Thursday, November 18, 2010

Taylor Swift love alert!! Taylenhaal Forever & Always?!

Hati Taylor Swift dilaporkan telah dicuri seorang jejaka yang boleh tahan juga rupanya dan tidak termasuk pulak betapa baiknya jejaka tersebut.. Hati Taylor sebelum ini telah dipatahkan oleh beberapa lelaki yang tidak kurang kacaknya dan cukup terkenal.. Namun adakah kali ini ianya akan berakhir dengan kegembiraan ataupun lelaki tersebut akan menginspirasikan album keempat Taylor??

Siapa yang tidak ingat cerita disebalik percintaan di antara Joe Jonas dan Taylor Swift?? 27 saat panggilan telefon sahaja diperlukan Joe untuk mematahkan hati Taylor selepas Joe bertindak meninggalkan Taylor untuk Camilla Belle.. Ini membuatkan terciptanya lagu Forever & Always dan Better Than Revenge untuk Joe dan Camilla.. Joe sememangnya berjaya memastikan Taylor takut untuk bercinta lagi..

Pergaduhan Taylor dan Joe berlanjutan dari pertengahan 2008 sehinggalah awal tahun 2010 semasa Grammy selepas dilihat Taylor Swift dan Joe Jonas kembali mesra.. Sehingga terdapatnya huru-hara yang mengatakan Jaylor akan kembali!! Namun ianya hanyalah rumours dan jelas walaupun Taylor mungkin masih mahukan Joe, namun ianya tidak akan berlaku..

Taylor Swift dilihat berjaya mencari pengubat duka selepas hatinya dipatahkan Joe Jonas namun memilih playboy seperti John Mayer bukanlah satu penganti yang wajar.. Dilaporkan ibu Taylor Swift, Andrea menghalang percintaan Taylor dan John Mayer begitu juga dengan peminatnya yang memberikan amaran bahawa John Mayer ialah seorang playboy..

Akhirnya ketakutan fans Taylor menjadi kenyataan selepas Taylor menceritakan segala-galanya dalam lagu Dear John dan The Story Of Us dalam album terbarunya.. Dan ianya dilihat John Mayer telah menyakitkan hati Taylor boleh tahan jugak teruknya.. Namun selepas itu munculnya lelaki yang menyayangi Taylor sepenuh hatinya..

Namanya juga Taylor namun Taylor Lautner.. Tay-Tay ini dilaporkan mula bercinta semasa pengambaraan Valentine's Day di mana mereka berdua menjadi pasangan kekasih.. Dan dilihat percintaan mereka tidak hanya di sudut pengambaraan namun juga sehingga keluar sudut pengambaraan.. Namun sayang hubungan mereka tamat pada parti hari jadi Taylor ke -20 pada 13 Disember 2009..

Menurut laporan Taylor meminta putus hubungan kerana kurangnya chemistry antara mereka dan Taylor hanya mahu meneruskan hubungan mereka sebagai teman rapat.. Dan mereka masih berkawan walaupun menurut laporan ego Taylor Lautner cukup tercalar selepas putus dengan Taylor Swift dan pernah mencuba beberapa perkara untuk menyelamatkan hubungan mereka..

Sedar dengan perkara itu, Taylor Swift telah menulis lagu Back To December khas untuk Taylor Lautner di mana buat pertama kalinya Taylor menulis lagu beliau meminta maaf kepada Taylor Lautner kerana tidak mencintai Lautner seperti mana Lautner mencintainya.. Well bila hati sudah dipatahkan dua kali dengan teruk pasti sukar untuk mempercayai lelaki lain pula..

Pada awal tahun 2010 dilaporkan Cory Monteith telah berjaya mencuri hati Taylor Swift namun kedua-dua mereka berkeras mengatakan they just friends.. Namun beberapa siri dating rahsia selepas itu telah mengukuhkan dakwaan mereka bercinta.. Namun sehingga kini ianya masih menjadi teka teki..

Suatu hari yang tenang peminat Taylor Swift telah dikejutkan dengan gambar perkahwinan Taylor Swift dengan seorang jejaka british, Toby Hemmingway.. Namun ianya hanya untuk music video terbaru Taylor Swift, Mine yang cukup sweet.. Namun peminat Taylor Swift lebih terpegun dengan betapa cutenya Taylor dan Toby bersama..

Selepas itu Taylor Swift dan Toby Hemmingway telah beberapa kali ditangkap paparazi dengan keluar bersama-sama.. Dengan betapa mesranya Taylor dan Toby semasa pengambaraan muzik video Mine telah menguatkan dakwaan mereka bercinta.. Namun ianya terus senyap sunyi sehinggalah pada minggu album ketiga Taylor Swift, Speak Now keluar..

Taylor Swift dengan beraninya keluar bersama teman lelaki barunya, pelakon Jake Gyllenhaal.. Siri perjumpaan mereka dari New York ke California telah menguatkan dakwaan hati Taylor Swift telah dimiliki jejak yang boleh tahan kacaknya (jika x ada janggut) Jake Gyllenhaal.. Dan berita terbaru yang Jake menghabiskan duit untuk menerbangkan Taylor ke London telah membuatkan Atikah semakin menerima Taylenhaal..

Jake telah menyewakan pesawat peribadi untuk membawa Taylor awal sehari ke London dari tarikh sepatutnya Taylor hadir cukup mengejutkan.. Dan dilihat Jake berusaha sedaya upayanya memastikan beliau tidak akan menjadi lelaki seterusnya yang akan memiliki lagu kerana memusnahkan hati Taylor Swift..

Namun Atikah rasa Jake cukup sweet.. Menurut laporan bekas teman wanita Jake, Reese Witherspoon merupakan orang yang bertanggungjawab mengenalkan mereka berdua dan Reese turut memberikan jaminan kepada Taylor yang Jake sama sekali tidak akan mematahkan hatinya.. Well I agree with Reese!! I don't think Taylor heart will break when with Jake..

Apa-apa pun kita tunggu dan lihat sahajalah selepas Taylor dan Jake kedua-duanya mengunci mulut mereka yang mereka bercinta walaupun jelas Taylor sebenarnya sukakan Jake.. Well Ellen you did such an fantastic job!! Namun apa yang pasti kita nantikan lagu terbaru ataupun album terbaru dari Taylor kerana tanpa sebarang keraguan lagi Jake pasti akan ada lagu sendiri sama ada dalam sudut baik ataupun tidak.. Enjoy this video when Ellen ask Taylor about Jake..

No comments:

Post a Comment