Wednesday, August 18, 2010

My 2010 handball experience (part 1)

Hmmm.. Rindu giler dengan hari-hari menggalas cabaran SMK Simpang untuk perlawanan peringkat daerah Larut Matang dan Selama dalam kejohanan bola baling.. Sebenarnya tiada siapa yang tahu apa misi sebenar Atikah di kejohanan ini selain daripada mencuba yang terbaik daripada tahun 2007 di mana Atikah banyak dibolosi di pengalaman pertama main bola baling di kejohanan tinggi..

Misi pertama ialah cuma menjadi bertanggungjawab supaya dipilih jadi kapten pasukan di mana tugas itu digalas Atikah semasa di sekolah rendah.. Namun misi tersebut cukup sukar memandangkan ada pelajar senior.. Namun itu bukanlah penyebab untuk Atikah x tunjukkan kewibawaan Atikah.. Bagi Atikah semua orang kapten cuma seorang sahaja yang menjadi kapten kepada kapten..

Misi kedua ialah seperti pemain lain iaitu membanggakan cikgu kami, Cikgu Norzie yang bersungguh-sungguh melatih kami.. Namun nampaknya walaupun cigu bangga dengan pencapaian kami namun ianya tetap mengecewakan selepas tewas 4-2 kepada pasukan naib juara, SMK Tengku Menteri..

Dan misi terakhir ialah dipilih untuk saringan memilih pemain mewakili LMS untuk peringkat negeri selepas Atikah telah mencemarkan peluang Atikah di sekolah rendah selepas beraksi teruk sangat mungkin sebab tekanan, nervous dan x adanya sokongan cikgu.. Tapi kali ini Atikah nak pastikan dipilih..

Okey Atikah x nak lagi cerita situasi di hari kejohanan.. Kita mulakan dengan hari-hari penting semasa latihan.. Atikah telah berjaya mencederakan diri Atikah semasa menjalani latihan iaitu pergelangan kiri Atikah telah tercedera dengan doktor di hospital Apollo telah memberitahu yang ligamen otot kiri Atikah mungkin telah tercedera..

Ianya memang cukup menyaksikan Atikah bergelut dengan kecederaan tersebut.. Namun untuk pasukan segala-galanya Atikah akan berikan.. Selepas itu perlawanan penting menentang pasukan tahun lepas iaitu pelajar senior yang malas training dan malas nak hadir percubaan yang mahu masuk ke dalam pasukan selepas sebulan lebih Cigu Norzie membuat latihan..

Mereka menggunakan PK Koko untuk mendapatkan tempat dalam pasukan.. Dan cikgu telah buat perjanjian yang jika kami kalah kami x akan menyertai pasukan dan begitu juga dengan mereka.. Ianya menyemarakkan lagi semangat kami selepas PK Koko dan pasukan senior kata kami semua x cukup bagus untuk lawan di peringkat daerah..

Nak dijadikan cerita beberapa hari sebelum itu Atikah ambil angin di Cameroon Highlands dan di Perlis untuk menenangkan sedikit fikiran sebelum perlawanan tersebut.. Namun cerita sebenarnya ialah Atikah boleh pulak demam sehari sebelum perlawanan tersebut.. Malam itu Atikah pun pergilah ke doktor kesayangan Atikah untuk memastikan Atikah mampu beraksi esoknya..

Atikah hadir ke sekolah dan beritahu team Atikah dan cikgu yang Atikah demam.. Apa lagi punya risaulah team Atikah dan terutama sekali cikgu Norzie yang dipenuhi tekanan.. Atikah dimarahi Cikgu Norzie semasa warm up kerana x main elok-elok.. Well sememangnya Atikah selalu main-main semasa training.. Heheh..

Lepas tu hanya beberapa minit untuk aksi dimulakan, kepala Atikah start pening.. So Atikah pun pergilah makan ubat sambil berdoa yang boleh berikan aksi terbaik walaupun dengan keadaan yang agak lemah.. Nampaknya ianya menjadi kenyataan selepas Atikah melepaskan 2 gol sahaja dan menyelamatkan banyak percubaan team lawan..

Namun keputusan seri 2-2.. Jadi ianya akan ditentukan menerusi sepakan penalti.. Ramai yang mungkin x tahu yang Atikah sebenarnya pernah melalui situasi ini semasa sekolah rendah.. So Atikah dah ada pengalaman.. Jadi Atikah cuba sedaya upaya untuk menenangkan fikiran.. Cikgu Atikah berikan nasihat supaya relax dan ikut kata hati.. Tapi sebenarnya ikut kata hati ini kadang-kadang tidak membantu.. Tetapi Atikah dah ada plan di dalam kepala..

5 balingan penalti di ambil dan Atikah berjaya menyelamatkan empat balingan dengan yang terakhir tersasar dan pasukan Atikah menang penalti 1-0.. Tapi tiada siapa tahu apa yang berlaku semasa balingan terakhir yang di ambil pasukan lawan.. Hanya Tuhan sahaja tahu bertapa gementarnya Atikah.. Namun Atikah berjaya membaca balingannya walaupun balingan tersebut tersasar..

Atikah apa lagi memang gembira namun yang sedihnya semua orang bagaikan lupa siapa 'hero' mereka selepas menyisihkan Atikah dari perayaan mereka.. Tapi semasa Atikah perlahan-lahan datang ke tempat mereka meraikan kejayaan tersebut, Cikgu Norzie datang dan memeluk Atikah dan cakap sesuatu yang Atikah lupa pulak apa dia..

