So orang kata there is no rainbow if there's no rain.. Setiap kali perkara tidak menjadi seperti yang kita harapkan, pastinya ada sesuatu hikmah di sebaliknya dan setiap kali kita melalui hari-hari yang menyedihkan, pastinya ada masanya hari kita akan menjadi hari terbaik dari sebelumnya..
So hari ini seperti biasa sebaik sahaja Atikah online Atikah terus sahaja bukak Facebook, Twitter dan juga laman web rasmi Arsenal.. Semasa Atikah buka Arsenal.com mata Atikah telah terpukau dengan satu tajuk di situ iaitu 'Arsenal announce friendly in Malaysia'.. Atikah apa lagi terus sahaja klik dan di saat itu Atikah telah melonjak kegembiraan (and maybe Atikah turut menjerit kegembiraan)..
Setelah sekian lama khabar angin bertiup kencang yang Arsenal akan datang ke Malaysia akhirnya ianya telah disahkan sendiri Arsenal walaupun semasa Atikah hantar email kepada mereka, mereka tidak langsung mahu mengesahkan akan kebenaran tersebut.. Namun apa yang pasti sekarang ini I'm going to Bukit Jalil!!
Selama ini Atikah terus sabar menanti sebarang berita tentang kemungkinan hadirnya idola Atikah, Taylor Swift ke Malaysia.. Namun Atikah terus menerus dikecewakan walaupun Taylor Swift telah postkan di Facebooknya yang dia menyayangi peminat-peminatnya di Malaysia.. Dan to be honest Atikah x pernah mengharapkan kehadiran Arsenal ke Malaysia sebanyak mana Atikah mengharapkan kehadiran Taylor Swift..
Tapi walau apa-apa pun misi Atikah kali ini ialah cuba untuk menangkap gambar dengan Cesc Fabregas yang seperti diketahui ramai pemain pujaan Atikah.. Kalau x dapat tangkap gambar pun dapat jumpa dengan dia pun cukuplah.. Paling kurang pun dapat tandatangan dia.. Wow.. Dapat berjumpa Fab4 bagaikan mimpi jadi realiti!!
Tapi kalau x dapat jumpa ataupun tangkap gambar dengan Fab4, dengan Fab21 pun jadilah.. Korang mesti tahu siapa dia.. Haha.. Mestilah Lukasz Fabianski.. Harapnya Fabianski waktu tu cergas sepenuhnya untuk menyertai pasukan dan maybe just maybe main sewaktu menentang Malaysia..
Tapi kalau x dapat jumpa dua orang itu pun x apalah.. Asalkan Atikah dapat menyaksikan aksi Arsenal dengan lebih dekat.. Jumpa mana-mana pemain Arsenal pun Atikah tidak kisah.. Kerana bukannya senang nak jumpa pemain Arsenal.. Tapi kalau dapat jumpa kedua-dua Fab ini memang cukup fabulous!!
So Atikah x sabar tunggu tiket perlawanan ini dijual.. Dan Atikah juga harap akan ada sesi meet and greet dengan player-player Arsenal.. Atikah akan lakukan apa sahaja untuk memastikan Atikah sekurang-kurangnya dapat jumpa seorang player Arsenal dan dapatkan tandatangannya ataupun tangkap gambar dengannya.. Arsene Wenger pun jadilah..
So mak Atikah dah beri lampu hijau untuk menyaksikan perlawanan ini dan harapnya abang sulung Atikah iaitu Along boleh menemani Atikah menyaksikan perlawanan ini.. Dan harap-harapnya Arsenal menang walaupun dalam masa yang sama Atikah mesti akan kecewa dengan kekalahan skuad Malaysia..
Tapi sorry Malaysia Atikah akan sokong Arsenal.. Tapi jangan risau Atikah akan tetap sokong Malaysia.. Itu pun kalau pemain kesukaan Atikah main.. Iaitu Nasril Nourdin.. Hmm.. Mestilah x sebabnya Khairul Fahmi gerenti akan menjaga gawang Malaysia.. Apa-apa pun x sabar menanti 13 Julai.. Adios!!
P/S : Harap-harapnya lepas ini giliran Taylor Swift pulak datang Malaysia..
No comments:
Post a Comment