Saturday, June 4, 2011

Why I adore Taylor Alison Swift

Well semua orang tahu yang Atikah cukup tergila-gilakan Taylor Swift.. Setiap hari x sah kalau Atikah tidak bercerita tentang Taylor dan mendengar lagunya.. I admit that I'm a big fan of Taylor Swift since the first time I heard Love Story on the radio.. And I always look her up.. She somehow connected to me and well other Swifties too..

First time Atikah dengar lagu Love Story adalah pada pertengahan 2009.. Masa itu lagu Love Story memang cukup popular di Malaysia.. Boleh dikatakan setiap kali Atikah buka radio je mesti Love Story di mainkan.. Namun sewaktu itu Atikah tidak tahu siapa penyanyinya walaupun lagu Love Story telah lekat di kepala Atikah..

Kak Yati merupakan orang pertama yang bertanggungjawab membuatkan Atikah terus menerus mengkagumi Taylor Swift selepas Kak Yati mempunyai lagu Love Story di dalam handphonenya dan Atikah pun mintak Kak Yati bluetoothkan lagu tersebut ke handphone Atikah supaya Atikah boleh mendengarnya setiap hari..

First time Atikah dengar nama Taylor Swift ialah semasa beliau membintangi TV Series kegemaran Atikah, CSI Las Vegas.. Walaupun episode yang dibintangi beliau bukanlah salah satu episode kegemaran Atikah namun sewaktu itu Atikah jatuh hati dengan bagaimana Taylor berlakon dengan sungguh bersahaja walaupun ini merupakan pertama kali beliau berlakon..

Dan lagu You're Not Sorry yang di mainkan semasa episode CSI tersebut cukup menarik perhatian Atikah.. So selepas rumah Atikah dah ada internet Atikah pun mulalah melakukan research terhadap Taylor Swift.. Lagu pertama yang Atikah dengar ialah Fearless dan sewaktu itu Atikah semakin mengkagumi Taylor Swift..

Music video pertama Atikah tengok ialah Tim McGraw dan Atikah jatuh hati dengan muzik video tersebut.. Selepas Atikah mula membaca Wikipedia Taylor dan mendapat tahu yang beliau akan mereleasekan album terbarunya Fearless Platinum Edition.. Dengan hari jadi Atikah semakin menghampiri, Atikah pun mula mendesak kakak Atikah untuk mencari album tersebut..

Namun Anyah hanya berjaya mendapatkan album Fearless Malaysia Edition.. Dan Anyah menghadiahkannya sempena hari jadi Atikah.. Dari saat itu Atikah semakin mengkagumi Taylor Swift.. Sewaktu itu Atikah telah bertekad untuk mencari album Fearless Platinum Edition CD/DVD.. Dan ianya mengambil tempoh selama sebulan sebelum Atikah menjumpainya..

Sewaktu itu Atikah ke rumah Mak Lang di KL dan Mak Lang ajak berjalan-jalan di KLCC dan Ampang Point.. Di Ampang Point Atikah terjumpa kedai CD.. Namun sewaktu itu niat Atikah adalah hanya untuk melihat-lihat kerana Atikah terlupa akan album Taylor tersebut.. Namun semasa Atikah melihat-lihat mata Atikah terpaku kepada satu benda..

Ianya adalah album Fearless Platinum Edition.. Sewaktu itu memang Atikah nak menjerit keseronokkan (tanda-tanda awal I'm a Swifty).. Atikah terus menarik tangan mak Atikah dan mula memujuk mak Atikah untuk membeli album tersebut.. Dengan bantu jurujual, mak Atikah bersetuju untuk membelinya dan sewaktu itu memang Atikah tersenyum lebar..

Selepas membelinya Atikah terus menerus menatap album tersebut.. Dari saat itu Atikah semakin asyik dengan Taylor Swift.. Atikah terus menerus memastikan diri Atikah mengetahui tentang Taylor Swift dengan lebih lanjut lagi setiap hari dan Atikah telah menetapkan dalam diri Atikah untuk mencontohi Taylor Swift dan menjadikan beliau sebagai idola Atikah..

