Thursday, August 18, 2011
Arsenal Ladies
Apa yang boleh Atikah katakan tentang pasukan Arsenal Ladies?? Sejak ditubuhkan pada tahun 1987 pasukan Arsenal Ladies telah pun memenangi berbagai-bagai kejuaraan sama ada di peringkat domestik ataupun Eropah untuk mengukuhkan nama mereka sebagai pasukan terbaik England.. Ramai nama-nama besar pemain England merupakan pemain ataupun bekas pemain Arsenal Ladies..
Arsenal Ladies membawa nama England setiap kali mereka bermain di kejohanan Eropah.. Muncul juara Eropah buat pertama kalinya pada tahun ke-25 penubuhan mereka untuk mencipta rekod pasukan pertama yang berjaya melakukan luar dari Scandinavia dan Jerman.. Rekod telah menceritakan segala-galanya tentang pasukan Arsenal Ladies..
Ladies menerima bantuan sewajarnya daripada pasukan utama Arsenal berbanding kebanyakan pasukan Ladies yang lain.. Pemain utama Arsenal kerap menyokong pasukan Ladies dengan awal pagi ini sebelum perlawanan menentang Everton, penjaga gol nombor satu Arsenal, Wojciech Szczesny akan turun padang untuk menjayakan progam yang dianjurkan sebelum perlawanan..
Namun artikel kali ini bukan tentang kejayaan-kejaayan pasukan Arsenal Ladies namun Atikah mahu menceritakan tentang pemain-pemain Arsenal Ladies yang cukup Atikah kagumi.. Salah seorang daripada mereka merupakan inspirasi Atikah dalam bola sepak dan setiap kali Atikah bermain beliau merupakan orang yang Atikah akan lihat terlebih dahulu..
Beliau ialah penjaga gol nombor satu Arsenal Ladies dan juga Republik Of Ireland.. Emma Byrne mungkin bukan sebagus Hope Solo.. Namun Emma masih yang terbaik.. Tanya sajalah kepada pemain terbaik dunia, Marta yang dikecewakan Emma pada perlawanan akhir UEFA Women's Champions League.. Tanpa Emma Ladies mungkin tidak akan pernah menjulang kejuaraan tersebut..
Stastik musim ini juga membuktikan kehebatan Emma.. Arsenal Ladies merupakan pasukan yang dibolosi paling sedikit sepanjang musim ini dengan daripada 12 perlawanan hanya 8 gol yang dilepaskan Emma.. Dan Emma telah berjaya memastikan 8 kali gawangnya tidak dibolosi.. Malahan Wojciech Szczesny sendiri memuji 'kakaknya' ini apabila ditanya tantang Emma..
'Emma Byrne has performed exceptionally this season.. In their 12 matches so far they have conceded just eight goals and Emma has kept eight clean sheets, which speaks volumes for her performance..' Itulah komen yang dibuat penjaga gol nombor satu Arsenal tersebut tentang Emma.. Like he said her stats speaks for her performance..
Sekali lagi Atikah akui kehebatan Hope Solo namun sejujurnya Hope tidak akan pernah berjaya untuk mengambil tempat Emma Byrne sebagai sumber inspirasi Atikah setiap kali bermain bola.. After Taylor Swift, Emma Byrne is the person I always look up to.. Dan Atikah respect Emma kerana menolak tawaran untuk bermain di United States untuk kekal di Arsenal walaupun beberapa rakan sepasukannya membuat keputusan untuk berhijrah..
Atikah yakin jika Emma bermain di liga profesional di US ramai orang akan mengkagumi bakat sebenar Emma.. Namun walaupun beliau tidak disangjung tinggi, suatu hari nanti Atikah akan menjadi orang yang akan memberitahu kepada dunia Emma Byrne is my inspiration everytime I play football and she is the first person I look up to everytime I play.. I promise that.. But if not to the world I will make sure I will tell her that..
Pemain Arsenal Ladies yang cukup Atikah kagumi ialah Kim Little.. Musim lepas sahaja sejumlah 47 gol daripada 36 perlawanan yang dijaringkan midfilder yang berusia 21 tahun bulan lepas.. Setakat ini sejumlah 58 gol dijaringkan beliau daripada 52 perlawanan untuk Arsenal Ladies.. Dan Atikah rasa ianya cukup untuk memberitahu mengapa Atikah mengkagumi beliau..
Hakikat Kim baru menyertai Arsenal pada tahun 2008 semakin membuatkan Atikah mengkaguminya.. Kim memang cukup prolifik dan beliau juga boleh diharapkan untuk melakukan umpanan-umpanan kepada pemain Arsenal Ladies yang lain.. Setiap kali anda menonton aksi highlights Arsenal Ladies tidak sah untuk anda tidak melihat aksi-aksi menarik dan memukau dari penyarung jersi nombor 16 ini..
