Semua orang ada idola masing-masing.. Atikah juga x terkecuali.. Emma Byrne merupakan idola Atikah semasa Atikah memikul tugas sebagai penjaga gol dalam permainan bola baling mahupun semasa bermain bola sepak.. Mesti ramai yang x mengenali siapa sebenarnya Emma Byrne nie.. Emma Byrne merupakan penjaga gol nombor satu Arsenal Ladies dan Republik Ireland..
Emma merupakan seorang penjaga gol yang cukup hebat.. Sudah beberapa kali muncul penyelamat Arsenal namun aksinya pada final Piala Eropah pada tahun 2007 merupakan aksi yang tidak akan dilupakan mana-mana pemain Arsenal Ladies mahupun pemain lawan.. Kecemerlangan Emma menyaksikan pemain terbaik wanita dunia iaitu Marta gagal menjaringkan sebarang gol..
Kebanyakan peminat bola sepak wanita mengakui penjaga gol berusia 31 tahun ini cukup hebat.. Sehinggakan semasa liga Women Profesional Soccer League bermula, terdapat khabar angin yang Boston Breakers yang sudah mendapatkan rakan sepasukannya Kelly Smith dan Alex Scott mahu mendapatkannya..
Namun Emma tidak mahu meninggalkan Arsenal Ladies dan keputusannya itu jelas melegakan pengurus pasukan Vic Akers yang pasti mempunyai tugas sukar untuk mengantikan penjaga gol nombor satunya itu.. Baru-baru ini Emma memberitahu sebab utamanya kekal disebabkan kommitmennya terhadap UK dan menegaskan dia tidak pernah telintas untuk meninggalkan Arsenal Ladies..
Salah satu faktornya lagi ialah mentornya Alex Welsh merupakan jurulatih penjaga golnya di Arsenal Ladies.. Okey cukuplah serba sedikit biodata tentang Emma.. Salah satu sebab Atikah meletakkan Emma Byrne sebagai mentor penjaga gol Atikah ialah disebabkan kehebatannya di gawang gol..
Kisah permulaan karier Emma juga ala-ala kisah Atikah mula berjinak sebagai penjaga gol bola sepak.. Iaitu bermula dengan bermain bola sepak dengan kawan lelaki yang lain.. Sejujurnya Atikah x boleh nak meluahkan sebenarnya mengapa Atikah memilih Emma sebagai mentor penjaga gol Atikah kerana ianya sukar untuk diluahkan dengan kata-kata..
Atikah harap sangat yang suatu hari nanti Atikah boleh berjumpa dengannya dan menerima tip penjaga gol yang berguna daripada beliau.. Atikah juga harap sangat yang Atikah boleh melihat aksinya secara live mahupun secara lebih dekat lagi.. Dan Atikah berharap yang suatu hari nanti Atikah juga boleh menjadi penjaga gol yang disegani seperti Emma Byrne.. Adios!!
Wednesday, June 30, 2010
Saturday, June 26, 2010
Piala Dunia 2010 Afrika Selatan
Piala Dunia 2010 kini sudah pun di peringkat kalah mati.. Dengan Perancis dan Itali iaitu finalis Piala Dunia 2006 ditunjukkan jalan keluar.. Tidak mustahil akan ada lagi pasukan gergasi tumbang ditundukkan pasukan kerdil.. Namun ianya tampak mustahil apabila melihat prestasi beberapa pasukan pilihan yang lain..
Argentina,Belanda dan Brazil merupakan tiga pasukan yang cukup hebat pada perlawanan Piala Dunia kali ini.. Sementara Sepanyol, England, Portugal dan Jerman juga mampu memenangi Piala Dunia kali ini selepas mula bangkit dari keputusan mengecewakan.. Namun saingan dari pasukan lain yang Atikah tidak nyatakan juga mampu membuat kejutan..
Uruguay dan Portugal merupakan 2 pasukan yang benteng pertahanannya masih belum ditembusi.. Terima kasih kepada kecekapan penjaga gol masing-masing dan kekentalan pemain pertahanan kedua-dua pasukan.. Cukuplah sedikit review Piala Dunia.. Atikah nak teruskan kepada siapa yang akan menang tiket suku akhir pertama dan kedua..
Untuk tiket suku akhir pertama.. Gelanggang Port Elizabeth Stadium akan menyaksikan pertembungan di antara Uruguay dan Korea Selatan.. Kedua-dua pasukan mempunyai peluang yang sama banyak namun pilihan Atikah untuk memenangi perlawanan ini ialah Uruguay..
Hakikat benteng pertahanan Uruguay masih belum boleh ditembusi menjadi salah satu punca Atikah memilih Uruguay untuk ke suku akhir menewaskan Korea Selatan.. Penjaga gol berusia 24 tahun, Fernando Muslera merupakan sebab utama Uruguay mampu mendahului kumpulan A..
Trio serangan yang cemerlang iaitu diketuai Diego Forlan, Luis Suarez dan Edison Cavani merupakan tiro serangan yang tidak kurang berbisanya.. Dengan hakikat Uruguay boleh bergantung harap kepada hampir kesemua pemain berbanding Korea.. Ianya menyakinkan lagi Atikah untuk memilih Uruguay berbanding Korea untuk memenangi perlawanan ini..
Korea tidak mampu untuk melangkah jauh jika kapten pasukan mereka Park Ji Sung gagal menampilkan aksi cemerlang.. Tugas pertahanan Uruguay mudah sahaja iaitu mengawal pergerakan Korea dan mereka tidak akan berdepan banyak masalah untuk melangkah ke suku akhir..
Namun tiada yang mustahil dalam bola sepak.. Siapa tahu Korea mampu mengejutkan peminat bola sepak sekali lagi seperti mereka lakukan pada tahun 2002 di bawah pimpinan Guus Hiddink.. Mungkin boleh dan mungkin tidak.. Apa-apa pun biar persembahan mereka di atas padang menjawabnya..
Untuk tiket kedua ke suku akhir.. Stadium Royal Bafokeng akan menjadi saksi pada perlawanan di antara USA dan Ghana.. Atikah memilih USA dalam perlawanan ini.. Sebabnya mudah sahaja sebab USA tampak lebih hebat berbanding Ghana yang muncul naib juara kumpulan D pada saat-saat akhir..
Dengan hakikat USA mahu membalas dendam kekalahan mereka pada Piala Dunia 2006 di Jerman kepada Ghana untuk melihat mereka dihantar pulang pasti menyaksikan USA cuba memastikan ianya tidak terjadi sekali lagi.. Hakikat Ghana cukup bergelut untuk menjaringkan gol juga menjadi sebab Atikah memilih USA..
Ghana hanya menjaringkan 2 gol kedua-duanya hasil sepakan penalti Asamoah Gyan.. Jika Ghana gagal memastikan penyerang mereka berbisa.. Mereka tampaknya terpaksa bersiap sedia untuk meninggalkan Afrika Selatan.. Namun segala-galanya boleh berlaku.. Jika USA gagal memastikan 2 tonggak utama mereka London Donovan dan Clint Dempsey beraksi cemerlang..
Ghana mungkin mampu untuk mengejutkan USA sekali lagi dan layak ke suku akhir dan bertemu Uruguay ataupun Korea Selatan.. Namun bagi pandangan Atikah, suku akhir pertama akan menyaksikan Uruguay menentang USA.. Adios Amigos!!

Subscribe to:
Posts (Atom)