Lepas itu barulah Atikah pergi peluk atau dipeluk rakan-rakan sepasukan yang lain.. Ramai yang menangis kegembiraan namun Atikah tidak, mungkin kerana perasaan gementar itu masih belum hilang lagi.. Tapi apa yang pasti rasa gembira menguasai diri.. Boleh dikatakan demam Atikah dah kebah dengan segala pengalaman tersebut..

Atikah juga sempat beritahu mereka bertapa gemtarnya Atikah masa balingan penalti itu kerana Atikah berdepan tugas yang cukup berat.. Iaitu bila team Atikah gagal masukkan gol Atikah kena pastikan team lawan tidak masukkan gol.. Dan bila team Atikah masukkan gol Atikah kena pastikan mereka x masukkan gol..

Cikgu dan mereka semua gelak sahaja.. Tapi mereka juga ada kata sesuatu yang Atikah sekali lagi lupa apa dia.. Okeylah.. Kita teruskan lagi apa yang berlaku selepas perlawanan tersebut pada bahagian kedua nanti.. Sebabnya dah penat Atikah menulis dah nie.. Okey.. Adios!!

Tuesday, August 3, 2010

My 2010 Birthday Present Wish

7 November 2010 genap Atikah berusia 15 tahun.. Tiap-tiap tahun Atikah tidak ambil peduli sangat apa yang orang bagi dekat Atikah waktu hari jadi keranan hampir setiap kali hari jadi Atikah, semua orang bagi Atikah hadiah yang memang Atikah suka.. Namun tahun ini Atikah harap sangat dapat salah satu dari 3 hadiah ini..

Hadiah yang paling Atikah inginkan dan Atikah rasa yang paling murah dari senarai hadiah hari jadi yang diimpikan Atikah tahun 2010 ini.. Album terbaru daripada artis kesayangan Atikah, Taylor Swift yang akan dikeluarkan pada 25 Oktober 2010 seluruh dunia iaitu beberapa hari sebelum hari jadi kelima belas Atikah..

Album tersebut diberi nama 'Speak Now'.. Terdapat kemungkinan 14 buah lagu (di mana Taylor Swift x pasti) dan kesemua lagi tersebut buat pertama kalinya ditulis kesemuanya oleh Taylor Swift tanpa sebarang bantuan daripada penolong penulis liriknya iaitu Liz Rose ataupun komposer lain..

Untuk tahu sama ada benar atau tidak ianya album terbaru Taylor Swift.. 2 buah lagu ini disahkan akan berada di dalam album tersebut iaitu Sparks Fly dan juga Mine iaitu single yang akan direleasekan pada 16 Ogos ini.. Dan kemungkinan juga satu tajuk lagu yang berjudul Speak Now turut berada dalam track list tersebut..

So ada sape2 yang berminat untuk berikan Atikah hadiah ini.. Percayalah kalau ada sesiapa yang boleh bagi Atikah album Taylor Swift ini pastinya Atikah giler punya happy.. Sebab ialah siapa yang x nak orang bagi free album penyanyi kegemaran anda?? Hahah.. Tahun lepas kakak (anyah @ Noor Hafizah) bagi album Taylor Swift Malaysia Edition.. So anyah ada chance dapat album baru Taylor Swift pulak x tahun nie?? Heheh..

Yang kedua ialah tidak lain dan tidak bukan jersi away 2010/2011 Arsenal yang berwarna kuning.. X nak yang home punya sebab x berapa smart.. Tapi kalau ada yang nak bagi free apa salahnya.. Atikah x memilih asalkan ianya jersi Arsenal.. Tapi kalau jersi Barcelona Atikah bagi tau awal-awal Atikah akan bakar jersi itu sebabnya Atikah tengah dalam mood anti Barcelona sekarang ini..

xbox 360.. Idaman Atikah.. Tapi tahu2 jelah berapa harganya.. InsyaAllah dalam tahun 2011 atau 2012 masa xbox 720 dikeluarkan harga xbox 360 ini mungkin akan murah sikit.. Ialah sekarang ini Atikah tengah fed up Playstation 2 sekarang ini dah kira macam ketinggalan zaman dan dah x banyak game yang dikeluarkan untuk PS2..

So ada sesiapa yang masih fikir2 apa yang nak bagi dekat Atikah masa hari jadi nanti, 3 hadiah ini mungkin memberikan pilihan.. Taylor Swift album mungkin dalam bawah RM 100 bergantung sama ada ianya DVD ataupun CD.. Atikah lebih prefer DVD (harap maklum).. Kalau jersi Arsenal tu yang Orginal punya dalam RM 200 lebih kalau yang cetak rompak punya pastikan kualiti baik punya.. Kalau x silap Atikah baru bawah RM 100..

Kalau yang xbox ini dalam RM 1000 lebih.. Ada dua pilihan sebenarnya dan Atikah sendiri x tahu apa pilihannya.. Kalau x silap sama ada controller dia ada wayar ataupun tidak.. Kalau x de wayar tu mahal sikit harganya.. Sebab ianya wireless.. Maybe harga xbox nie dah turun kut.. Atikah x pastilah.. Buatlah pilihan yang bijak.. Adios!!

P/S : Segala kerjasamamu amat dihargai.. Love you all who think about to give my this year birthday present wish..