Kekalahan Arsenal Ladies di separuh akhir Champions League musim ini bolehla kita katakan berpunca daripada ketiadaan Kim Little yang mengalami kecederaan pada minit-minit akhir sebelum perlawanan.. Tanpa Kim, Ladies langsung tidak sama walaupun mempunyai jentera tengah yang digeruni di dalam liga.. Atikah yakin tidak lama lagi Kim Little akan dijulang tinggi di pentas antarabangsa..
Di usia baru 21 tahun, Kim masih mempunyai banyak masa untuk mencuri anugerah pemain terbaik wanita dunia daripada Marta.. Lihat sajalah nanti.. Kali pertama Atikah menyaksikan aksinya Atikah tahu yang beliau ada apa yang diperlukan untuk menjadi pemain terbaik dunia.. Tanya sajalah kepada Laura Harvey yang muncul orang pertama secara publik memberitahu Kim is a world class player..
Ellen White.. Bekas graduan akademi Arsenal Ladies ini terpaksa melalui jalan-jalan sukar sebelum mampu untuk menjadi tonggak utama Arsenal Ladies.. Ellen tidak bertuah kerana muncul semasa Kelly Smith, Julie Fleeting, Lianne Sanderson dan Karen Carney mendominasi skuad Arsenal Ladies.. Ini memaksa beliau berhijrah ke Chelsea Ladies sebelum menunjukkan bakat sebenarnya di Leeds Carniege..
Sebaik sahaja Leeds dibubarkan sebaik tamat musim lalu, Vic Akers pantas membawa pulang semula Ellen untuk menampung kehilangan Kelly Smith, Leanne Sanderson dan Karen Carney selepas pemergian mereka menyaksikan Ladies tidak mempunyai true striker lagi terutama sekali dengan Julie Fleeting bergelut dengan masalah kecederaan..
Dan Ellen langsung tidak menghampakan.. Bila Arsenal perlukan gol anda boleh harapkan Ellen untuk menjaringkan gol.. Ini telah menyaksikan Ellen menjadi pilihan Hope Powell untuk menjadi striker utama England dengan ini telah menyaksikan lagenda Arsenal Ladies dan England, Kelly Smith terpaksa menjadi support striker..
Perlawanan England vs Jepun merupakan game live pertama Atikah tengok aksi Ellen.. Seperti yang dijangka Ellen cukup bagus.. Sampaikan pengulas perlawanan tersebut memberitahu England mungkin telah menjumpai true striker mereka melalui Ellen White dan Atikah 100% setuju dengan mereka.. Kerana Ellen cukup cemerlang pada perlawanan tersebut..
Baru berusia 22 tahun Ellen telah pun menjadi salah seorang penyerang prolifik yang digeruni.. Jika anda pernah menyaksikan aksinya, anda akan sering kali tertanya-tanya mengapa Ellen tidak menjaringkan gol pada beberapa perlawanan.. Kerana Ellen cukup bagus di hadapan pintu gol dan mempunyai berbagai-bagai helah untuk memastikan beliau berjaya menjaringkan gol..
Faye White.. Kapten pasukan Arsenal Ladies yang telah berkhidmat selama 15 tahun di kelab.. Telah memenangi sejumlah 30 kejuaraan dalam hanya tempoh 15 tahun khidmatnya di Arsenal Ladies.. And that's what I call a true legend and captain.. Faye merupakan pemain yang paling dihormati di dalam pasukan Arsenal Ladies mahupun England sendiri dan itu telah menceritakan segala-galanya..
Faye mempunyai pengalaman yang cukup luas sepanjang kariernya.. Telah mengetuai Arsenal mahupun England di dalam banyak kejohanan tertinggi.. Faye mempunyai karier yang pasang surut.. Sering dihantui masalah kecederaan demi kecederaan sehingga pernah menyaksikan beliau terpaksa menyaksikan Jayne Ludlow dan Katie Chapman menjulang trofi kejuaraan akibat masalah kecederaan yang ditimpanya..
Namun disebalik itu Faye merupakan pemain pertahanan yang cukup bagus.. Beliau turut boleh menjaringkan gol namun sudah semestinya beliau selepas ini tidak mahu mengambil sepakan penalti lagi selepas gagal menyempurnakan sepakan penalti semasa England tewas kepada Perancis di suku akhir Piala Dunia..
Almost forgot about Danielle Carter.. What can I say about her?? Well she the first Arsenal Ladies player that ever retweet my tweet?? Bagi Atikah Danielle merupakan prospek masa depan Arsenal Ladies.. Selain Danielle Atikah cukup kagum dengan kebanyakan pemain Arsenal Ladies sebenarnya..
Namun Emma Byrne, Kim Litte, Ellen White dan Faye White yang cukup Atikah kagumi melebihi mereka yang lain.. Apa-apa pun Atikah tidak sabar menyaksikan perlawanan live pertama Arsenal Ladies yang Atikah akan tengok awal pagi ini.. Harapnya x akan ada masalah untuk Atikah tengok kali ini.. Kerana I really looking forward for it..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment