Okey sebelum ini Atikah ada beritahu yang idola (perempuan) Atikah dalam bidang sukan ialah penjaga gol utama skuad Arsenal Ladies, Emma Byrne.. Kali ini Atikah nak ceritakan siapa idola dan role model Atikah dalam setiap aspek dan kalau boleh nak jadi sebaik-baik role model Atikah ini.. Role model yang Atikah maksudkan ialah Taylor Alison Swift ataupun lebih dikenali sebagai Taylor Swift..
Taylor yang berasal dari Wyomossing, Pennslyvania sebelum berhijrah ke Nashville ini bukan sahaja boleh menanyi.. Namun beliau kerap sekali menulis lagunya sendiri.. Beliau juga boleh bermain berbagai-bagai alat muzik seperti gitar dan piano sebagai contohnya.. Taylor juga boleh tahan juga lakonannya.. Namun Atikah memang x faham masih ada yang membencinya..
Mungkin kerana jealous.. Bukannya apa.. Atikah rasa Taylor Swiftlah sebaik-baik manusia di dunia ini.. Beliau jugalah sebaik-baik role model di golongan artis.. Bagi Atikah tiada langsung cacat celanya pada Taylor.. Beliau baik, pemurah, berbakat dan banyak lagi.. Kalau nak cerita sampai esok pun x habis..
Setiap manusia ada kekurangannya yang tersendiri.. Namun bagi Atikah Taylor Swift dan cukup perfect dah.. Ada yang cakap bila dia menyanyi live suara dia hancur.. Tolonglah.. Vocal boleh dipelajari dan vocal seseorang itu akan berubah mengikut kematangannya.. Ingatlah sikit yang Taylor Swift baru mahu menjangkaui umur 21 tahun pada bulan Disember ini..
Sekurang-kurangnya beliau tidak lip sync semasa membuat persembahan.. Okey.. Cukuplah Atikah marah-marah pasal orang yang kutuk dia.. Sampai esok pun nanti tidak habis.. Kerana Atikah berpegang dengan kepercayaan yang seorang benci berpuluh lagi menyanyanginya.. Okey Atikah nak beritahu mengapa Atikah anggap dia role model Atikah..
First sebab bertapa baik hatinya Taylor Swift terhadap peminatnya terutamanya.. Juga kerana bertapa dia masih ingat di mana tempat buminya berpijak.. Kalau nak bilang berapa percalonan, anugerah dan penghormatan yang dimenangi dan diperolehinya tidak terkira banyaknya.. Namun Taylor masih belum berlagak diva dan langsung tidak lupa peminat, keluarga dan rakan-rakannya..
Kedua kerana budi perketinya.. Taylor cukup rajin menderma kepada bahagian persekolahan terutamanya.. Dan semasa banjir besar melanda Nashville, Taylor tidak segan untuk menghulurkan sejumlah suku juta dolar untuk membantu proses pemulihan banjir tersebut.. Taylor baru-baru ini disahkan namanya akan diletakkan di dewan bekas sekolahnya atas sumbangannya selama ini..
Ketiga kerana segala-galanya tentang dirinya.. Bayangkan anda memenangi anugerah paling besar sepanjang kerja anda, namun tiba-tiba rakan sekerja anda memberitahu anda tidak layak menerimanya dan juga memalukan anda di hadapan jutaan penonton yang melihat semasa anda tengah berucap!! Pasti anda rasa nak belasah dan marah je orang tu..
Tetapi bayangkanlah Taylor Swift hanya diam dan beliau turut menerima permohonan maaf Kanye West selepas melakukannya pada VMA tahun lepas.. Dan Taylor juga mahu Kanye lupakan segala-galanya yang telah berlaku dan memberitahu tiada siapa yang sempurna dan semua orang melakukan kesilapan..
Perasaannya terhadap peminat.. Beliau sama sekali tidak akan menghampakan peminatnya.. Beliau tahu bertapa pentingnya peminat dalam kejayaannya.. Beliau tidak akan pernah lupa menyebut terima kasih kepada peminatnya setiap kali beliau berucap selepas memenangi anugerah.. Jika beliau terlupa beliau pastinya akan membuat permohonan maaf kepada peminatnya secara terbuka..
Pernah juga ada peminatnya yang pengsan semasa mahu memasuki konsertnya.. Taylor walau sesibuk mana pun menghantar ibunya melihat keluarga peminatnya itu sebelum membuat panggilan telefon kepada peminatnya itu.. Beliau juga tidak segan untuk menemui peminatnya yang cuba mendapatkan pelukan darinya dengan melakukan cabaran kepada mereka sebelum membuat kejutan terbang ke univesiti mereka untuk memberikan pelukan..
Kepada peminatnya yang sakit.. Beliau pasti akan cuba menemui mereka jika beliau boleh melarikan diri seketika dari jadualnya yang cukup ketat itu.. Dan bila beliau pergi makan atau bersantai, apabila beliau ternampak akan peminatnya pasti beliau akan meluangkan masa seketika melayan mereka dengan menandatangani autograph mahupun bergambar bersama mereka ataupun hanya melambaikan tangannya jika beliau ada sesuatu untuk dilakukan..
Taylor Swift juga tidak akan pernah reply atau follow peminatnya di Twitter hanya kerana mahu memberikan layanan adil kepada semua peminatnya.. Namun beliau tidak akan sama sekali lupa meluangkan masa membaca mesej dari peminatnya.. Apa yang Atikah cuba bagi tahu ialah Taylor Swift melayan peminatnya sama rata dan melayan mereka sepenuh hatinya dan menyayanginya sebanyak mana peminatnya menyayanginya..
Sifat selamba dan kelakarnya.. Taylor Swift telah menegaskan beliau tidak akan mengubah pernampilan dirinya secara drastik.. Dan ini sememangnya mengembirakan Taylor kerana Taylor yang semakin matang kini masih belum berubah.. Beliau masih cool dan kelakar.. Dan beliau juga tidak memakai pakaian yang pelik2..
Walaupun baju tersebut beliau sudah pernah pakai, beliau tidak kisah memakainya sekali lagi berbanding sesetengah artis yang mungkin sudah membakar baju tersebut.. hahah.. Beliau juga selalu santai saja cara permakaiannya.. Tidak terlalu berat.. Simple sahaja.. Dan juga beliau tidak kisah tentang diet seperti artis-artis lain.. Apa yang dia rasa mahu makan dia akan makan..
Hmm.. Atikah rasa mungkin itu sahaja kut.. Dan panjang dah Atikah taip nie.. Dah buntu akal dah nak tulis apa lagi.. Nanti kalau ada nak sambung Atikah akan postkan lagi.. Harapnya anda faham mengapa Atikah pilih Taylor Swift sebagai role model Atikah.. Kerana bagi Atikah Taylor memang sesuai dengan peranan tersebut kerana beliau cukup pandai melarikan diri daripada gosip liar dan juga beliau tidak pernah mabuk dan beliau bukanlah artis yang suka berpati dan mabuk.. Adios!!
No comments:
Post a Comment