Saturday, June 4, 2011

Why I adore Taylor Alison Swift

Well semua orang tahu yang Atikah cukup tergila-gilakan Taylor Swift.. Setiap hari x sah kalau Atikah tidak bercerita tentang Taylor dan mendengar lagunya.. I admit that I'm a big fan of Taylor Swift since the first time I heard Love Story on the radio.. And I always look her up.. She somehow connected to me and well other Swifties too..

First time Atikah dengar lagu Love Story adalah pada pertengahan 2009.. Masa itu lagu Love Story memang cukup popular di Malaysia.. Boleh dikatakan setiap kali Atikah buka radio je mesti Love Story di mainkan.. Namun sewaktu itu Atikah tidak tahu siapa penyanyinya walaupun lagu Love Story telah lekat di kepala Atikah..

Kak Yati merupakan orang pertama yang bertanggungjawab membuatkan Atikah terus menerus mengkagumi Taylor Swift selepas Kak Yati mempunyai lagu Love Story di dalam handphonenya dan Atikah pun mintak Kak Yati bluetoothkan lagu tersebut ke handphone Atikah supaya Atikah boleh mendengarnya setiap hari..

First time Atikah dengar nama Taylor Swift ialah semasa beliau membintangi TV Series kegemaran Atikah, CSI Las Vegas.. Walaupun episode yang dibintangi beliau bukanlah salah satu episode kegemaran Atikah namun sewaktu itu Atikah jatuh hati dengan bagaimana Taylor berlakon dengan sungguh bersahaja walaupun ini merupakan pertama kali beliau berlakon..

Dan lagu You're Not Sorry yang di mainkan semasa episode CSI tersebut cukup menarik perhatian Atikah.. So selepas rumah Atikah dah ada internet Atikah pun mulalah melakukan research terhadap Taylor Swift.. Lagu pertama yang Atikah dengar ialah Fearless dan sewaktu itu Atikah semakin mengkagumi Taylor Swift..

Music video pertama Atikah tengok ialah Tim McGraw dan Atikah jatuh hati dengan muzik video tersebut.. Selepas Atikah mula membaca Wikipedia Taylor dan mendapat tahu yang beliau akan mereleasekan album terbarunya Fearless Platinum Edition.. Dengan hari jadi Atikah semakin menghampiri, Atikah pun mula mendesak kakak Atikah untuk mencari album tersebut..

Namun Anyah hanya berjaya mendapatkan album Fearless Malaysia Edition.. Dan Anyah menghadiahkannya sempena hari jadi Atikah.. Dari saat itu Atikah semakin mengkagumi Taylor Swift.. Sewaktu itu Atikah telah bertekad untuk mencari album Fearless Platinum Edition CD/DVD.. Dan ianya mengambil tempoh selama sebulan sebelum Atikah menjumpainya..

Sewaktu itu Atikah ke rumah Mak Lang di KL dan Mak Lang ajak berjalan-jalan di KLCC dan Ampang Point.. Di Ampang Point Atikah terjumpa kedai CD.. Namun sewaktu itu niat Atikah adalah hanya untuk melihat-lihat kerana Atikah terlupa akan album Taylor tersebut.. Namun semasa Atikah melihat-lihat mata Atikah terpaku kepada satu benda..

Ianya adalah album Fearless Platinum Edition.. Sewaktu itu memang Atikah nak menjerit keseronokkan (tanda-tanda awal I'm a Swifty).. Atikah terus menarik tangan mak Atikah dan mula memujuk mak Atikah untuk membeli album tersebut.. Dengan bantu jurujual, mak Atikah bersetuju untuk membelinya dan sewaktu itu memang Atikah tersenyum lebar..

Selepas membelinya Atikah terus menerus menatap album tersebut.. Dari saat itu Atikah semakin asyik dengan Taylor Swift.. Atikah terus menerus memastikan diri Atikah mengetahui tentang Taylor Swift dengan lebih lanjut lagi setiap hari dan Atikah telah menetapkan dalam diri Atikah untuk mencontohi Taylor Swift dan menjadikan beliau sebagai idola Atikah..

Atikah suka Taylor kerana beliau tidak malu untuk menjadi dirinya sendiri.. Kerana beliau mempunyai such a funny humor.. Amazing, talanted and so down to earth.. Tidak lupa juga bagaimana beliau melayan peminatnya dan segala-galanya tentang dirinya cukup menarik perhatian Atikah..