Atikah suka Taylor kerana beliau tidak malu untuk menjadi dirinya sendiri.. Kerana beliau mempunyai such a funny humor.. Amazing, talanted and so down to earth.. Tidak lupa juga bagaimana beliau melayan peminatnya dan segala-galanya tentang dirinya cukup menarik perhatian Atikah..

Kisah Kanye West memalukan beliau di hadapan berjuta-juta penduduk seluruh dunia membuatkan Atikah semakin mengkagumi Taylor Swift.. Kerana tiada siapa dapat menghandle perkara tersebut sebaik Taylor Swift handlenya.. Dari situ kita sudah tahu budi perketi Taylor Swift yang sering menderma ini terutama sekali kepada pendidikan..

Memnonton atau membaca setiap interviewnya semakin membuatkan Atikah tertarik dengan Taylor.. Membaca buku unauthorized autobiografinya yang ditulis oleh Ronny Bloom semakin membuatkan Atikah mengkaguminya menerusi bagaimana Taylor Swift meredahi segala cabaran yang dilemparkan kepadanya untuk menjadi salah seorang superstar dunia..

Namun Taylor bukan seperti world superstar yang lain.. Setiap kali beliau memenangi award beliau pasti akan berterima kasih kepada peminatnya.. Beliau merupakan contoh role model terbaik sekali.. Namun agak menghairankan ramai yang tidak ambil peduli tentang berapa bagusnya Taylor Swift sebagai role model golongan remaja..

Taylor Swift turut tidak lokek untuk menderma kepada badan kebajikan ataupun yang ada kena mengena dengan pendidikan.. Taylor dilaporkan menyumbang dalam 1 juta dollar kepada Jepun dan konsert amalnya Speak Now Help Now telah menyaksikan sebanyak 750 ribu dollar akan disumbangkan kepada mangsa ribut.. Dan baru-baru ini Taylor bersama-sama Academy Of Country Music menyumbangkan 50 ribu dollar kepada St. Jude Children’s Research Hospital..

Jika tidak salah setiap tahun pada hari jadinya Taylor pasti akan menderma kepada yang ada kena mengena dengan sekolah.. Taylor turut tidak lokek untuk membantu bekas sekolahnya.. Ini telah menyaksikan auditoriom di bekas sekolah Taylor iaitu Hendersonville High School dinamakan sempena namanya selepas menyumbang dana untuk menaik tarafkan dewan tersebut..

Jika nak senaraikan lagi apa yang pernah dilakukan Taylor dan apa yang akan dilakukan Taylor selepas ini memang tidak akan pernah tamat.. Jadi Atikah memang x faham mengapa ianya satu kesalahan untuk Atikah adore Taylor memandangkan so far I don't see anything wrong with what she doing.. What I realized is she making world the better place..

Itu belum lagi kita bercerita betapa menakjubkan peminat Taylor Swift.. Bagaimana Swifties Family bekerjasama untuk memastikan Taylor mendapatkan yang terbaik.. Memastikan Taylor menerima award hasil kerja kerasnya dan memastikan hater Taylor Swift gagal untuk menumbangkan Taylor dan memastikan mereka sentiasa bersedia untuk menangkap Taylor jika Taylor jatuh dan memuji segala kerja keras Taylor..

Dan setakat ini Taylor tidak pernah mengecewakan peminatnya dengan sengaja.. Setiap kali Taylor memenangi award dia tidak pernah lupa untuk berterima kasih kepada peminatnya.. Kerana Taylor pernah beritahu yang tanpa peminatnya siapalah dia dan tanpa peminatnya dia tidak akan berjaya seperti sekarang.. Dan Taylor menyayangi peminatnya sama banyak peminatnya menyayanginya.. But of course we love her more..

Anyway that's all.. Atikah boleh bercerita panjang lebar lagi namun well nantilah.. Anyway that's why I adore her and stop asking me why I so addict to her.. I not addict to her I adore her.. She my role model and she inspire me and her songs always help me through almost everything.. And I just adore her.. So never forget to be Fearless and Speak Now..

P/S : Taylor Swift.. I so Enchanted to meet you.. Keep that in mind..

No comments:

Post a Comment