So semalam seperti biasa Atikah pergi ke sekolah pada petang harinya untuk latihan bola baling walaupun pagi itu Atikah baru sahaja berperang dengan kertas-kertas peperiksaan Matematik, Sejarah, Bahasa Inggeris dan Perdagangan.. Mood Atikah petang itu tidaklah berapa bagus memandangkan lutut Atikah masih sakit hasil daripada perlawanan persahabatan sehari sebelum itu..
Namun disebabkan Atikah kesian dengan rakan sepasukan Atikah berlatih tanpa penjaga gol, so Atikah pun merajinkanlah juga diri.. Petang itu pukul 5.00 barulah semua orang mula datang itupun hanya dalam 11 orang je daripada 14 orang.. So kami berlatih shoot dan of courselah Atikah tukang jaga golnya.. So lepas tu kami pun pergilah berkumpul dekat jurulatih kami merangkap PK HEM sekolah..
So cikgu Nordin mula memberitahu apa yang perlu di buat minggu depan semasa perlawanan dan sebagainya.. Dan cikgu Nordin tanya dekat team perempuan siapa captain.. Semuanya diam seribu bahasa sementara seorang budak lelaki itu cakap dekat cikgu suruh Kak Aza jadi kapten.. Tetapi cikgu hanya memandang Atikah dah beritahu cikgu nak keeper jadi kapten iaitu Atikah..
Kemudiannya cikgu tanya team Atikah semuanya setuju x?? Sementara Atikah masih diam seribu bahasa.. Dan mereka semua pantas membalas setuju sambil beberapa orang kata memang Atikah pun kapten dari mula lagi.. Dengan dua senior dalam team iaitu Kak Aza dan Kak Ira bersetuju ianya semakin membuatkan Atikah terharu..
First cikgu Nordin iaitu jurulatih pasukan yang merupakan ketua jurulatih Negeri Pahang dan juga jurulatih kebangsaan memilih Atikah sebagai kapten walaupun Atikah baru form 4 dan masih ada dua kakak form 5 yang boleh menjadi kapten.. Second sebabnya kesemua ahli pasukan Atikah setuju dengan pemilihan Atikah tanpa sebarang bantahan.. Third sebab kakak-kakak form 5 bersetuju dengan perlantikan Atikah..
Membuatkan Atikah terharu ialah apabila hari ini Atikah memberikan arahan kepada pasukan Atikah supaya tidur sebelum pukul 10 malam hari ahad nanti sebab x nak ada yang mengantuklah apalah semasa hari perlawanan keesokan harinya itu dan kesemua tidak kisah dan menurut sahaja perintah Atikah walaupun sebenarnya Atikah adalah bodek mereka sikit.. Haha..
Atikah janji untuk sponsor mereka semua hari isnin nanti.. Alah setakat beli makanan ringan macam air 100 Plus ataupun Revive dan macam itulah.. Ialah Atikah nak memastikan tiada masalah dalam pasukan Atikah.. Atikah x nak ada yang memberontak.. So far team Atikah memberikan respon positif dengan perlantikan Atikah.. Dan sekarang misi Atikah pula..
Atikah of courselah nak tengok team Atikah menang dan akhirnya team Atikah berjaya memberikan aksi terbaik mereka.. So sekarang ini Atikah tengah fikir apa ucapan yang perlu Atikah buat sebelum dan selepas perlawanan.. Apa yang pasti Atikah nak jadi seorang kapten yang bagus dan memacu team Atikah ke arah kemenangan.. Everything gonna change when I be the captain!!
Atikah nak jadi contoh terbaik kepada team Atikah yang kebanyakannya di barisi budak-budak form 3.. Dengan pengalaman Atikah yang pernah mewakili daerah Larut Matang dan Selama di kejohanan bola baling peringkat Negeri Perak Atikah mahu menggunakan pengalaman tersebut dan dalam masa yang sama membalas dendam apa yang berlaku tahun lepas di mana Atikah x main pun sebarang perlawanan di peringkat negeri akibat beberapa masalah seperti masalah kecederaan bahu dan pergelangan tangan kiri Atikah..
Hmm.. Dalam masa itu juga Atikah terpaksa menyelesaikan satu lagi masalah iaitu beberapa orang nak buka tudung masa main nanti di mana cikgu Nordin of courselah keberatan untuk membenarkannya.. Atikah harap jika ianya akan berlaku Atikah akan cuba bercakap dengan mereka semua supaya tidak melakukannya.. Buat apa kita nak ikut team lain kan??
Lepas itu pula nak bagi kata-kata semangat dekat team sebelum perlawanan.. Mereka nie bukannya x bagus cuma suka main-main dan x pernah nak serius.. So Atikah harap Atikah dapat ubahnya.. Ialah nak jadi kapten terbaik seperti idola Atikah dan juga merangkap boyfriend Atikah, si Cesc Fabregas nie (hensem x dia Akhmar?? haha).. Haha..
Hari ini memang menyeronokkan apabila lihat kesemua pemain pasukan Atikah menghormati Atikah sebagai kapten pasukan termasuklah kakak form 5.. Dan bila cikgu pengiring kami nanti iaitu cikgu Nurashidah panggil Atikah ketua memang masa tu kembang gila hati Atikah.. Haha.. Habis hilang fokus masa nak jawab exam Sains tadi.. Haha..
Anyway harapnya Atikah dapat jadi kapten terbaik nanti.. Namun dalam proses itu Atikah terpaksa mengorbankan untuk tengok team kesayangan Atikah, Arsenal menentang Blackpool nanti memandangkan Atikah terpaksa tidur awal.. Ish3.. X kanlah Atikah yang suruh team Atikah tidur awal tapi Atikah tidur lambat pulak kan?? X patut!! Anyway wish me luck!! Adios!!
tahniah atikah..boleh la panggil el capitan..hehe
ReplyDelete