Thursday, December 30, 2010

Me and 2010 (The Story Of Me and My Handball)

So Atikah boring dan disebabkan agak lama Atikah x blog memandangkan x ada idea dan x ada mood nak blog, Atikah membuat keputusan untuk blogging tentang tahun 2010 bagi Atikah.. Well Atikah x nak cerita pasal terperinci memandangkan anda benda yang Atikah rahsiakan dan hanya beberapa orang sahaja tahu.. Anyway this is how my 2010..

So 2010 dimulakan dengan Atikah memasuki tingkatan 3.. Well I don't wanna said anything about school to much.. I wanna say something that for me is my highlights of the 2010 year.. Well bagi Atikah my 2010 highlights of the year is handball.. haha.. Yeah Atikah berjaya memasuki pasukan bola baling sekolah Atikah sebagai penjaga gol..

Walaupun ianya bukan tugas sukar memandangkan tiada pelajar lain yang mahu jadi penjaga gol, namun Atikah masih memberikan yang terbaik semasa 3 hari pemilihan pemain yang cukup memenatkan.. Namun segalanya berbaloi dan Atikah berjaya memasuki pasukan dan kini tinggal latihan sebelum bermulanya kejohanan bola baling peringkat daerah..

Namun nak dijadikan cerita berbagai perkara terjadi dalam masa tersebut.. Pasukan kami terpaksa bergelut dengan pelbagai masalah.. Iaitu masalah PK Koko kami x puas hati dengan kami dan macam-macam lagilah.. Ianya sememangnya membuatkan kami sakit hati.. Namun ianya langsung x melemahkan semangat kami..

Kerana kami mahu buktikan yang Cikgu Norzie membuat pilihan yang tepat memilih kami.. Kami bakal mengadakan perlawanan menentang skuad bola baling tahun lepas dengan misi membuktikan kemampuan kami selepas dikritik hebat PK Koko dan kakak-kakak senior memandangkan kami semuanya bawah 15 tahun dengan Kak Jas dan Kakak Fatimah sahaja form 5 dan form 4..

Dalam masa itu juga, Atikah telah berjaya mencederakan diri Atikah sendiri.. Iaitu pergelangan tangan kiri Atikah entah macam mana injured.. So ianya memang cukup menganggu Atikah dan mak dan ayah Atikah bawa ke hospital Apollo dan jumpa pakar dalam bab-bab nielah.. Namun x ada apa-apa yang serius.. Doktor kata mungkin ligamen nie ntah apa ntah.. Atikah pun lupa.. haha

Lebih kurang seminggu sebelum perlawanan tersebut Atikah mengambil kesempatan untuk bercuti di Cameron Highland dan Perlis untuk menenangkan fikiran iaitu sehari selepas Atikah mencederakan lutut kanan Atikah akibat landing x betul.. haha (banyak gila Atikah unjuredkan diri sendiri).. Namun nak dijadikan cerita Atikah boleh pulak demam sehari sebelum hari tersebut.. haha.. So Atikah pun mesejlah kak Jas yang merupakan kapten dan ketua kami..

Dia apa lagi mulalah kelam kabut risau x tentu hala.. haha.. Atikah membuat keputusan jumpa doktor kegemaran Atikah.. Sebabnya kalau dengan dia gerenti demam Atikah terus kebah bila jumpa dia.. But well it not turn out like I want to.. But I'm still fine.. So Atikah pun melangkah ke padang sekolah dan memberitahu mereka yang Atikah demam..

Dan mereka pun mulalah panik dan cikgu mula marak-marah.. haha.. Biasalah semua cukup tertekan.. Tapi selepas makan ubat, Atikah rasa okay dah tapi masih demam namun terpaksa tabahkan diri dan mengharungi perlawanan tersebut memandangkan tiada penjaga gol lain untuk mengantikan Atikah dan disebabkan Atikah mahu tunjukkan kepada PK Koko Atikah apa yang Atikah mampu buat..

So perlawanan bermula dengan Atikah terus menerus diserang namun Atikah terus menerus menafikan percubaan mereka.. Pasukan Atikah skor 1 gol dan selepas itu Atikah pun lepas 1 gol dan begitu juga selepas itu sehinggalah kami seri 2-2 selepas tamat perlawanan.. Ini bermakna kami terpaksa membuat balingan penalti untuk menentukan siapa pemenang..

Pasukan Atikah gagal memasukkan bola ke dalam gol jadi Atikah tertekan untuk memastikan mereka turut gagal melepasi Atikah.. Begitu jugalah untuk 3 balingan seterusnya.. Untuk rekod Atikah sudah ada pengalaman dalam balingan penalti ini dan of courselah Atikah mengunakannya sebagai satu kelebihan..

Jadi balingan kelima berjaya dimasukkan pasukan Atikah dengan tekanan makin berlebihan di bahu Atikah dengan kesemua bergantung harap kepada Atikah.. Hanya tuhan sahaja tahu bertapa gementarnya Atikah dan segala demam Atikah pun Atikah x peduli.. Atikah memang gementar sangat dan Atikah berjaya membaca balingan tersebut namun bola tersebut tersasar..

Jadi ianya bermakna kemenangan kepada pasukan Atikah.. Nak dijadikan cerita kesemua orang lupakan Atikah yang masih berada di hadapan gawang gol dan tengah menarik nafas lega.. Bila tengok semua lupakan Atikah gila punya kecewa Atikah.. Atikah perlahan-lahan melangkah ke arah mereka dan cikgu Norzie terus menghampiri Atikah yang masih gementar lagi dan memeluk dan membisikkan sesuatu kepada Atikah..