Kisah Kanye West memalukan beliau di hadapan berjuta-juta penduduk seluruh dunia membuatkan Atikah semakin mengkagumi Taylor Swift.. Kerana tiada siapa dapat menghandle perkara tersebut sebaik Taylor Swift handlenya.. Dari situ kita sudah tahu budi perketi Taylor Swift yang sering menderma ini terutama sekali kepada pendidikan..

Memnonton atau membaca setiap interviewnya semakin membuatkan Atikah tertarik dengan Taylor.. Membaca buku unauthorized autobiografinya yang ditulis oleh Ronny Bloom semakin membuatkan Atikah mengkaguminya menerusi bagaimana Taylor Swift meredahi segala cabaran yang dilemparkan kepadanya untuk menjadi salah seorang superstar dunia..

Namun Taylor bukan seperti world superstar yang lain.. Setiap kali beliau memenangi award beliau pasti akan berterima kasih kepada peminatnya.. Beliau merupakan contoh role model terbaik sekali.. Namun agak menghairankan ramai yang tidak ambil peduli tentang berapa bagusnya Taylor Swift sebagai role model golongan remaja..

Taylor Swift turut tidak lokek untuk menderma kepada badan kebajikan ataupun yang ada kena mengena dengan pendidikan.. Taylor dilaporkan menyumbang dalam 1 juta dollar kepada Jepun dan konsert amalnya Speak Now Help Now telah menyaksikan sebanyak 750 ribu dollar akan disumbangkan kepada mangsa ribut.. Dan baru-baru ini Taylor bersama-sama Academy Of Country Music menyumbangkan 50 ribu dollar kepada St. Jude Children’s Research Hospital..

Jika tidak salah setiap tahun pada hari jadinya Taylor pasti akan menderma kepada yang ada kena mengena dengan sekolah.. Taylor turut tidak lokek untuk membantu bekas sekolahnya.. Ini telah menyaksikan auditoriom di bekas sekolah Taylor iaitu Hendersonville High School dinamakan sempena namanya selepas menyumbang dana untuk menaik tarafkan dewan tersebut..

Jika nak senaraikan lagi apa yang pernah dilakukan Taylor dan apa yang akan dilakukan Taylor selepas ini memang tidak akan pernah tamat.. Jadi Atikah memang x faham mengapa ianya satu kesalahan untuk Atikah adore Taylor memandangkan so far I don't see anything wrong with what she doing.. What I realized is she making world the better place..

Itu belum lagi kita bercerita betapa menakjubkan peminat Taylor Swift.. Bagaimana Swifties Family bekerjasama untuk memastikan Taylor mendapatkan yang terbaik.. Memastikan Taylor menerima award hasil kerja kerasnya dan memastikan hater Taylor Swift gagal untuk menumbangkan Taylor dan memastikan mereka sentiasa bersedia untuk menangkap Taylor jika Taylor jatuh dan memuji segala kerja keras Taylor..

Dan setakat ini Taylor tidak pernah mengecewakan peminatnya dengan sengaja.. Setiap kali Taylor memenangi award dia tidak pernah lupa untuk berterima kasih kepada peminatnya.. Kerana Taylor pernah beritahu yang tanpa peminatnya siapalah dia dan tanpa peminatnya dia tidak akan berjaya seperti sekarang.. Dan Taylor menyayangi peminatnya sama banyak peminatnya menyayanginya.. But of course we love her more..

Anyway that's all.. Atikah boleh bercerita panjang lebar lagi namun well nantilah.. Anyway that's why I adore her and stop asking me why I so addict to her.. I not addict to her I adore her.. She my role model and she inspire me and her songs always help me through almost everything.. And I just adore her.. So never forget to be Fearless and Speak Now..

P/S : Taylor Swift.. I so Enchanted to meet you.. Keep that in mind..

Monday, May 30, 2011

They my favorite : Jennifer Garner

So semua orang tahu yang Atikah terlalu obsess dengan Taylor Swift.. Tapi sebenarnya Atikah bukannya obsess dengan Taylor, Atikah cuma one of her dedicate fans.. Haha.. Percayalah semua Swifties akan katakan itu.. Tapi sebenarnya selain dari Taylor dan Arsenal FC ada lagi benda/orang yang Atikah cukup addict ataupun fans..

