So hari kedua persekolahan tidak banyak bezanya seperti hari pertama persekolahan.. Namun kali ini lebih banyak perkara gila-gila berlaku memandangkan kami semakin rapat.. So hanya 3 orang sahaja yang baru masuk dengan dijangkakan sekali lagi dalam minggu ini atau minggu depan akan ada lagi beberapa pelajar akan masuk..
Namun sejujurnya Atikah dan rakan-rakan lain berharap tidak ada lagi yang akan baru masuk kerana kami sudah cukup berpuas hati dengan situasi kami sekarang.. So hari ini Atikah melangkah masuk ke pekarangan sekolah dengan perasaan janggal sekali lagi kerana tidak nampak mana rakan-rakan ku yang lain..
Namun kemudian baru Atikah nampak dua rakan Atikah sudah menunggu di sebuah meja.. So lepas beberapa minit selepas itu, kami dipanggil untuk perhimpunan pagi.. Kami bertiga macam orang bodoh je.. haha.. X tahu nak berbaris dekat mana dan mana barisan pelajar form 4.. haha.. Selepas itu barulah 3 lagi rakan kami datang..
So selepas habis perhimpunan itu, kami menuju ke dewan untuk orientasi sekali lagi.. Cikgu bercerita tentang Koko dan perpustakaan.. Namun selepas itu sekali lagi kami tidak ada idea untuk buat apa.. Kami pergi ke kantin untuk makan dan kami berenam duduk bersama-sama dan dah jadi macam geng je.. Ke mana saja kami pergi mesti berenam-enam.. Dan selalu setuju dalam setiap perkara..
Dalam geng kami ini ada seorang yang kami panggil ketua dan selalu jadi orang last yang berjalan dan orang pertama yang balik.. haha.. Selepas itu seorang menjadi penunjuk jalan kami dan dialah yang ketuai pasal nak ke mana dan sebagainya.. haha.. Selepas itu pula muncul seorang yang selalu sahaja hilang.. Kemudiannya seorang lebih kepada mendengar, seorang lagi suka bercerita (Atikahlah tu xD) dan seorang lagi agak fleksible.. haha..
So kami hari ini juga sempat buat camping dekat sekolah.. haha.. Mesti pelajar-pelajar lain gila jealous dengan kami.. Dahla x payah belajar lagi, lepas tu boleh pulak bersembang setiap masa dan lepas tu pulak boleh pulak makan selepas waktu rehat.. haha.. So banyak yang diceritakan kami semua dan hubungan kami makin akrab walaupun nama masih belum dapat kami ingat sangat.. haha..
Hari ini cuma sains sahaja benda yang kami belajar dan buat.. Kami masuk ke kelas dan susun meja dan segalanya dan kemudian macam biasalah mula riuh rendah.. Walaupun ada 13 orang namun sudah cukup untuk riuhkan kelas.. haha.. Nak di jadikan cerita, dekat kelas budak perempuan duduk tengah sementara budak lelaki duduk sebelah kiri dan kanan..
Lagi riuhlah kelas.. So far dua hari persekolahan di sekolah baru memang sempoi.. haha.. X tahulah macam mana pulak esok.. Harapnya lebih bagus dari sebelum ini.. Walaupun penat sebab asyik berjalan satu sekolah, namun sekurang-kurangnya I enjoy my first 2 days at new school.. Hope it get better and turn out like I wanted.. Adios..
P/S : Hampir tulis nama Atikah sebagai Taylor Swift tadi.. haha.. Sebabnya waktu tu Atikah teringatkan dekat Taylor Swift.. haha.. I know I really crazy and way to obsess with she.. But hey I already tell you that I obsess with Taylor Swift and Arsenal.. It's your fault that still don't get it!! :P
No comments:
Post a Comment