Kemudian barulah kawan-kawan Atikah datang dan kami semua bergembira sementara Atikah jauh di sudut hati masih tidak mempercayai segala-galanya.. Cikgu Norzie membuat ucapan yang cukup emosi dan ramai di antara kami mengeluarkan air mata dan apa yang penting demam Atikah dah kebah dengan segala drama yang berlaku.. haha..

Namun masih lagi ada drama selepas itu dengan pemain pertahanan kami dikeluarkan daripada pasukan dan ini cukup memeranjatkan kami memandangkan beliau bermain dengan cemerlang sekali pada perlawanan tersebut.. Namun selepas cikgu Norzie memujuk PK Koko kami, beliau kembali ke dalam pasukan namun segala drama masih belum berakhir..

Walaupun kami mula menyesuaikan diri dengan pasukan-pasukan senior yang bongkak itu, kami telah diberikan tamparan hebat selepas ketua kami, Kak Jas menarik diri dengan hanya Atikah seorang tahu faktor-faktor Kak Jas menarik diri.. Dan ianya memang mencalarkan semangat kami kerana Kak Jas bagaikan komponen penting di dalam pasukan kami..

Namun kami perlahan-lahan berjaya mengatasi kehilangan Kak Jas dan kami menjalani perlawanan persahabatan pertama kami menentang SMK Matang.. Perlawanan di padang SMK Simpang terpaksa ditukar ke padang SMK Matang akibat hujan lebat.. Kami beraksi cemerlang dengan membelasah SMK Matang kalau x silap Atikah 14-2.. Lebih kurang macam tulah.. Banyak sangat gol kami jaringkan sampai x ingat Atikah.. haha..

Selepas perlawanan persahabatan yang memberangsangkan kini kami akan melalui hari kejohanan dengan Atikah sebagai penjaga gol nombor satu pasukan berjanji akan membalas dendam dengan kekecewaan Atikah sewaktu darjah 6 yang lalu.. Perlawanan pertama kami dimulakan menentang SMK Perempuan Teacher Methodist..

Di mana seminggu sebelum hari kejohanan Atikah telah dilanda demam dan kecederaan.. Tangan kiri Atikah bengkak selepas mengambil darah sewaktu itu.. Dan ianya jelas merisaukan pasukan Atikah.. Namun Atikah melangkah ke hari kejohanan tanpa sebarang masalah dengan azam yang baru walaupun memakai jersi lama setelah jersi kami masih tidak dapat disiapkan..

Di mana kami menang 3-2 di mana gol kedua pihak lawan di akui Atikah merupakan kesalahan sepenuhnya Atikah namun ianya tidak menghalang pasukan pihak lawan mengucapkan tahniah kepada Atikah atas persembahan Atikah dan begitu juga pasukan Atikah dan cikgu-cikgu.. Namun semasa rehat sebelum perlawanan kedua, Atikah sekali lagi mencederakan diri Atikah..

Bahu kanan Atikah mengalami kesakitan yang amat sangat selepas Atikah sering kali melakukan hantaran-hantaran jauh yang tidak pernah dilakukan Atikah sepanjang latihan.. Namun ianya tidak menganggu Atikah untuk beraksi pada perlawanan terakhir peringkat kumpulan menentang SMK Kubu Gajah di mana sekali lagi kami menang 3-2..

Kemenangan tersebut menyaksikan kami mara ke peringkat kalah mati sebagai johan kumpulan dengan juara bertahan SMK Dato' Kamarudin menjadi lawan kami.. Tidak dapat disangkal lagi kami memang memiliki psikologi yang lemah selepas tidak mempercayai kami mungkin mampu menundukkan mereka.. Namun memandangkan hari tersebut kami memakai jersi baru, so semangat kami makin berkobar-kobar selepas jurulatih kami Abang Amirul tidak dapat hadir..

Jadi misi kami adalah untuk membuat Abang Amirul bangga dengan kami walaupun bakal kehilangan tip-tip berguna daripadanya.. Dengan Atikah paling merasa kehilangan Abang Amirul sebab Abang Amirullah selama ini memberikan nasihat kepada Atikah.. Namun kami melangkah ke arah padang dengan misi membanggakan sekolah kami selepas PK Koko kami turut hadir menyaksikan perlawanan..

Kami ketinggalan tidak sampai satu minit perlawanan selepas pemain pertahanan leka.. Namun kami bangkit kembali dan berjaya menang 2-1.. Di mana bagi Atikah perlawanan tersebut merupakan perlawanan terbaik Atikah dengan begitu banyak pujian diberikan kepada Atikah dan Atikah makin dikenali dan tekanan makin meningkat selepas Atikah mendapat tahu SMK Tengku Menteri menunggu kami di perlawanan suku akhir..

Oh perlawanan tersebut juga menyaksikan nama Atikah berada di dalam senarai untuk pemilihan pemain yang bakal mewakili Daerah Larut Matang dan Selama ke peringkat negeri Perak.. Di mana misi pertama Atikah berjaya tercapai.. Namun misi kedua membawa pasukan mara ke peringkat separuh akhir memang mencabar..