Favorite actress Atikah ialah Jennifer Garner.. Sebenarnya banyak lagi macam Jennifer Aniston, Jorja Fox (yang jadi Sara Sidle dalam CSI Las Vegas), Katherine Heigl, Selena Gomez dan Miley Cyrus.. Tapi Jennifer Garner menjadi pilihan Atikah berbanding yang lain maybe sebab dia merupakan pelakon pertama kegemaran Atikah..

Kebanyakan movie yang Atikah pilih mesti ada yang dilakonkan Jennifer Garner.. Dan ianya kadang-kadang menjadi motif utama Atikah beli filem tersebut berbanding filem yang lain.. Movie yang dilakonkan Jennifer Garner yang Atikah ada atau tengok ialah Pearl Harbour, 13 going 30, Juno, Elektra dan Valentine's Day walaupun sebab utama Atikah beli Valentine's Day ialah kerana Taylor Swift turut berlakon tetapi penyebab utama Atikah tengok sampai habis filem tersebut adalah kerana Jennifer Garner dan mungkin sebab Ashton Kutcher.. Haha..

Atikah nak tengok My Girlfriend Past di mana turut dilakonkan Jennifer Garner tapi x pernah pun Atikah tengok dan juga Arthur.. Hmm maybe nanti.. Anyway salah satu TV Series yang digemari Atikah ialah Alias merupakan movie pertama yang Atikah tengok yang dilakonkan Jennifer Garner..

Semalam Atikah beli DVD box set season 1-5 Alias selepas Atikah bertarung dengan perasaan Atikah.. Atikah berada dalam dilema semalam sama ada nak beli Bones season 1-5 ataupun Alias season 1-5.. Walaupun Bones lagi murah, masih ada satu lagi season dan dengar cerita Bones dilanjutkan lagi ceritanya so nanti kena beli lagi sambungan dia.. So akhirnya Atikah pilih Alias memandangkan Jennifer Garner merupakan pelakon kegemaran Atikah..

Walaupun sebenarnya sebab utama Atikah pergi Megamall Kuantan adalah untuk cari DVD box season 10 CSI Las Vegas yang masih Atikah x ada.. Minggu lepas Atikah jumpa yang murah tapi waktu tu Atikah malas sangat nak amik duit so Atikah x beli dan minggu nie dah x ada.. Gah.. Benci betul.. Tinggal yang mahal pulak tu..

Tapi dalam waktu itu sempat jugak Atikah jumpa complete Season 11 CSI Las Vegas di mana Atikah akan belinya jugak nanti selepas entah berapa episode Atikah dah skip.. Ini salah AXNlah nie pergi buat 3 episode sekali gus dalam 1 minggu.. Kalau x tengok seminggu dah terlepas 3 episode.. Dahlah time dia ulang pun x kena.. Hate it!!

Tapi apa yang penting sebab utama Atikah nak beli CSI Las Vegas season 10 dan 11 adalah disebabkan Jorjo Fox kembali ke CSI dan juga dalam CSI 11 Justin Bieber kena tembak.. The best day of my life ever when watch that episode walaupun sebelum itu Atikah rasa nak bunuh diri je tengok si Justin tu.. Tapi bila tengok penghabisannya memang seronok gila ah.. Haha.. Anyway that's all for today.. Nak sambung marathon cerita Alias..

Tuesday, May 24, 2011

It getting better and better

So orang kata there is no rainbow if there's no rain.. Setiap kali perkara tidak menjadi seperti yang kita harapkan, pastinya ada sesuatu hikmah di sebaliknya dan setiap kali kita melalui hari-hari yang menyedihkan, pastinya ada masanya hari kita akan menjadi hari terbaik dari sebelumnya..

So hari ini seperti biasa sebaik sahaja Atikah online Atikah terus sahaja bukak Facebook, Twitter dan juga laman web rasmi Arsenal.. Semasa Atikah buka Arsenal.com mata Atikah telah terpukau dengan satu tajuk di situ iaitu 'Arsenal announce friendly in Malaysia'.. Atikah apa lagi terus sahaja klik dan di saat itu Atikah telah melonjak kegembiraan (and maybe Atikah turut menjerit kegembiraan)..

Setelah sekian lama khabar angin bertiup kencang yang Arsenal akan datang ke Malaysia akhirnya ianya telah disahkan sendiri Arsenal walaupun semasa Atikah hantar email kepada mereka, mereka tidak langsung mahu mengesahkan akan kebenaran tersebut.. Namun apa yang pasti sekarang ini I'm going to Bukit Jalil!!

