Tuesday, September 14, 2010

I'm the worst TS fans ever!!

Bagi peminat setia Taylor Swift.. Pastinya menjadi orang terakhir yang mengetahui Taylor baru sahaja menyampaikan lagu terbarunya pasti akan membuatkan orang tersebut tidak dapat memaafkan dirinya dan berasa cukup bersalah dalam perkara ini.. Dan perkara tersebut berlaku kepada Atikah pada Hari Taylor Swift iaitu pada 13 September 2010..

Atikah sebenarnya melalui perjalanan yang cukup jauh dan memenanatkan.. Namun sebelum memulakan perjalanan tersebut, hati Atikah meruntun supaya buka internet sekarang.. Namun Atikah buat x kisah sahaja dan terus simpan laptop untuk mengelakkan Atikah tertinggal perkara paling penting.. Ialah nanti x de laptop habis x boleh nak buat kerja..

So perjalanan dari Kuantan ke Kuala Lumpur cukup membosankan Atikah.. Atikah x boleh nak tidur seperti kebiasaannya sampailah lagu Mine berkemundang di radio Hitz.Fm.. Ianya membuatkan hari Atikah sekejap namun selepas itu Atikah rasa bagaikan ada sesuatu yang x kena.. Namun sekali lagi Atikah endahkannya..

Sampai sahaja di KL, Atikah pergi beraya dekat rumah mak saudara.. Namun entah kenapa hati Atikah meruntun-runtun supaya buka internet.. Namun sekali lagi Atikah x endahkan dan makan tengah hari sebelum meneruskan perjalanan dari Kuala Lumpur ke Teluk Intan pulak.. Dalam kereta Atikah cuma tidur kejap dan hati Atikah kembali memaksa Atikah bukak laptop, namun sekali lagi Atikah endahkannya..

Namun bila sampai ke Teluk Intan Atikah berjaya lupakan sekejap hasrat hati ini.. Namun Atikah berkeras menghalang hajat ayah Atikah nak pergi beraya di Ipoh.. Dan akhirnya ayah Atikah mengikut kehendak Atikah dan meneruskan perjalanan pulang kembali ke Taiping.. Namun sepanjang perjalanan tersebut Atikah x boleh tidur walaupun Natalie mengumandangkan Mine dan Today Was A Fairytale di Hitz.Fm..

Atikah rasa sedikit kecewa kerana tahu Taylor x menang apa-apa tahun ini di VMA selepas setahun Kanye memalukannya di hadapan ramai orang.. Walaupun Atikah menjangkakan kekalahan ini kerana music video Fifteen tidak setanding music video You Belong With Me yang menang tahun lepas.. Namun Atikah rasa x kena dalam diri Atikah..

Sampai di rumah apa yang Atikah ingat ialah makan dan mandi puas-puas dengan air pancut.. Namun ulang-alik Atikah keluar masuk bilik dan gerak hati Atikah masih mahu Atikah bukak laptop namun Atikah berkeras mahu makan dan kemudiannya tengok CSI New York dahulu dan terus masuk tidur kerana cukup penat dan keesokan harinya kakak sedare kesayangan Atikah nak bertunang..

Tapi Atikah memang giler x boleh tidur sampailah kakak Atikah kacau pukul 11.45 malam.. Atikah cuba tidur tapi masih gagal lalu Atikah ambil laptop dan connect internet.. Atikah check laman web rasmi Arsenal dahulu sebab rasa mungkin ada berita terbaru.. Tapi rasanya bukan itu punca Atikah x selesa betul sepanjang hari ini..

Jadi bilak bukak facebook Taylor Swift barulah Atikah tahu rupa-rupanya Taylor persembahkan lagu baru mengenai apa yang dilakukan Kanye kepadanya tahun lepas di acara VMA semasa memenangi anugerah VMA pertamanya.. Dan Atikah memang marah sebab x nak ikut apa yang hati Atikah cuba bagitau..

Rupa-rupanya sama ada Atikah sedar ataupun tidak Atikah sebenarnya ada naluri tentang Taylor Swift.. Begitu juga dengan naluri Arsenal Atikah yang hampir kebanyakannya benar.. Atikah rasa lepas ini Atikah patut lebih prihatin dengan apa yang cuba disampaikan kata hati Atikah.. Kerana ianya mungkin mampu mengelakkan perkara sebegini berulang lagi..

Apa-apa pun lagi baru Taylor Swift ini cukup hebat sekali.. Inilah Taylor Swift yang Atikah suka.. Siapa yang cakap Taylor Swift x berbakat, anda semua cukup ketinggalan zaman sekali.. Kerana Taylor Swiftlah evolusi baru muzik dunia tidak lama lagi.. Percayalah.. Adios!!

No comments:

Post a Comment