5 season!! I said it 5 season dan akhirnya berakhir sudah Sea Patrol.. Kesemua peminat Sea Patrol telah pun diarahkan bersedia dengan pengakhiran Sea Patrol.. Sea Patrol terpaksa dihentikan kerana masalah kewangan.. Cukup sayang sekali kerana Sea Patrol menerima sambutan yang cukup hangat dan merupakan sebuah drama yang cukup menarik sekali.. Namun seperti biasa drama yang cukup bagus selalu terpaksa ditamatkan..
Atikah masih ingat lagi episode Sea Patrol pertama yang Atikah tonton.. Iaitu season 2 episode 3 Takedown.. Episode yang selalu menjadi kegemaran Atikah dan episode yang membuatkan Atikah terus jatuh cinta kepada Sea Patrol walaupun sebelum itu Atikah pernah tengok sedikit sedutan season 1.. Atikah x ingat episode apa tapi bab Kate kena tumbuk.. Kalau x silap.. Tapi kalau tengok balik episode tu Atikah tahulah.. Rasa macam baru semalam je..
Sepanjang 5 musim Sea Patrol, karakter kegemaran Atikah sering jatuh kepada Lieutenant Nikki Caetano.. Agak menyedihkan apabila sebaik sahaja tamat season 3 Saskia Burmeister meninggalkan Sea Patrol untuk ke Hollywood.. Namun sekurang-kurangnya Saskia muncul satu-satunya pelakon Sea Patrol yang melangsungkan perkahwinan dalam tempoh Sea Patrol berlangsung..
Pemergian Saskia menyaksikan Atikah terpaksa menelan hakikat there's no more Nav.. Namun nasib baik adanya Able Seaman Rebecca Brown yang karakternya cukup menarik perhatian Atikah.. Namun tamat season 4 menyaksikan Kirsty Lee Allan mengumumkan pemergiannya.. Pemergiannya cukup terasa semasa season 5.. Namun ianya memberi peluang kepada Jessica Bird untuk menyinar selepas dikritik hebat pada musim pertamanya..
Spider.. Well siapa yang tidak suka Spider?? Sebelum 2Dads, Spiderlah yang menyinari HMAS Hammersley dengan kenakalan dan sifat kebudak-budakkannya.. Walaupun Ryan berjaya sedikit menyinari HAmmersley dengan kecomelannya, dia masih tidak mampu mengisi kekosongan yang ditinggal Seaman Billy Webb ini..
Sejujurnya Atikah selalu mengharapkan Nav dengan Buffer lebih dari sekadar kawan.. I just love everytime Buffer with Nav.. Semasa ET menghancurkan hati Nikki, Bufferlah yang buatkan Nikki senyum dan begitu juga semasa kematian ET.. Buffer dengan Nav memang yang terbaik sekali.. I miss those moments..
Atikah suka persahabatan di antara Lieutenant Kate McGregor dan Nikki.. Kate dengan Nikki memang gempak.. Pada permulaannya hanya mereka berdua sahaja Ladies di dalam Sea Patrol.. Gandingan mereka cukup menyerlah dan kelakar terutama sekali pada musim pertama episode 7 Rescue Me.. Haha.. Trust me.. Go watch that episode..
Best couple?? Kebanyakannya semua team Mike dan Kate.. Namun Atikah, Atikah selalu di dalam pasukan Bomber dan Spider.. They are cute together!! Tapi sayang season 3 Spider meninggalkan Hammersley so Bomber jatuh cinta dengan 2dads.. Never happy with that.. Melihat Ryan dengan Bird membuatkan Atikah teringat akan Spider dan Bomber..
Best episode?? Ianya agak sukar kerana kebanyakannya ada kelebihan yang tersendiri.. Setiap episode cukup berlainan dan special dalam cara tersendiri.. But one thing for sure.. I gonna miss Sea Patrol.. Maybe Atikah akan start buat marathon Sea Patrol balik.. But still it never feel the same.. I will miss those moments when I cannot wait for the new episode or new season.. Sea Patrol will be miss..
P/S : It's kinda funny cause last time I check I knew Kak Alisa through Sea Patrol fan site.. Still cannot believe that there's no more Sea Patrol..
No comments:
Post a Comment