Selama ini Atikah terus sabar menanti sebarang berita tentang kemungkinan hadirnya idola Atikah, Taylor Swift ke Malaysia.. Namun Atikah terus menerus dikecewakan walaupun Taylor Swift telah postkan di Facebooknya yang dia menyayangi peminat-peminatnya di Malaysia.. Dan to be honest Atikah x pernah mengharapkan kehadiran Arsenal ke Malaysia sebanyak mana Atikah mengharapkan kehadiran Taylor Swift..

Tapi walau apa-apa pun misi Atikah kali ini ialah cuba untuk menangkap gambar dengan Cesc Fabregas yang seperti diketahui ramai pemain pujaan Atikah.. Kalau x dapat tangkap gambar pun dapat jumpa dengan dia pun cukuplah.. Paling kurang pun dapat tandatangan dia.. Wow.. Dapat berjumpa Fab4 bagaikan mimpi jadi realiti!!

Tapi kalau x dapat jumpa ataupun tangkap gambar dengan Fab4, dengan Fab21 pun jadilah.. Korang mesti tahu siapa dia.. Haha.. Mestilah Lukasz Fabianski.. Harapnya Fabianski waktu tu cergas sepenuhnya untuk menyertai pasukan dan maybe just maybe main sewaktu menentang Malaysia..

Tapi kalau x dapat jumpa dua orang itu pun x apalah.. Asalkan Atikah dapat menyaksikan aksi Arsenal dengan lebih dekat.. Jumpa mana-mana pemain Arsenal pun Atikah tidak kisah.. Kerana bukannya senang nak jumpa pemain Arsenal.. Tapi kalau dapat jumpa kedua-dua Fab ini memang cukup fabulous!!

So Atikah x sabar tunggu tiket perlawanan ini dijual.. Dan Atikah juga harap akan ada sesi meet and greet dengan player-player Arsenal.. Atikah akan lakukan apa sahaja untuk memastikan Atikah sekurang-kurangnya dapat jumpa seorang player Arsenal dan dapatkan tandatangannya ataupun tangkap gambar dengannya.. Arsene Wenger pun jadilah..

So mak Atikah dah beri lampu hijau untuk menyaksikan perlawanan ini dan harapnya abang sulung Atikah iaitu Along boleh menemani Atikah menyaksikan perlawanan ini.. Dan harap-harapnya Arsenal menang walaupun dalam masa yang sama Atikah mesti akan kecewa dengan kekalahan skuad Malaysia..

Tapi sorry Malaysia Atikah akan sokong Arsenal.. Tapi jangan risau Atikah akan tetap sokong Malaysia.. Itu pun kalau pemain kesukaan Atikah main.. Iaitu Nasril Nourdin.. Hmm.. Mestilah x sebabnya Khairul Fahmi gerenti akan menjaga gawang Malaysia.. Apa-apa pun x sabar menanti 13 Julai.. Adios!!

P/S : Harap-harapnya lepas ini giliran Taylor Swift pulak datang Malaysia..

Wednesday, April 13, 2011

Help guys!!

So Atikah nak minta tolong nie.. Dan Atikah harap sangat semua boleh tolong.. Okay.. Selain Atikah cukup fanatik pasal Arsenal, Atikah juga merupakan salah seorang peminat Taylor Swift yang di anggap sebagai idola Atikah.. Ianya merupakan satu impian Atikah untuk pergi ke konsertnya yang cukup mengkagumkan dan terutama sekali dapat memeluknya..

Selepas siri keputusan mengecewakan dari competition lain yang Atikah sertai untuk berjumpanya di Singapore dan London, akhirnya Atikah jumpa satu lagi competition yang membolehkan Atikah berjumpanya semasa beliau membuat konsert di Toronto, Canada.. Ianya bukan sahaja tiket konsert malahan pass meet and greet juga!!

Jadi sudah semestinya jika Atikah berjaya menjadi 3 orang bertuah itu, Atikah dapat berjumpa dengan idola Atikah pada 15 Julai nanti.. Dan jika anda semua berjaya membantu Atikah mencapai cita-cita Atikah itu, Atikah akan terhutang budi dengan anda semua selama-lamanya dan untuk membalas jasa baik anda semua itu Atikah berjanji akan mencanggihkan lagi blog Arsenal Atikah..

