex Welsh merupakan jurulatih penjaga golnya di Arsenal Ladies.. Okey cukuplah serba sedikit biodata tentang Emma.. Salah satu sebab Atikah meletakkan Emma Byrne sebagai mentor penjaga gol Atikah ialah disebabkan kehebatannya di gawang gol..

Kisah permulaan karier Emma juga ala-ala kisah Atikah mula berjinak sebagai penjaga gol bola sepak.. Iaitu bermula dengan bermain bola sepak dengan kawan lelaki yang lain.. Sejujurnya Atikah x boleh nak meluahkan sebenarnya mengapa Atikah memilih Emma sebagai mentor penjaga gol Atikah kerana ianya sukar untuk diluahkan dengan kata-kata..

Atikah harap sangat yang suatu hari nanti Atikah boleh berjumpa dengannya dan menerima tip penjaga gol yang berguna daripada beliau.. Atikah juga harap sangat yang Atikah boleh melihat aksinya secara live mahupun secara lebih dekat lagi.. Dan Atikah berharap yang suatu hari nanti Atikah juga boleh menjadi penjaga gol yang disegani seperti Emma Byrne.. Adios!!

Saturday, June 26, 2010

Piala Dunia 2010 Afrika Selatan

Piala Dunia 2010 kini sudah pun di peringkat kalah mati.. Dengan Perancis dan Itali iaitu finalis Piala Dunia 2006 ditunjukkan jalan keluar.. Tidak mustahil akan ada lagi pasukan gergasi tumbang ditundukkan pasukan kerdil.. Namun ianya tampak mustahil apabila melihat prestasi beberapa pasukan pilihan yang lain..

Argentina,Belanda dan Brazil merupakan tiga pasukan yang cukup hebat pada perlawanan Piala Dunia kali ini.. Sementara Sepanyol, England, Portugal dan Jerman juga mampu memenangi Piala Dunia kali ini selepas mula bangkit dari keputusan mengecewakan.. Namun saingan dari pasukan lain yang Atikah tidak nyatakan juga mampu membuat kejutan..

Uruguay dan Portugal merupakan 2 pasukan yang benteng pertahanannya masih belum ditembusi.. Terima kasih kepada kecekapan penjaga gol masing-masing dan kekentalan pemain pertahanan kedua-dua pasukan.. Cukuplah sedikit review Piala Dunia.. Atikah nak teruskan kepada siapa yang akan menang tiket suku akhir pertama dan kedua..

Untuk tiket suku akhir pertama.. Gelanggang Port Elizabeth Stadium akan menyaksikan pertembungan di antara Uruguay dan Korea Selatan.. Kedua-dua pasukan mempunyai peluang yang sama banyak namun pilihan Atikah untuk memenangi perlawanan ini ialah Uruguay..

Hakikat benteng pertahanan Uruguay masih belum boleh ditembusi menjadi salah satu punca Atikah memilih Uruguay untuk ke suku akhir menewaskan Korea Selatan.. Penjaga gol berusia 24 tahun, Fernando Muslera merupakan sebab utama Uruguay mampu mendahului kumpulan A..

Trio serangan yang cemerlang iaitu diketuai Diego Forlan, Luis Suarez dan Edison Cavani merupakan tiro serangan yang tidak kurang berbisanya.. Dengan hakikat Uruguay boleh bergantung harap kepada hampir kesemua pemain berbanding Korea.. Ianya menyakinkan lagi Atikah untuk memilih Uruguay berbanding Korea untuk memenangi perlawanan ini..

Korea tidak mampu untuk melangkah jauh jika kapten pasukan mereka Park Ji Sung gagal menampilkan aksi cemerlang.. Tugas pertahanan Uruguay mudah sahaja iaitu mengawal pergerakan Korea dan mereka tidak akan berdepan banyak masalah untuk melangkah ke suku akhir..

Namun tiada yang mustahil dalam bola sepak.. Siapa tahu Korea mampu mengejutkan peminat bola sepak sekali lagi seperti mereka lakukan pada tahun 2002 di bawah pimpinan Guus Hiddink.. Mungkin boleh dan mungkin tidak.. Apa-apa pun biar persembahan mereka di atas padang menjawabnya..

Untuk tiket kedua ke suku akhir.. Stadium Royal Bafokeng akan menjadi saksi pada perlawanan di antara USA dan Ghana.. Atikah memilih USA dalam perlawanan ini.. Sebabnya mudah sahaja sebab USA tampak lebih hebat berbanding Ghana yang muncul naib juara kumpulan D pada saat-saat akhir..

Dengan hakikat USA mahu membalas dendam kekalahan mereka pada Piala Dunia 2006 di Jerman kepada Ghana untuk melihat mereka dihantar pulang pasti menyaksikan USA cuba memastikan ianya tidak terjadi sekali lagi.. Hakikat Ghana cukup bergelut untuk menjaringkan gol juga menjadi sebab Atikah memilih USA..

Ghana hanya menjaringkan 2 gol kedua-duanya hasil sepakan penalti Asamoah Gyan.. Jika Ghana gagal memastikan penyerang mereka berbisa.. Mereka tampaknya terpaksa bersiap sedia untuk meninggalkan Afrika Selatan.. Namun segala-galanya boleh berlaku.. Jika USA gagal memastikan 2 tonggak utama mereka London Donovan dan Clint Dempsey beraksi cemerlang..

Ghana mungkin mampu untuk mengejutkan USA sekali lagi dan layak ke suku akhir dan bertemu Uruguay ataupun Korea Selatan.. Namun bagi pandangan Atikah, suku akhir pertama akan menyaksikan Uruguay menentang USA.. Adios Amigos!!