Terutama sekali bahu kanan Atikah mula merasakan kesakitan yang amat sangat namun Atikah pendamkan sahaja.. Perlawanan tersebut menyaksikan kami tewas 4-2 dengan Atikah memang kecewa dengan kekalahan ini walaupun Atikah sudah beraksi di tahap terbaik Atikah dengan menyelamatkan banyak percubaan-percubaan pasukan lawan walaupun bahu kanan Atikah makin menyeksakan Atikan semasa perlawanan..

Semasa pasukan lawan bersorak kegembiraan, Atikah dan pasukan Atikah duduk kecewa dengan kami dapat melihat Cikgu Norzie yang sebelum itu meloncat kegembiraan dengan kemenangan kami mara ke peringkat suku akhir menangis namun bangga dengan pencapaian kami.. Di muka Atikah jelas terpapar kekecewaan yang teramat sangat..

Namun cikgu dan rakan-rakan Atikah memujuk Atikah supaya tabahkan semangat selepas Atikah menyalahkan diri Atikah kerana gagal menyelamatkan 4 gol mereka terutama sekali dua gol yang Atikah patut selamatkan atau mencuba lebih baik untuk menyelamatkannya.. Namun Atikah berjanji akan membalas dendam dengan berjaya menempatkan diri ke dalam pasukan Daerah LMS ke peringkat negeri Perak selepas Atikah gagal melakukannya 3 tahun lalu selepas menampilkan aksi paling bodoh sekali..

Namun Atikah gunakannya sebagai pengajaran yang berguna sekali.. Dan walaupun bahu kanan Atikah masih merasai kesakitan dan pergelangan tangan kiri Atikah kembali sakit, Atikah masih berjaya menempatkan diri sebagai penjaga gol kedua pasukan dan muncul satu-satunya pemain dari SMK Simpang yang menempatkan diri ke dalam pasukan selepas Kak Intan dan Kak Fatin gagal menempatkan diri..

Namun hari pertama di dalam kem latihan Atikah telah di landa demam dan memaksa Atikah terlepas dua hari latihan tersebut.. Namun Atikah tetap berada dalam pasukan dan bertolak ke Bagan Serai ke tempat tinggal kami yang tidak beberapa jauh dari kampung Atikah untuk hari kejohanan yang dilangsungkan di Parit Buntar..

Namun selepas beberapa masalah Atikah telah menarik diri dari pasukan sehari sebelum hari kejohanan.. Walaupun ianya mengecewakan Cikgu Norzie.. Namun beliau, PK Koko malahan pengetua sendiri memuji ketegasan Atikah dalam menegakkan kemahuan Atikah dan mendapatkan hak sebagai pemain.. Kalau nak tahu sebab apa well you always can ask me..

Okey cukuplah ini dulu.. Kita sambung pulak lagi dengan masih ada beberapa perkara lagi yang Atikah mahu ceritakan.. Namun check website ini untuk pengetahuan lanjut tentang perjalanan bola baling pasukan Atikah dan gambar pasukan.. Anyway Adios Amigos..

Thursday, December 23, 2010

Azam 2011 ku

So lebih kurang 8 hari lagi sebelum Atikah secara rasminya akan gunakan kedua-dua kalendar Taylor Swift 2011 Atikah.. So bila masuk tahun baru azam mestilah baru.. Sejujurnya Atikah x pernah ada azam betul-betul pun.. So masuk tahun baru nanti Atikah akan ada azam dan mahu menjadikan segala azam Atikah menjadi realiti..

1. Perkara pertama ialah STUDY HARD!! Kerana tanpa perkara ini azam Atikah yang lain tidak akan menjadi kenyataan.. Oh dan juga cita-cita Atikah.. Well nampaknya kena jadikan belajar sebagai kekasih hati ku.. ugh.. haha.. xD

2. Kedua ialah jumpa TAYLOR SWIFT!! xD.. Well ianya akan jadi cukup impossible untuk jadi kenyataan memandangkan Taylor x buat konsert di Malaysia.. Jadi misi Atikah ialah cuba bawa Taylor Swift ke Malaysia dengan tulis satu surat yang akan diberikan kepadanya dan memberitahu bertapa I want she to come here and how much I want to meet she..

Surat tersebut masih dalam proses.. Anyway kalau Atikah berjaya laksanakan azam pertama Atikah itu jadi Atikah akan melangkah satu langkah lagi untuk berjumpa Taylor Swift.. Oh dan juga mengambil satu langkah lagi untuk berjumpa dengan Jimi, Jill dan Hanne!! Oh juga Akhmar!!! Asyik melintasi area Akhmar je bila dalam perjalanan ke rumah Along so nak jadikan Atikah berhenti dan ketuk pintu rumah Akhmar..xD

3. Belajar main gitar.. Dah naik berhabuk dah gitar Atikah dan satu-satunya lagu yang Atikah pandai main ialah Happy Birthday.. So nak improve lagi skill Atikah main gitar so barulah boleh nyanyi lagu Taylor Swift.. haha.. Dan maybe lepas tu masuk AF.. xD.. Main-main je..

4. Azam Atikah pada tiap-tiap tahun dan x pernah berubah.. Memasukkan diri ke dalam pasukan bola baling sekolah dan lakukan lebih baik dari sebelum ini di mana Atikah berjaya melakukannya sehingga dipilih bermain mewakili daerah Larut Matang dan Selama ke peringkat negeri Perak sebagai penjaga gol kedua tahun ini..

So ianya satu rekod yang perlu dipecahkan Atikah.. Dan bagi Atikah ianya tidaklah mustahil kerana Atikah cukup bersemangat dan determine about that.. Cuma Atikah akui Atikah takut kecederaan kembali menghantui Atikah.. Bahu kanan dan pergelangan tangan kiri Atikah masih sakit hasil dari bermain bola baling tahun nie..