Kerja anda semua tidaklah susah.. Hanya pergi ke link ini http://www.koiniclub.com/ref/C-15-80158689 dan sertai Koini Club yang ala-ala Facebook/Twitter yang baru.. Atikah berjanji kepada siapa yang lakukannya Atikah akan accept friend request anda di Koini Club tersebut.. Dengan melakukannya, Atikah akan dapat point dan jika Atikah berjaya mengutip point paling banyak, Atikah akan berjaya memenangi competition nie..

So Atikah harap sangat anda semua boleh tolong Atikah selepas selama ini Atikah sering memberitahu anda tentang berita terkini yang berlaku di kem Arsenal.. Atikah teramat-amat menyukai Taylor Swift dan ianya memang satu impian Atikah untuk pergi ke konsertnya dan berjumpanya dan dapat memeluknya dan menangkap gambar dengannya..

Atikah tidak kisahla kalau anda semua tidak menyukai Taylor Swift.. Tapi tolonglah lakukan ini untuk Atikah.. Untuk bagi Atikah berjaya mencapai impian Atikah.. So please?? I want to win this competition more than anything.. Keluarga Atikah memang tidak membenarkan Atikah fly ke konsertnya memandangkan ianya melibatkan jumlah wang yang banyak..

Jadi hanya competition macam ini sahaja yang dapat membantu Atikah berjumpa dengan Taylor Swift tahun ini.. So again pretty pretty please help me.. Segala kerjasama anda akan selamanya Atikah kenang.. Adios..

Monday, April 11, 2011

11 April 2011

So hari ini merupakan perlawanan bola baling peringkat daerah rasanyalah.. Atikah masih tidak berapa mengerti dengan semua ini.. Maklumlah tempat baru.. Tapi rasanya memang peringkat daerah Kuantan.. So pagi tadi Atikah memang nervous gila.. Semalam lagilah.. Atikah masih tidur pukul 9.30 tapi pukul 10.50 dah bangun dan lepas tu langsung x boleh nak tidur sebab terlalu gementar..

So dalam 1.30 barulah dapat Atikah tidur lena balik selepas sembahyang sunat sikit untuk menenangkan sedikit fikiran dan main dua game PES 2011 di PS2 Atikah untuk menenangkan fikiran.. Jadi pukul 6.30 Atikah bangun dan mula bersiap sedia sebelum pukul 7.10 baru bertolak ke sekolah.. Sampai2 tu rakan sepasukan Atikah semuanya dah sedia menunggu.. Kami terus menuju ke poir sambil menunggu cikgu..

So dalam 7.40 macam tu cikgu Nordin pun datang dan mengarahkan kami menuju ke tempat kereta.. So selepas mengagih-agihkan siapa naik kereta cikgu Nordin dan siapa naik kereta cikgu Norashidah, kami terus menuju ke tempat yang ditetapkan dengan semangat yang cukup berkobar-kobar sekali.. Sebaik sampai ke tempat yang di tuju kami terus memakai jersi dan warm up..

So Atikah sebagai kapten mengetuai pasukan melakukan warm up di mana sebelum ini Kak Ira yang melakukannya.. Sebaik kami melakukan warm up Atikah meminta pasukan berkumpul untuk sedikit ucapan sedikit.. Sebelum kami menangkap gambar sekejap dan mula bermain-main untuk memanaskan badan sebelum perlawanan..

First game kami menentang MRSM.. Kami mendahului 1-0 sebelum pasukan mula hilang fokus di mana semasa pasukan mendahului Atikah telah mengarahkan mereka supaya tidak hilang fokus namun mereka tidak mengendahkannya hingga menyaksikan kami tewas 2-1 selepas mereka kerap kali mengendahkan arahan Atikah untuk mengawal pemain yang berjersi nombor 3..

Memang Atikah sedikit marah dengan pasukan Atikah yang mengendahkan arahan Atikah di mana mereka jelas sekali lihat betapa marahnya Atikah dan mereka berjanji untuk melakukan yang terbaik semasa perlawanan kedua menentang sekolah apa entah.. Lupalah pulak.. Perlawanan tersebut menyaksikan kami seri 1-1..

