Kemenangan kontroversi 1-2 Ferrari di Grand Prix Jerman disebabkan kemenangan Alonso dilaporkan atas arahan pasukan Ferrari terhadap pendahulu perlumbaan, Massa (my favorite driver).. Hubungan baik dua pelumba ini boleh terjejas begitu sahaja.. Namun Massa menegaskan dia yang membuat keputusan untuk membiarkan Alonso memintasnya..
Atikah x tengok perlumbaan ini sebenarnya sebab terlajak time lah pulak.. Baru nak tengok, rupa-rupanya dah habis.. Silap timinglah pulak.. Atikah pun x ingat apa yang Atikah buat malam tu.. Hahah.. Rugi.. Kalau tahu Ferrari menang gerenti dari mula Atikah dah tengok.. Tapi nak buat macam mana..
Tapi apa-apa pun Atikah rasa Ferrari dan Alonso patut bagi Massa menang disebabkan dia baru menyambut setahun dia hampir sahaja kehilangan nyawanya akibat perlumbaan di Grand Prix Hungary 2009 yang lalu.. Di mana Atikah lambat lebih kurang 5 minit sahaja sebelum lihat kejadian ngeri tersebut..
Atikah ingat lagi.. Waktu tu Atikah baru je balik dari jalan-jalan dengan keluarga di Taiping.. Bila bukak je siaran langsung pusingan kelayakan, tengok bendera merah dikibarkan.. Atikah ingat apalah yang berlaku.. Bila mereka tunjuk je ulangan, Atikah terkedu kerana Atikah kenal sangat dengan jentera dan helmet pemandu yang malang tersebut..
Ianya ialah Felipe Massa.. Atikah sememangnya sebak semasa melihat kejadian tersebut.. Kerana Massa memandu dalam kelajuan 170 km sejam dan terus melanggar tembok tayar selepas kepalanya hanya beberapa inci daripada mata kirinya dihantuk salah satu kompenen kereta Rubens Barrichelo..
Atikah sendiri risau dengan keadaannya.. Selepas kejadian tersebut Atikah pantas mendapatkan segala sumber yang diperlukan untuk mengetahui apa sebenarnya keadaan Massa.. Beberapa hari selepas itu Atikah menarik nafas lega kerana mengetahui yang keadaan Massa sihat-sihat saja.. Dan setahun selepas itu beliau hampir sahaja memenangi perlumbaan..
Hujung minggu ini Massa akan kembali semula ke litar yang hampir meragut nyawanya semasa menantikan kelahiran sulung cahaya matanya tahun lepas.. Massa mengakui dia akan berjumpa dengan Marshall yang bersusah payah menyelamatkan nyawanya.. Kerana beliau tahu jika bukan kerana kecekepan mereka, beliau mungkin tidak akan melihat dunia ini lagi..
Walau apa-apa pun Atikah harap Massa akan menang hujung minggu ini di Litar Hungary yang sering mengecewakannya.. Setahun sebelum kemalangan tersebut beliau hampir memenanginya untuk melihat enjin keretanya buat hal semasa perlumbaan berbaki berapa sahaja pusingan lagi untuk ditamatkan.. Good Luck Felipe Massa!!
No comments:
Post a Comment