Wednesday, August 18, 2010

My 2010 handball experience (part 1)

Hmmm.. Rindu giler dengan hari-hari menggalas cabaran SMK Simpang untuk perlawanan peringkat daerah Larut Matang dan Selama dalam kejohanan bola baling.. Sebenarnya tiada siapa yang tahu apa misi sebenar Atikah di kejohanan ini selain daripada mencuba yang terbaik daripada tahun 2007 di mana Atikah banyak dibolosi di pengalaman pertama main bola baling di kejohanan tinggi..

Misi pertama ialah cuma menjadi bertanggungjawab supaya dipilih jadi kapten pasukan di mana tugas itu digalas Atikah semasa di sekolah rendah.. Namun misi tersebut cukup sukar memandangkan ada pelajar senior.. Namun itu bukanlah penyebab untuk Atikah x tunjukkan kewibawaan Atikah.. Bagi Atikah semua orang kapten cuma seorang sahaja yang menjadi kapten kepada kapten..

Misi kedua ialah seperti pemain lain iaitu membanggakan cikgu kami, Cikgu Norzie yang bersungguh-sungguh melatih kami.. Namun nampaknya walaupun cigu bangga dengan pencapaian kami namun ianya tetap mengecewakan selepas tewas 4-2 kepada pasukan naib juara, SMK Tengku Menteri..

Dan misi terakhir ialah dipilih untuk saringan memilih pemain mewakili LMS untuk peringkat negeri selepas Atikah telah mencemarkan peluang Atikah di sekolah rendah selepas beraksi teruk sangat mungkin sebab tekanan, nervous dan x adanya sokongan cikgu.. Tapi kali ini Atikah nak pastikan dipilih..

Okey Atikah x nak lagi cerita situasi di hari kejohanan.. Kita mulakan dengan hari-hari penting semasa latihan.. Atikah telah berjaya mencederakan diri Atikah semasa menjalani latihan iaitu pergelangan kiri Atikah telah tercedera dengan doktor di hospital Apollo telah memberitahu yang ligamen otot kiri Atikah mungkin telah tercedera..

Ianya memang cukup menyaksikan Atikah bergelut dengan kecederaan tersebut.. Namun untuk pasukan segala-galanya Atikah akan berikan.. Selepas itu perlawanan penting menentang pasukan tahun lepas iaitu pelajar senior yang malas training dan malas nak hadir percubaan yang mahu masuk ke dalam pasukan selepas sebulan lebih Cigu Norzie membuat latihan..

Mereka menggunakan PK Koko untuk mendapatkan tempat dalam pasukan.. Dan cikgu telah buat perjanjian yang jika kami kalah kami x akan menyertai pasukan dan begitu juga dengan mereka.. Ianya menyemarakkan lagi semangat kami selepas PK Koko dan pasukan senior kata kami semua x cukup bagus untuk lawan di peringkat daerah..

Nak dijadikan cerita beberapa hari sebelum itu Atikah ambil angin di Cameroon Highlands dan di Perlis untuk menenangkan sedikit fikiran sebelum perlawanan tersebut.. Namun cerita sebenarnya ialah Atikah boleh pulak demam sehari sebelum perlawanan tersebut.. Malam itu Atikah pun pergilah ke doktor kesayangan Atikah untuk memastikan Atikah mampu beraksi esoknya..

Atikah hadir ke sekolah dan beritahu team Atikah dan cikgu yang Atikah demam.. Apa lagi punya risaulah team Atikah dan terutama sekali cikgu Norzie yang dipenuhi tekanan.. Atikah dimarahi Cikgu Norzie semasa warm up kerana x main elok-elok.. Well sememangnya Atikah selalu main-main semasa training.. Heheh..

Lepas tu hanya beberapa minit untuk aksi dimulakan, kepala Atikah start pening.. So Atikah pun pergilah makan ubat sambil berdoa yang boleh berikan aksi terbaik walaupun dengan keadaan yang agak lemah.. Nampaknya ianya menjadi kenyataan selepas Atikah melepaskan 2 gol sahaja dan menyelamatkan banyak percubaan team lawan..

Namun keputusan seri 2-2.. Jadi ianya akan ditentukan menerusi sepakan penalti.. Ramai yang mungkin x tahu yang Atikah sebenarnya pernah melalui situasi ini semasa sekolah rendah.. So Atikah dah ada pengalaman.. Jadi Atikah cuba sedaya upaya untuk menenangkan fikiran.. Cikgu Atikah berikan nasihat supaya relax dan ikut kata hati.. Tapi sebenarnya ikut kata hati ini kadang-kadang tidak membantu.. Tetapi Atikah dah ada plan di dalam kepala..

5 balingan penalti di ambil dan Atikah berjaya menyelamatkan empat balingan dengan yang terakhir tersasar dan pasukan Atikah menang penalti 1-0.. Tapi tiada siapa tahu apa yang berlaku semasa balingan terakhir yang di ambil pasukan lawan.. Hanya Tuhan sahaja tahu bertapa gementarnya Atikah.. Namun Atikah berjaya membaca balingannya walaupun balingan tersebut tersasar..

Atikah apa lagi memang gembira namun yang sedihnya semua orang bagaikan lupa siapa 'hero' mereka selepas menyisihkan Atikah dari perayaan mereka.. Tapi semasa Atikah perlahan-lahan datang ke tempat mereka meraikan kejayaan tersebut, Cikgu Norzie datang dan memeluk Atikah dan cakap sesuatu yang Atikah lupa pulak apa dia..

Lepas itu barulah Atikah pergi peluk atau dipeluk rakan-rakan sepasukan yang lain.. Ramai yang menangis kegembiraan namun Atikah tidak, mungkin kerana perasaan gementar itu masih belum hilang lagi.. Tapi apa yang pasti rasa gembira menguasai diri.. Boleh dikatakan demam Atikah dah kebah dengan segala pengalaman tersebut..

Atikah juga sempat beritahu mereka bertapa gemtarnya Atikah masa balingan penalti itu kerana Atikah berdepan tugas yang cukup berat.. Iaitu bila team Atikah gagal masukkan gol Atikah kena pastikan team lawan tidak masukkan gol.. Dan bila team Atikah masukkan gol Atikah kena pastikan mereka x masukkan gol..

Cikgu dan mereka semua gelak sahaja.. Tapi mereka juga ada kata sesuatu yang Atikah sekali lagi lupa apa dia.. Okeylah.. Kita teruskan lagi apa yang berlaku selepas perlawanan tersebut pada bahagian kedua nanti.. Sebabnya dah penat Atikah menulis dah nie.. Okey.. Adios!!

No comments:

Post a Comment