Di mana Atikah mengakui ianya merupakan kesilapan Atikah atas 1 gol yang Atikah lepaskan itu.. Tapi sekurang-kurangnya Atikah jadi faktor penting untuk pasukan seri 1-1 pada perlawanan tersebut setelah selepas itu kerap kali menyelematkan balingan-balingan merbahaya pasukan lawan.. Namun Atikah puji Kak Aza yang mengikut arahan Atikah untuk mengawal pemain berjersi nombor 7..

Namun semasa kami seri 1-1 tersebut, dua kali Atikah telah mencederakan diri Atikah.. First semasa awal permainan di mana usaha Atikah untuk menepis balingan pihak lawan menyaksikan Atikah telah membuatkan buku lali kanan Atikah sakit kembali sebelum pada minit akhir perlawanan Atikah mungkin telah mencederakan paha kiri Atikah semasa menyelamatkan percubaan pasukan lawan..

So selepas perlawanan itu memang paha kiri Atikah mula sakit dan cikgu Norashidah tanya Atikah jika nak gunakan spray x?? Tapi Atikah cakap tidak payahlah kerana Atikah sangka ianya tidaklah teruk sangat.. Selepas beberapa minit, paha kiri Atikah tidaklah sakit sangat namun ianya bukanlah seperti yang Atikah sangkakan..

Atikah memang tidak berapa boleh nak berlari sangat masa itu kerana jika Atikah lari kesakitan itu mula di rasai.. Dan ianya juga menyaksikan Atikah tidak beraksi di tahap terbaik Atikah selepas Atikah melepaskan 2 gol walaupun masih lagi menyelamatkan percubaan merbahaya lawan.. Namun semasa Atikah menyelamatkan percubaan kencang pihak lawan di mana Atikah berjaya menyelamatkannya, paha Atikah tidak memberikan Atikah pilihan lagi..

Kesakitannya teramat-amat sangat sehingga menyaksikan Atikah mengalami kesukaran untuk berjalan.. Jadi Atikah memberitahu cikgu Nordin untuk menukarkan Atikah dengan Wani, penjaga gol kedua pasukan beberapa minit sahaja lagi sebelum first half tamat.. Cikgu telah mengarahkan Atikah meletakkan ais batu di paha Atikah untuk mengelakkan ianya jadi lebih teruk..

Jadi sepanjang berlangsungnya second half, Atikah langsung tidak bermain dengan Atikah hanya berada di tepi padang sahaja.. Ianya memang cukup mengecewakan namun paha kiri Atikah langsung tidak memberikan Atikah sebarang peluang untuk meneruskan perlawanan lagi.. Namun nasib baiklah sebelum perlawanan tersebut nama Atikah telah dipanggil untuk pemilihan untuk pasukan daerah nanti..

So perlawanan terakhir tersebut berakhir pasukan Atikah tewas 4-0 di mana ianya jelas tidak menghairankan memandangkan first mereka kehilangan Atikah sebelum tamat pun lagi first half dan second keeper kedua kami pun injured juga.. Iaitu jarinya bengkak.. Dan kami kehilangan Roha akibat satu lagi kecederaan..

So selepas makan tengah hari kami terus pulang ke sekolah di mana sebelum itu seorang ahli pasukan Atikah buat hal dengan keluar tanpa pengetahuan Atikah dan malahan cikgu.. Ianya memang membuatkan Atikah marah dan cikgu apa lagi.. Memang selepas itu dia kena dengan cikgu Nordin.. Ish3..

So kami sampai ke sekolah kami terus ke tandas untuk menyalin pakaian sebelum Atikah dan Izuwa mencari cikgu Norashidah untuk memberikan jersi.. Selepas itu kami terus ke bilik Matematik untuk jumpa dengan pengetua merangkap guru Maths kami untuk lihat sama ada dah dapat ke belum kertas periksa.. Sewaktu itu mereka tengah buat pembetulan dan mengira markah kertas diaorang..

Atikah suruh Malinda yang meminjam kertas Atikah untuk membuat pembetulan supaya check kertas Atikah kerana Atikah nak balik memandangkan paha Atikah tengah sakit dan dengan cikgu bagi lampu hijau untuk balik, mestilah Atikah nak terus balik dan berehat.. Sudahla esok nak pergi sekolah lagi.. Walaupun rasa malas tapi rasanya maybe Atikah pergi esok sebab nak tengok pasal kertas ujian hari tu..

So that actually what happen today.. Memang cukup mengecewakan dengan kekalahan hari ini tapi apa yang pengetua katakan memang ada benarnya.. Kalau nak menang tahun depan, sepatutnya mulai dari sekarang lagi kami mula berlatih.. Bukannya sebulan sebelum lawan baru nak berlatih.. Anyway Adios!!