Itu x masuk lagu tentang kecederaan seterusnya.. Iaitu kecederaan pinggang dan lutut yang sudah lama menghantui Atikah sejak darjah 6 dan form 1 lagi.. Mungkin ianya ada kena mengena dengan sebab Atikah x minum susu.. But what I want to do?? I can't drink milk cause I allergic about it (satu lagi benda yang Akhmar patut tahu pasal Atikah)..

Ianya sepatutnya hanya susu lembu sahaja tapi kadang-kadang sampai susu lain pun sama jugak.. Selagi ambilnya dalam jumlah yang sikit Atikah akan okey tapi well Atikah x berani nak minum memandangkan nanti Atikah akan start muntah-muntah dan sebagainya.. Not cool (macam Sonny (Demi Lovato) cakap dalam sketchnya Sicky Vicky haha)..

5. Dan yang terakhir ialah make my family proud of me.. :D Adios..

My foster sisters

So Atikah yakin ramai rakan-rakan ku kebanyakannya ada kakak atau adik angkat.. Haha.. Tapi tolonglah.. Setakat adik beradik angkat dekat Malaysia je mana best.. Cubalah cari dari luar negara barulah best.. Haha.. So bila pergi ke negara mereka boleh save cost dari menginap dekat hotel dan x tentu arah cara jalan.. haha..

So memandangkan Atikah x ada adik dan sudah cukup dengan 3 anak saudara yang cukup nakal tu jadi Atikah telah berjaya menjumpai 2 orang adik angkat.. Yang pertama ialah Jimi dari Filipina.. Pada 4 Januari ini dia 14 tahun.. Nickname Atikah dekat dia ialah 'My sweet but sometimes annoying little sister'.. haha.. Kerana dia memang pun.. xD..

Tapi Atikah sayang sangat dekat dia dan harapnya dapat jumpa dia suatu hari nanti.. Dan bagi Atikah dialah adik terbaik yang boleh kita minta.. First sebab dia juga merupakan peminat Taylor Swift dan bukanlah peminat Justin Bieber.. xD.. Dan kami ada banyak persamaan.. Dan last sekali sebab dia akan cuba berikan surat Atikah kepada Taylor Swift tahun depan!!

Adik angkat kedua Atikah ialah Jill dari Sweden dan kalau x silap Atikah umur dia pun sama dengan Jimi.. Yang nie punya nickname ialah 'My weirdo little sister'.. haha.. Dia memang pelik dan diakuinya sendiri.. Dia merupakan Swifty and Belieber.. Dan sekarang ini sedang bercuti di Caribbean..

Dan kakak angkat Atikah pulak ialah Hanne dari Norway dan dia hanya tua setahun sahaja dari Atikah.. Kami memang macam adik beradik.. Suka bergaduh pasal perkara remeh temeh macam Atikah cari gaduh dengan dia tentang 'who always win' 'she old' dan macam-macam lagi.. haha.. That's why I love she..

Well kenalnya Atikah dengan mereka bertiga ini sememangnya menaikkan lagi semangat Atikah untuk belajar bersungguh-sungguh so nanti Atikah boleh jumpa mereka.. Dan Atikah akui salah satu misi Atikah sekarang ini ialah jumpa dengan mereka suatu hari nanti.. Seperti kata Adidas dan Nike Nothing is impossible dan Write the future.. xD.. Adios!!

P/S : Hei Akhmar apa lagi pergilah cari kakak angkat.. xD.. Yang luar negara punya dan Demi Lovato ke Taylor Swift ke x kira okey.. xD

Thursday, December 16, 2010

Two thing that I obsess with

So I will lie if I said I don't obsess with something.. Everyone always obsess with something.. Going crazy and can't get enough of it.. Well me too.. What I just obsess with this two thing.. And to be honest I never can't get enough of it.. That is drug and love.. haha.. Just kidding.. Okay here is two thing I'm obsess with..

Okay like I said before one of thing I obsess is drug.. Well my drug is Taylor Swift.. I can't go a day without stalking Taylor, know what she doing, hear her songs and see her picture.. haha.. Seriously.. She like everything to me.. When I sad, angry and nervous.. I just hear her songs, see her picture (and her signature on my Taylor Swift signed lithograph (don't be jealous Akhmar) I will always calm.. Never fail..

One thing I do every time before my handball game is playing Taylor Swift songs or singing it in my heart.. And when I so nervous on the game I will always thinking about Taylor Swift to make sure I can calm down so I don't do stupid mistake.. If you are goalkeeper and then you are nervous, you will always make a stupid mistake.. Trust me..

So that's why I said Taylor Swift is my drug.. Wanna know what is the other thing, love?? Well if you know me so much you will know I really loves football and know what my favorite team.. Well yeah you are so right it's Arsenal FC.. Arsenal FC is my love.. The love that always disappointed me.. But I still loves them..

You know to find a girl who an Arsenal fans is really hard cause most of them like Manchester United but hey I'm not that girl and I also manage a Arsenal blog in Malay and got a very lots of viewer.. Almost 1600 hits on my blog and you also can search it on Google.. Search Atikah Arsenal and there you go..

Oh I also got a Facebook page for my blog.. Atikah Arsenal Fan Club is my Facebook page and got about almost 450 followers.. So did you already how much love I am to Arsenal FC?? Well you can expected I will so damn angry when Arsenal lost and crying or maybe tear when Arsenal draw..

And to be honest when one of Arsenal player got injured I will so damn worried and when Aaron Ramsey leg broken I was there in front of my TV watching it and tearing cause that's how much I love Arsenal FC.. And when I hear some player of Arsenal FC just recover for injury and our best player signed a new contract and stay with the team you can expected a smile in my face..

And when I heard an wrong facts about Arsenal you also can expect me start to getting mad cause it's a wrong fact and that's how much my love for Arsenal FC.. So that it is.. My two thing that I so obsess with.. Drug (Taylor Swift) and Love (Arsenal FC).. I never can't get enough of it and always obsess with them no matter what.. Cause that's is me.. We talk later on the other entry.. Adios Amigos..

Me and this week

Ugh.. Boring gila nie.. Hmm.. Tak tahu nak buat apa.. So Atikah decide blog jelah apa yang patut memandangkan cik Akhmar yang seorang tu ntah kenapa susah sangat nak online akhir-akhir nie.. Hmm.. Maybe dia pergi ke rumah Taylor Swift kut meraikan birthday Taylor.. Sampai hati Akhmar tinggalkan Atikah dan x beritahu Atikah.. haha.. Just kidding..

Hmm dengan adik angkat kesayangan ku yang sweet but sometimes annoying tu x online pulak dan my other adik angkat Atikah yang pelik tu pun sama jugak, tinggallah Atikah ditinggalkan keseorangan oleh mereka kesemuanya sambil stalking Taylor Swift dan terus spying Jake Gyllenhaal.. haha..

Hmm.. Minggu ini dilalui dengan cukup pelik sekali oleh Atikah.. I know minggu nie belum tamat lagi tapi sejujurnya yes I got a very weird week and I feel something wrong with me lately.. First of all I addict with The Click Five songs and I still can't get enough of it.. Dan dapat Swift syndrome yang cukup teruk sekali.. Ugh..

Tu belum lagi masuk masalah Atikah yang satu tu.. Well I can't say what problem.. Only Akhmar know about it.. And well I got the expected response from she.. But it's complicated Akhmar.. It so complicated.. Well lepas beritahu problem tu dekat Akhmar x adalah Atikah dibayangi masalah itu lagi but still I feeling so weird lately..

Masuk dalam senarai pulak ialah Atikah terlampau obsess dengan Chuck lately.. And then I lost my addict on football.. Arsenal more specifically.. and that's really weird cause two thing I'm so obsess is Taylor Swift and Arsenal FC.. I feel like I kinda changed.. But trust me I will always be that Atikah you guys know.. I swear!!

But I don't think so I changed so much.. But one thing for sure I can't wait to back home!! Taiping here I come!! haha.. Well esok Atikah akan kembali ke Taiping.. Tempat kesayangan ku.. No one can beat how special is Taiping for me and maybe I will meet some of my friends.. Dan mungkin jugak ajak tengok cerita Narnia 3?? Or maybe Rapunzel?? I dying to see it!!

Anyway to be honest I think lately I falling in love with the guy that I have no idea I will fall in love with.. There I dare myself to say it.. But he is on of my close friend to say it out loud.. Now I really need an advise from my cousin that I really trust most.. Kak Chik ataupun Kak Hani.. I wish you will back at Taiping kak Chik.. (Jangan ambil hati okey kak Yati) haha..

Well maybe I change a little cause I falling in love and I just start to realized it.. I don't know.. My heart sometimes confusing me.. Well ketakutan tengok Taylor Swift berubah tidak ada lagi memandangkan Taylor still the same girl that I call my role model dan nervous pasal plan surprise parti hari jadi mak pun dah hilang so I really don't know why I feeling so weird lately..

And stop it Akhmar.. Don't you dare saying 'well that is what I call love'.. I understand it okay.. Don't keep reminding me!! hahah xD.. Atikah rasa that's all x nak merapu lagi.. Maybe I should continue my Chuck marathon dan mungkin juga pergi meneruskan spying Jake dan Taylor.. haha.. xD.. Adios..

Sunday, December 12, 2010

13 Disember 2010

So esok merupakan tarikh yang cukup membuatkan Atikah berdebar-debar.. First ianya adalah disebabkan ianya merupakan hari jadi mak Atikah dan Atikah nak lakukan sesuatu yang cukup sweet sangat untuk membalas segala yang telah diberikan mak Atikah kepada Atikah sepanjang tahun ini dan juga tahun-tahun sebelumnya..

Terutama sekali apabila mak Atikah belikan Taylor Swift Speak Now Diamond Package untuk hadiah hari jadi Atikah so of courselah Atikah nak balas balik dengan bagi sesuatu yang tidak akan dilupakan mak Atikah.. Segala plan telah dirancang cuma tinggal untuk dilaksanakan dan menghilangkan segala gemuruh yang Atikah rasakan sehari sebelum hari jadi mak Atikah..

Atikah buat plan nak nyanyikan lagu Happy Birthday dengan gitar Atikah.. First of all Atikah pula pembelajaran dalam main gitar cuma basic je.. Chord pun x berapa nak ingat lagi.. Namun disebabkan Atikah nak buat something special untuk hari jadi mak Atikah, so Atikah pun mula bukak You Tube dan belajar sendiri macam mana nak main gitar dan hasilnya cukup memberangsangkan..

