Piala Dunia 2010 kini sudah pun di peringkat kalah mati.. Dengan Perancis dan Itali iaitu finalis Piala Dunia 2006 ditunjukkan jalan keluar.. Tidak mustahil akan ada lagi pasukan gergasi tumbang ditundukkan pasukan kerdil.. Namun ianya tampak mustahil apabila melihat prestasi beberapa pasukan pilihan yang lain..
Argentina,Belanda dan Brazil merupakan tiga pasukan yang cukup hebat pada perlawanan Piala Dunia kali ini.. Sementara Sepanyol, England, Portugal dan Jerman juga mampu memenangi Piala Dunia kali ini selepas mula bangkit dari keputusan mengecewakan.. Namun saingan dari pasukan lain yang Atikah tidak nyatakan juga mampu membuat kejutan..
Uruguay dan Portugal merupakan 2 pasukan yang benteng pertahanannya masih belum ditembusi.. Terima kasih kepada kecekapan penjaga gol masing-masing dan kekentalan pemain pertahanan kedua-dua pasukan.. Cukuplah sedikit review Piala Dunia.. Atikah nak teruskan kepada siapa yang akan menang tiket suku akhir pertama dan kedua..
Untuk tiket suku akhir pertama.. Gelanggang Port Elizabeth Stadium akan menyaksikan pertembungan di antara Uruguay dan Korea Selatan.. Kedua-dua pasukan mempunyai peluang yang sama banyak namun pilihan Atikah untuk memenangi perlawanan ini ialah Uruguay..
Hakikat benteng pertahanan Uruguay masih belum boleh ditembusi menjadi salah satu punca Atikah memilih Uruguay untuk ke suku akhir menewaskan Korea Selatan.. Penjaga gol berusia 24 tahun, Fernando Muslera merupakan sebab utama Uruguay mampu mendahului kumpulan A..
Trio serangan yang cemerlang iaitu diketuai Diego Forlan, Luis Suarez dan Edison Cavani merupakan tiro serangan yang tidak kurang berbisanya.. Dengan hakikat Uruguay boleh bergantung harap kepada hampir kesemua pemain berbanding Korea.. Ianya menyakinkan lagi Atikah untuk memilih Uruguay berbanding Korea untuk memenangi perlawanan ini..
Korea tidak mampu untuk melangkah jauh jika kapten pasukan mereka Park Ji Sung gagal menampilkan aksi cemerlang.. Tugas pertahanan Uruguay mudah sahaja iaitu mengawal pergerakan Korea dan mereka tidak akan berdepan banyak masalah untuk melangkah ke suku akhir..
Namun tiada yang mustahil dalam bola sepak.. Siapa tahu Korea mampu mengejutkan peminat bola sepak sekali lagi seperti mereka lakukan pada tahun 2002 di bawah pimpinan Guus Hiddink.. Mungkin boleh dan mungkin tidak.. Apa-apa pun biar persembahan mereka di atas padang menjawabnya..
Untuk tiket kedua ke suku akhir.. Stadium Royal Bafokeng akan menjadi saksi pada perlawanan di antara USA dan Ghana.. Atikah memilih USA dalam perlawanan ini.. Sebabnya mudah sahaja sebab USA tampak lebih hebat berbanding Ghana yang muncul naib juara kumpulan D pada saat-saat akhir..
Dengan hakikat USA mahu membalas dendam kekalahan mereka pada Piala Dunia 2006 di Jerman kepada Ghana untuk melihat mereka dihantar pulang pasti menyaksikan USA cuba memastikan ianya tidak terjadi sekali lagi.. Hakikat Ghana cukup bergelut untuk menjaringkan gol juga menjadi sebab Atikah memilih USA..
Ghana hanya menjaringkan 2 gol kedua-duanya hasil sepakan penalti Asamoah Gyan.. Jika Ghana gagal memastikan penyerang mereka berbisa.. Mereka tampaknya terpaksa bersiap sedia untuk meninggalkan Afrika Selatan.. Namun segala-galanya boleh berlaku.. Jika USA gagal memastikan 2 tonggak utama mereka London Donovan dan Clint Dempsey beraksi cemerlang..
Ghana mungkin mampu untuk mengejutkan USA sekali lagi dan layak ke suku akhir dan bertemu Uruguay ataupun Korea Selatan.. Namun bagi pandangan Atikah, suku akhir pertama akan menyaksikan Uruguay menentang USA.. Adios Amigos!!
No comments:
Post a Comment