Friday, April 8, 2011

Captain

So semalam seperti biasa Atikah pergi ke sekolah pada petang harinya untuk latihan bola baling walaupun pagi itu Atikah baru sahaja berperang dengan kertas-kertas peperiksaan Matematik, Sejarah, Bahasa Inggeris dan Perdagangan.. Mood Atikah petang itu tidaklah berapa bagus memandangkan lutut Atikah masih sakit hasil daripada perlawanan persahabatan sehari sebelum itu..

Namun disebabkan Atikah kesian dengan rakan sepasukan Atikah berlatih tanpa penjaga gol, so Atikah pun merajinkanlah juga diri.. Petang itu pukul 5.00 barulah semua orang mula datang itupun hanya dalam 11 orang je daripada 14 orang.. So kami berlatih shoot dan of courselah Atikah tukang jaga golnya.. So lepas tu kami pun pergilah berkumpul dekat jurulatih kami merangkap PK HEM sekolah..

So cikgu Nordin mula memberitahu apa yang perlu di buat minggu depan semasa perlawanan dan sebagainya.. Dan cikgu Nordin tanya dekat team perempuan siapa captain.. Semuanya diam seribu bahasa sementara seorang budak lelaki itu cakap dekat cikgu suruh Kak Aza jadi kapten.. Tetapi cikgu hanya memandang Atikah dah beritahu cikgu nak keeper jadi kapten iaitu Atikah..

Kemudiannya cikgu tanya team Atikah semuanya setuju x?? Sementara Atikah masih diam seribu bahasa.. Dan mereka semua pantas membalas setuju sambil beberapa orang kata memang Atikah pun kapten dari mula lagi.. Dengan dua senior dalam team iaitu Kak Aza dan Kak Ira bersetuju ianya semakin membuatkan Atikah terharu..

First cikgu Nordin iaitu jurulatih pasukan yang merupakan ketua jurulatih Negeri Pahang dan juga jurulatih kebangsaan memilih Atikah sebagai kapten walaupun Atikah baru form 4 dan masih ada dua kakak form 5 yang boleh menjadi kapten.. Second sebabnya kesemua ahli pasukan Atikah setuju dengan pemilihan Atikah tanpa sebarang bantahan.. Third sebab kakak-kakak form 5 bersetuju dengan perlantikan Atikah..

Membuatkan Atikah terharu ialah apabila hari ini Atikah memberikan arahan kepada pasukan Atikah supaya tidur sebelum pukul 10 malam hari ahad nanti sebab x nak ada yang mengantuklah apalah semasa hari perlawanan keesokan harinya itu dan kesemua tidak kisah dan menurut sahaja perintah Atikah walaupun sebenarnya Atikah adalah bodek mereka sikit.. Haha..

Atikah janji untuk sponsor mereka semua hari isnin nanti.. Alah setakat beli makanan ringan macam air 100 Plus ataupun Revive dan macam itulah.. Ialah Atikah nak memastikan tiada masalah dalam pasukan Atikah.. Atikah x nak ada yang memberontak.. So far team Atikah memberikan respon positif dengan perlantikan Atikah.. Dan sekarang misi Atikah pula..

Atikah of courselah nak tengok team Atikah menang dan akhirnya team Atikah berjaya memberikan aksi terbaik mereka.. So sekarang ini Atikah tengah fikir apa ucapan yang perlu Atikah buat sebelum dan selepas perlawanan.. Apa yang pasti Atikah nak jadi seorang kapten yang bagus dan memacu team Atikah ke arah kemenangan.. Everything gonna change when I be the captain!!

Atikah nak jadi contoh terbaik kepada team Atikah yang kebanyakannya di barisi budak-budak form 3.. Dengan pengalaman Atikah yang pernah mewakili daerah Larut Matang dan Selama di kejohanan bola baling peringkat Negeri Perak Atikah mahu menggunakan pengalaman tersebut dan dalam masa yang sama membalas dendam apa yang berlaku tahun lepas di mana Atikah x main pun sebarang perlawanan di peringkat negeri akibat beberapa masalah seperti masalah kecederaan bahu dan pergelangan tangan kiri Atikah..

Hmm.. Dalam masa itu juga Atikah terpaksa menyelesaikan satu lagi masalah iaitu beberapa orang nak buka tudung masa main nanti di mana cikgu Nordin of courselah keberatan untuk membenarkannya.. Atikah harap jika ianya akan berlaku Atikah akan cuba bercakap dengan mereka semua supaya tidak melakukannya.. Buat apa kita nak ikut team lain kan??

Lepas itu pula nak bagi kata-kata semangat dekat team sebelum perlawanan.. Mereka nie bukannya x bagus cuma suka main-main dan x pernah nak serius.. So Atikah harap Atikah dapat ubahnya.. Ialah nak jadi kapten terbaik seperti idola Atikah dan juga merangkap boyfriend Atikah, si Cesc Fabregas nie (hensem x dia Akhmar?? haha).. Haha..

Hari ini memang menyeronokkan apabila lihat kesemua pemain pasukan Atikah menghormati Atikah sebagai kapten pasukan termasuklah kakak form 5.. Dan bila cikgu pengiring kami nanti iaitu cikgu Nurashidah panggil Atikah ketua memang masa tu kembang gila hati Atikah.. Haha.. Habis hilang fokus masa nak jawab exam Sains tadi.. Haha..

Anyway harapnya Atikah dapat jadi kapten terbaik nanti.. Namun dalam proses itu Atikah terpaksa mengorbankan untuk tengok team kesayangan Atikah, Arsenal menentang Blackpool nanti memandangkan Atikah terpaksa tidur awal.. Ish3.. X kanlah Atikah yang suruh team Atikah tidur awal tapi Atikah tidur lambat pulak kan?? X patut!! Anyway wish me luck!! Adios!!

Wednesday, April 6, 2011

Exam + handball = so damn tired

So hari ini exam kedua sudah bermula.. Hari ini mata pelajaran Bahasa Melayu dan Pendidikan Islam.. Well2 tengok macam senang kan?? Tanyalah semua budak-budak form 4 sekolah Atikah.. Semua akan cakap gila punya susah!! Terutama sekali BM.. Wow memang mengejutkan bila BM yang paling senang itu boleh menjadi paling susah sekali..

Anyway sebelum Atikah teruskan lagi entry ini Atikah nak ucapkan selamat mahu jaya kepada rakan seperjuangan Atikah yang turut melalui peperiksaan minggu ini terutama sekali my best friend Akhmar.. But to be honest Atikah dah mula nampak Atikah kemungkinan akan ada subjek yang gagal buat pertama kalinya.. Ugh.. Hope it just me.. Cause I don't want to have a FAIL word on my report card!!

Bukannya apa bayangkanlah hari ini ada lagi perlawanan persahabatan bola baling.. Lepas tu esok pulak exam Matematik, Sejarah, English dan perdagangan.. Ugh.. Memang pengsan kerana kesemua subjek tersebut cukup berat-berat semuanya.. Atikah masih boleh percaya Atikah mungkin boleh skor BI (terutama sekali) dengan Maths tapi Sejarah dan Perdagangan?? Hmmm..

Anyway am I lucky or what?? My mom doesn't even care if I fail or not cause she know how much tired I am with the handball training and game and then the exam stress.. My family doesn't even care if I fail cause they know I do my best but with this handball thing, I just can't do any better.. Well I just don't want to fail cause I never fail before and not gonna make it happen this year.. There is no where I will do that!!

Cakap pasal perlawanan bola baling.. Hari ini Atikah berjaya lepaskan 1 gol sahaja masa main second half.. Kami ketinggalan 3-0 pada separuh masa pertama tapi still we lose 4-1.. Ugh gila punya tension.. Atikah lepaskan bola tu pun sebab lutut kiri Atikah sakit sebab luka.. So x boleh nak bergerak sangat.. I just can't believe I will said this but so far my team is hopeless!!

Atikah bukannya nak give up dengan team Atikah kerana jauh di sudut Atikah, masih ada kepercayaan yang mereka mampu tetapi sementara nak menunggu mereka kesemua menunjukkan potensi mereka yang sebenarnya, I just feel so miserable to see my team just playing around every game and have no true spirit to win..

Well to be honest I start to miss my old handball team.. They maybe not the best but they still way better than my new team.. But I still have some trust on my team.. They just not shine yet.. Hopefully next week when the competition is start, we will show who we are actually.. No more stupid mistake and stupid game.. Cause like Taylor Swift said everything will change!! Adios!!