
Taylor Swift juga merupakan artis ketiga yang menjual paling banyak album dalam masa seminggu.. Dan beliau juga merupakan artis ketiga belas yang berjaya menjual album melebihi satu juta pada minggu pertama dan ini bermakna Taylor Swift mengekalkan takhtanya sebagai artis paling banyak menjual album dihadapan Michael Jackson..
Taylor Swift juga mencipta sejarah dengan 11 lagu dari album Speak Now mendominasi carta Billboard Hot 100.. Taylor merupakan artis pertama yang berjaya melakukannya.. Wow.. Sejak Speak Now keluar makin banyak sejarah yang berjaya dicipta Taylor Swift dan jelas album Speak Now bakal memberikan lebih banyak impak dalam karier Taylor..


Anda patut tengok riak wajah Taylor Swift sewaktu ditanya soalan sama ada benar ataupun tidak beliau dating dengan Jake Gyllenhaal di Ellen Degeneres Show.. Kerana riak wajah Taylor menceritakan segala-galanya.. Namun kebanyakan besar fans Taylor Swift telah menentang pasangan Taylenhaal ini (Taylor dan Jake couple nickname)..
Atikah termasuk dalam golongan ini.. Namun jika Jake adalah hanya lelaki dalam dunia ini mampu mengembirakan Taylor Swift, ianya bermakna Swifties di seluruh dunia terpaksa menelan hakikat yang Jake dan Taylor dicipta untuk bersama.. haha.. Anyway kalau nak tahu benar atau tidak mereka bercinta marilah kita tunggu lagu terbaru dari Taylor Swift.. haha..
Kerana tanpa ragu-ragu lagi Taylor Swift x akan pernah malu menceritakan segala-galanya di dalam lagu walaupun pada hakikatnya Taylor cukup tidak suka menjawab soalan tentang kehidupan peribadinya.. So Joe Jonas, Taylor Lautner dan John Mayer masing-masing sudah ada lagu sendiri adakah selepas ini giliran Jake Gyllenhaal?? Kita tunggu dan lihat sajalah..



Fans Taylor Swift yang seperti biasanya memegang moto when Taylor smile we smile and when Taylor sad we sad turut berduka dan dalam masa yang sama juga bergembira dengan satu lagi pencapaian yang cukup membanggakan yang dikecapi Taylor Swift yang semakin terbang tinggi terutama sekali dengan kelahiran album ketiganya, Speak Now..

Itu sahajalah sedikit sebanyak berita terkini tentang Taylor Swift.. Namun semasa Atikah tulis ini Taylor Swift sedang menghadiri majlis 2010 CMA Award di mana Taylor Swift akan menyanyikan lagi 'Back To December' yang secara rasminya disahkan sebagai single kedua dari album Speak Now..
Back To December dilaporkan kepada Taylor Lautner di mana Taylor Swift buat pertama kalinya membuat permohonan maaf kepada bekas teman lelakinya.. Namun sayangnya tiada Taylor Lautner pada acara tersebut.. Dimana dilaporkan Taylor Swift akan meluahkan segala-galanya dengan persembahannya ini..
Apa yang pasti teman lelaki Taylor Swift sekarang ini iaitu Jake Gyllenhaal pastinya kurang senang kerana jika anda dengar lagu ini betul-betul jelas sekali Taylor Swift masih mempunyai perasaan terhadap Taylor Lautner.. Apa-apa pun Good Luck Taylor untuk majlis malam ini dan x sabar nak tengok persembahan Back To December ini.. :D
No comments:
Post a Comment