
So dalam 1.30 barulah dapat Atikah tidur lena balik selepas sembahyang sunat sikit untuk menenangkan sedikit fikiran dan main dua game PES 2011 di PS2 Atikah untuk menenangkan fikiran.. Jadi pukul 6.30 Atikah bangun dan mula bersiap sedia sebelum pukul 7.10 baru bertolak ke sekolah.. Sampai2 tu rakan sepasukan Atikah semuanya dah sedia menunggu.. Kami terus menuju ke poir sambil menunggu cikgu..
So dalam 7.40 macam tu cikgu Nordin pun datang dan mengarahkan kami menuju ke tempat kereta.. So selepas mengagih-agihkan siapa naik kereta cikgu Nordin dan siapa naik kereta cikgu Norashidah, kami terus menuju ke tempat yang ditetapkan dengan semangat yang cukup berkobar-kobar sekali.. Sebaik sampai ke tempat yang di tuju kami terus memakai jersi dan warm up..

First game kami menentang MRSM.. Kami mendahului 1-0 sebelum pasukan mula hilang fokus di mana semasa pasukan mendahului Atikah telah mengarahkan mereka supaya tidak hilang fokus namun mereka tidak mengendahkannya hingga menyaksikan kami tewas 2-1 selepas mereka kerap kali mengendahkan arahan Atikah untuk mengawal pemain yang berjersi nombor 3..
Memang Atikah sedikit marah dengan pasukan Atikah yang mengendahkan arahan Atikah di mana mereka jelas sekali lihat betapa marahnya Atikah dan mereka berjanji untuk melakukan yang terbaik semasa perlawanan kedua menentang sekolah apa entah.. Lupalah pulak.. Perlawanan tersebut menyaksikan kami seri 1-1..

Namun semasa kami seri 1-1 tersebut, dua kali Atikah telah mencederakan diri Atikah.. First semasa awal permainan di mana usaha Atikah untuk menepis balingan pihak lawan menyaksikan Atikah telah membuatkan buku lali kanan Atikah sakit kembali sebelum pada minit akhir perlawanan Atikah mungkin telah mencederakan paha kiri Atikah semasa menyelamatkan percubaan pasukan lawan..
So selepas perlawanan itu memang paha kiri Atikah mula sakit dan cikgu Norashidah tanya Atikah jika nak gunakan spray x?? Tapi Atikah cakap tidak payahlah kerana Atikah sangka ianya tidaklah teruk sangat.. Selepas beberapa minit, paha kiri Atikah tidaklah sakit sangat namun ianya bukanlah seperti yang Atikah sangkakan..
Atikah memang tidak berapa boleh nak berlari sangat masa itu kerana jika Atikah lari kesakitan itu mula di rasai.. Dan ianya juga menyaksikan Atikah tidak beraksi di tahap terbaik Atikah selepas Atikah melepaskan 2 gol walaupun masih lagi menyelamatkan percubaan merbahaya lawan.. Namun semasa Atikah menyelamatkan percubaan kencang pihak lawan di mana Atikah berjaya menyelamatkannya, paha Atikah tidak memberikan Atikah pilihan lagi..

Jadi sepanjang berlangsungnya second half, Atikah langsung tidak bermain dengan Atikah hanya berada di tepi padang sahaja.. Ianya memang cukup mengecewakan namun paha kiri Atikah langsung tidak memberikan Atikah sebarang peluang untuk meneruskan perlawanan lagi.. Namun nasib baiklah sebelum perlawanan tersebut nama Atikah telah dipanggil untuk pemilihan untuk pasukan daerah nanti..

So selepas makan tengah hari kami terus pulang ke sekolah di mana sebelum itu seorang ahli pasukan Atikah buat hal dengan keluar tanpa pengetahuan Atikah dan malahan cikgu.. Ianya memang membuatkan Atikah marah dan cikgu apa lagi.. Memang selepas itu dia kena dengan cikgu Nordin.. Ish3..
So kami sampai ke sekolah kami terus ke tandas untuk menyalin pakaian sebelum Atikah dan Izuwa mencari cikgu Norashidah untuk memberikan jersi.. Selepas itu kami terus ke bilik Matematik untuk jumpa dengan pengetua merangkap guru Maths kami untuk lihat sama ada dah dapat ke belum kertas periksa.. Sewaktu itu mereka tengah buat pembetulan dan mengira markah kertas diaorang..
Atikah suruh Malinda yang meminjam kertas Atikah untuk membuat pembetulan supaya check kertas Atikah kerana Atikah nak balik memandangkan paha Atikah tengah sakit dan dengan cikgu bagi lampu hijau untuk balik, mestilah Atikah nak terus balik dan berehat.. Sudahla esok nak pergi sekolah lagi.. Walaupun rasa malas tapi rasanya maybe Atikah pergi esok sebab nak tengok pasal kertas ujian hari tu..

No comments:
Post a Comment