Walaupun proses pembelajaran Atikah x sampai seminggu namun usaha keras Atikah dan semangat, Atikah berjaya belajar cara main lagu Happy Birthday walaupun ianya mungkinlah tidak bagus tapi sekurang-kurangnya ianya masih bunyi lagu Happy Birthday.. Kita tunggu esok sahajalah untuk ketahui sama ada ianya berjaya ataupun tidak..

Esok juga merupakan hari jadi my role model dan artis yang menginspirasikan Atikah, Taylor Alison Swift ataupun Taylor Swift.. Esok Taylor akan genap berusia 21 tahun dan sudah pastinya sebagai seorang true swifty anda akan lakukan sesuatu yang istimewa untuk Taylor Swift.. Dan ya Atikah ada rancangan tersendiri untuk Birthday Taylor esok..

Atikah dalam proses buat video untuk Hari Jadi ke-21 Taylor Swift dan ianya masih sedang di edit.. Namun entahla sama ada Atikah boleh siapkan ataupun tidak pun Atikah x tahu memandangkan video edit Atikah asyik buat hal je.. Ugh.. Dahla hari jadi Taylor dah semakin dekat.. Harapnya sempat siapkan.. Anyway wish me luck.. :D

Tuesday, December 7, 2010

My Ambition

So what is my ambition.. Soalan yang cukup tidak digemari my best friend Akhmar.. Namun bagi Atikah jika ramai yang tanya apa yang Atikah nak jadi suatu hari nanti, memang agak sukar untuk Atikah jawab kerana begitu banyak cita-cita yang Atikah mahu gapai.. Namun apa yang pasti salah satu cita-cita ini Atikah harap akan menjadi kenyataan..

Yang pertama ialah menjadi salah seorang pemain pasukan kesayangan Atikah, Arsenal FC dalam pasukan wanita mereka yang cukup digeruni lawan di England.. Atikah tahu ianya mustahil namun jika Atikah berkerja keras dan belajar bersungguh-sungguh sehingga boleh pergi ke London, Atikah rasa cita-cita Atikah itu hanya selangkah sahaja lagi sebelum berjaya untuk Atikah genggam..

Jika ianya berjaya Atikah mahu menjadi penjaga gol.. Dengan inspirasi Atikah iaitu penjaga gol terkini skuad Arsenal Ladies Emma Byrne merupakan role model Atikah di samping Lukasz Fabianski.. Walaupun Fabianski pernah melakukan kesilapan namun usahanya menutup mulut pengkritiknya musim ini cukup Atikah respect..

Namun Atikah juga boleh menjadi pemain pertahanan kerana Atikah merasakan Atikah lebih panda membaca perlawanan dan membaca pergerakan dan melakukan aksi menyelamat daripada menjadi playmaker kepada pasukan dan menjadi hero pasukan dengan menjaringkan gol kemenangan pada lewat-lewat permainan.. Dengan Thomas Vermaelen, Kieran Gibbs, Laurent Koscielny, Faye White dan Alex Scott menjadi role model Atikah..

Tapi kalau x boleh jadi pemain jadi jurulatih dan pengurus pasukan pun jadilah.. Kerana Atikah berhasrat untuk menukar nasib bola sepak wanita Malaysia.. Dan mungkin juga menjadi penasihat.. Hei selagi ianya berkaitan bola sepak Atikah tidak berapa kisah kerana bola sepak selalu menjadi salah satu benda yang Atikah suka..

Yang kedua ialah Tentera Laut.. Ya Atikah tahu Navy?? Kenapa x jadi tentera udara atau tentera darat.. First sebab Atikah x nak jadi Air Force adalah disebabkan berita-berita yang Atikah dengar tentang pesawat terhempas dan sebagainya dan sebab Atikah tak nak jadi Tentera Darat adalah disebabkan abang dan ayah Atikah dah jadi tentera darat dan Atikah rasa tentera darat boring dan kena duduk dekat hutan..

Lagi pun Atikah sukakan laut.. Atikah pernah menaiki dan di bawa bersiar di sekitar kapal tentera laut di pengkalan TLDM Lumut semasa menjalani Rambu Pengkap pada tahun 2007.. Dan semasa itu juga Atikah belajar sedikit sebanyak tentang TLDM dan Atikah mula jatuh cinta kepada Navy.. Dengan menyaksikan drama Sea Patrol sudah semestinya membuatkan hasrat Atikah menjadi anggota TLDM semakin membara..

Yang ketiga ialah menjadi anggota Polis.. Dari dulu sampai sekarang cita-cita ini masih berada di dalam hati Atikah.. Sebab Atikah mahu menjadi anggota polis ialah disebabkan Atikah mahu menegakkan keadilan dan menumpaskan penjenayah-penjenayah yang mencemarkan kedamaian orang ramai..

Yang keempat ialah menjadi seorang doktor.. Kalau dulu Atikah akan cakap Atikah mahu jadi doktor pakar kanak-kanak kini Atikah mahu menjadi doktor di wad kecemasan ataupun menjadi doktor di pasukan Arsenal!! haha.. Sememangnya dengan menonton drama ER telah membuatkan Atikah semakin jatuh cinta kepada bidang perubatan..

Yang kelima ialah menjadi Ahli Forensik ataupun Crime Scene Investigator.. Sememangnya menyaksikan CSI Las Vegas, CSI New York dan CSI Miami telah membuatkan Atikah semakin suka untuk menjadi ahli forensik dan menonton drama ini juga telah membantu Atikah untuk menjadi ahli forensik..

