Monday, January 3, 2011

My First Day at New School

So ramai rakan-rakan ku memulakan persekolahan semula hari ini dan tidak terkecuali juga Atikah.. Hari ini merupakan hari pertama Atikah ke sekolah baru.. Iaitu SMK Padang Garuda di Kuantan.. Dan well nak cerita macam mana persekolahan hari ini, well the best moment in my life so far.. Walaupun balik-balik macam nak pengsan je.. Tapi last2 main PS2 berjam-jam lamanya.. Almaklumlah sebab x ada home work lagi..

So hari ini bila melangkah sahaja ke dewan untuk perhimpunan gila punya janggal Atikah rasa dan merasakan diri keseorangan.. Atikah jadi blur je masa masuk dewan.. X tahu nak duduk mana dan macam-macam lagilah.. Almaklumlah sekolah baru.. So semua orang kita x kenal.. Namun lebih kurang beberapa minit selepas itu barulah Atikah jumpa seorang pelajar form 4..

Kami memang rapat sangat dan kami sering menghabiskan masa berdua memandangkan segala perkara ini cukup pelik untuk kami.. haha.. Ialah disebabkan sekolah ini baru, so budah form 4 tahun ini semuanya pelajar baru.. Namun nak di jadikan cerita pelajar form 4 di sekolah itu mencatat rekod dengan hanya 10 pelajar sahaja!! 6 perempuan dan 4 lelaki.. haha.. Kami semua pakat gelak tengok betapa sedikitnya jumlah pelajar form 4..

Hari pertama dihabiskan dengan berbagai-bagai taklimat dari kaunselor sekolah yang memang giler punya best.. Dan dituruti pula oleh guru disiplin yang dilihat tidaklah garang sangat.. Dan kemudiannya kepada guru Sains dan Sivik budak-budak form 4 di mana kami lebih banyak menghabiskan masa mengenali diri masing-masing..

Kemudian guru perdagangan kami, datang untuk memberikan beberapa taklimat tentang mata pelajaran perdagangan dan juga memberikan kami sedikit ceramah.. Segala-galanya tamat dalam pukul 2.40 petang sebelum kami berangkat ke surau untuk sembahyang berjemaah sebelum pulang ke rumah..

Sebaik Atikah keluar dari pintu pagar sekolah, mak, ayah dan Fakhriah menunggu Atikah.. Well sebenarnya hari pertama kami semua langsung tidak masuk ke kelas.. Namun Atikah x sabar menunggu esok memandangkan kemungkinan kami akan menerima beberapa lagi pelajar form 4.. Namun jika tidak sekali pun Atikah x sabar jumpa cikgu-cikgu yang lain..

So far kesemua cikgu yang Atikah jumpa semuanya cukup best-best.. Atikah juga telah tetapkan di minda Atikah yang Atikah akan mengambil aliran perdagangan.. Harapnya Atikah akan berjaya dalam aliran ini.. Dan harapnya juga Atikah membuat keputusan yang tepat.. Anyway can't wait for my second day at school.. Hopefully it better than today!! Adios!!

P/S : X percaya Atikah akan katakan ini.. SMK Padang Garuda is looks like the best school ever that I ever attending so far.. Sorry SMK Simpang.. I love you and have a lots of good moment with you but this school is better.. Oh also this school is the most expensive school to date!! Only chosen teachers and sirs only been pick!! And this school is so damn awesome!! I can't believe there use to be a day that I love school so much.. haha xD

No comments:

Post a Comment