Yang keenam ialah menjadi penjaga gol profesional bola baling.. Hei Atikah berbakat tahu sebagai penjaga gol bola baling.. Harapnya tahun hadapan Atikah semakin improve dan harapnya boleh mewakili Malaysia ke peringkat antarabangsa atau mewakili negari baru Atikah, Pahang di peringkat Kebangsaan.. Tiada role model yang spesifik untuk Atikah pilih dalam cita-cita ini.. Mungkin terus kekal dengan Emma Byrne..

Yang ketujuh dan yang terakhir ialah menjadi pemain gitar Taylor Swift.. Haha.. Okey maksud Atikah maybe Atikah akan main gitar dan jadi salah seorang pemain gitar paling disegani nanti.. Who know?? Apa yang pasti Taylor Swift akan menjadi sumber inspirasi Atikah, role model dan idola Atikah yang x akan Atikah tukar sampai bila-bila.. Adios..

Sunday, December 5, 2010

The season finale for Sea Patrol

So pada penghujung bulan Oktoberr yang lalu dan lebih tepat semasa hari paling Atikah gembira pada 25 Oktober yang lalu telah dicacatkan berita buruk selepas Sea Patrol telah disahkan menjalani pengambaraan terakhirnya selepas 5 musim bersiaran dan selepas 3 tahun Atikah menjadi salah seorang peminat fanatik Sea Patrol..

Well 25 Oktober lalu memang merupakan hari yang Atikah paling gembira sekali selepas seramai 50 orang retweet status Atikah di account twitter @swifty13fans dan hari yang ditunggu Atikah, iaitu release day of Speak Now album.. Jadi memang ianya sedikit sebanyak membuatkan Atikah sedih dan sememangnya bergenanglah air mata apabila Kak Alisa menjadi orang yang bertanggungjawab memberikan berita buruk ini..

Atikah masih ingat lagi episode pertama Atikah mula jatuh cinta dengan Sea Patrol.. Episode 3 'Takedown' semasa season 2.. Dan bagi Atikah inilah episode yang paling Atikah suka dan episode yang menjadi titik tolak kepada minatnya Atikah tentang karakter Lieutenant Nikki Caetano..

Sea Patrol Season 3 Red Gold.. Di mana episode yang Atikah mula mengikutinya dari episode pertama lagi.. Sejurus ianya ditayangkan di Australia Atikah mula mencarinya di You Tube untuk memastikan Atikah menjadi orang terawal yang menyaksikan drama ini.. Dan sememangnya Season 3 adalah yang terbaik dan juga season 3 juga menyaksikan Nav, Buffer, Spider dan ET meninggalkan SP pada akhir musim kecuali ET..

Season 3 dimulakan dengan ET mati dan ini jelas membuatkan kesemua anggota HMAS Hammersley terutamanya tunangnya Nikki bersedih.. Selepas permulaan yang cukup sedih Season 3 perlahan-lahan menyaksikan dramanya lebih menyeronokkan dengan lakonan mantap dari 3 krew yang akan meninggalkan pasukan Nikki, Buffer dan Spider tidak lupa juga krew-krew lain..

Sea Patrol Season 4 yang kehilangan 3 krew yang cukup berpengaruh terpaksa menyaksikan dua muka baru di dalam pasukan iaitu kehadiran Dutchy sedikit sebanyak menampung kehilangan Buffer dan Bird yang tidak berapa berhasil untuk mengisi kekosongan Spider mahupun Nav.. Namun season 4 masih menyeronokkan seperti kebiasaannya.. Dengan aksi yang lebih gila-gila pada beberapa episode terakhir..

Season 5 yang akan ditayangkan tahun hadapan telah disahkan sebagai season terakhir Sea Patrol selepas Sea Patrol terpaksa dihentikan siarannya akibat masalah kewangan.. Dengan producer, Hal dan Di McElroy telah mengesahkan yang jalan cerita season 5 akan menjalani jalan cerita season terakhir harapnya..

Namun berita Season 5 merupakan season terakhir tidaklah mengembirakan semua peminat Sea Patrol dengan Hawker dari Sea-Patrol.com telah membuat petition dan mengarahkan kesemua peminat Sea Patrol menandatanganinya dan meminat peminat Sea Patrol di Australia menulis surat kepada menteri mereka untuk menyelamatkan Sea Patrol..

Namun sehingga setakat ini tiada berita baik diterima peminat-peminat Sea Patrol dengan rancangan Hawker masih belum berjaya mencapai kejayaan yang diharapkan.. Namun kesemua peminat Sea Patrol masih belum berputus harap dengan kami semua masih mengharapkan Sea Patrol berjaya diselamatkan.. Adios..

Saturday, December 4, 2010

My favourite TV Series (Part 2)

Okay mari kita sambung balik.. CSI Miami juga merupakan salah satu drama TV kesukaan Atikah.. Well sebenarnya Atikah baru start suka sejak kakak Atikah memang peminat CSI Miami.. Agak pelik sedikit dalam keluarga Atikah.. Atikah minat CSI Las Vegas, mak Atikah pulak peminat CSI New York dan kakak pulak peminat CSI Miami.. haha

Hmm.. Dalam CSI Miami ini Atikah sukakan Calleigh Dusquene dan Jesse Cardoza!! Oh juga Ryan Wolfe!! He an charming guy!! haha.. Anyway Atikah dengar si Cardoza ini akan mati masa season semasa yang ditunjukkan di Malaysia sekarang ini.. WHAT??!! WOW!! That's so not cool!! Ugh.. Anyway just wait and see and to Akhmar, sorry kalau Atikah hilangkan bab-bab suspense..xD

Atikah juga merupakan peminat CSI New York!! Terutama sekali Adam Ross dan Lindsay Monroe.. haha.. Atikah pelik kan pilih pelakon yang dibayangi hero dan heroin.. well that's me.. Oh Atikah juga sebenarnya sedih bila Atikah dapat tahu yang Stella Bonasera meninggalkan CSI New York!! Ugh..

Episode yang paling Atikah suka dalam CSI New York ialah semasa episode Jessica Angell mati.. Atikah memang menangislah tengok episode tu.. Ianya cukup menyayatkan hati dan bagi Atikah inilah episode terbaik dalam sejarah drama TV CSI!! Namun apa-apa pun Atikah memang sedih bila Jessica mati.. Don Flack dengan Jessica is meant to be together!! They sweet together!!

Oh hampir lupa.. Atikah suka gila dengan drama TV Life Unexpected!! Ianya cukup sweet sangat.. Atikah x miss satu episode pun sepanjang season 1!! Aaaah!! X sabar rasanya nak tengok season 2!! Tapi sedihla sebab Cate kawin dengan Ryan.. Atikah nak dia dengan Baze but Ryan is sweet to!!

Oh.. Atikah juga suka gila tengok cerita Army Wives!! Sebabnya ianya menceritakan kehidupan isteri dan suami askar US dan bagaiman keluarga mereka dan sebagainya.. Lagi pun jalan ceritanya cukup menarik so kenapa pulak Atikah x berminat nak tengok cerita ini.. Hmm.. X sabar tunggu season baru.. Nak tahu betul ke Pamela betul-betul lari dan Jeremy bunuh diri!!

Atikah juga suka cerita The Secret Life Of The American Teenager.. Tapi kadang-kadang saja Atikah tengok.. Kejap miss episode nie kejap miss episode nie.. Tapi Atikah suka jalan ceritanya.. Ianya memberikan sesuatu pengajaran.. Hmm.. Atikah pun x tahu apa yang akan terjadi.. Namun harapnya Amy x memberikan anaknya kepada keluarga angkat,,

ER!!! AAAHHH!!! Memang Atikah suka gila tengok drama nie.. Atikah suka Dr. Susan Lewis, Dr. John Carter dan Medical Student Lucy Knight.. Namun sayang Susan tinggalkan ER, Lucy mati selepas ditikam pesakitnya dan Carter pulak dapat penyakit apa ntah.. Atikah pun x tau sebab beberapa last season Atikah x tengok lagi.. Tapi apa yang pasti Josh Holiday, ET dari Sea Patrol berlakon dalam ER yang latest season punya..

Hmm.. Atikah rasa itu sahaja.. So Adios Amigos!! Jumpa lagi pada entry yang seterusnya..

Bieber, bieber, bieber..

Okay.. Sebelum Atikah bercerita lebih lanjut perhatian kepada peminat Justin Bieber.. Tolonglah jangan baca artikel ini okay.. Tapi sila baca juga so anda baru tahu kenapa Atikah cukup tidak sukakan Bieber, bukannya benci okey.. I just don't like he.. So please don't be angry with me.. I just said what's in my heart..

First of all I'm not Justin Bieber hater and I'm not disrespect he.. I just don't like it and I always feel uncomfortable when my friends and my cousin talking about he.. I don't know why.. And I also never sing along his song.. And I never keep his songs in my phone or my iPod and I don't think I will change it..

Well kalau Atikah tengok poster dia, muka dia di hadapan majalah pun Atikah sudah cukup meluat.. Tergeraknya hati Atikah nak tulis pasal ini ianya disebabkan Atikah baru sahaja membeli majalah M dan J-14 well of course ianya disebabkan Taylor Swift namun muka Justin ini boleh dikatakan berlambak dalam majalah tersebut dan jelas membuatkan Atikah meluat..

Well malahan pada satu ketika itu untuk Atikah melihat gambarnya lagi lebih menyakitkan hati daripada melihat wajah lelaki yang telah mematahkan hati Taylor Swift dengan cukup teruk sekali iaitu, Joe Jonas.. Wow.. Itu memang pelik sebab si Joe nie memang Atikah menyampah dan benci walaupun Atikah akui Joe ada bakat dalam berlakon dan menyanyi but that's all..

Well jangan terasa eh Akhmar kalau Akhmar baca nie.. Namun sejujurnya Atikah memang tidak sukakan Justin Bieber.. Atikah sendiri tidak tahu kenapa namun sejujurnya Atikah memang tidak selesa untuk bercerita tentang Bieber, tengok posternya, dengar lagunya dan sebagainya.. Kerana pada pandangan Atikah well Bieber bukanlah seseorang yang patut kita sanjungi sebagai role model dan apa-apa sahaja..

Dan bagi Atikah Bieber bukanlah seorang yang patut memberikan tunjuk ajar kepada remaja-remaja di dunia ini.. Well mungkin bukan sekarang but I think kalau Bieber tukarkan sedikit dia punya ego dan sebagainya lagi yang membuatkan Atikah meluat dengannya, mungkin baru Atikah akan mula menyukainya.. Namun buat masa ini Atikah rasa ianya tidak akan berubah..

Dan Atikah juga harap yang Justin Bieber dan Taylor Swift hanyalah kawan dan tolonglah Taylor jangan melepasi sempadan itu dengan Justin!! Please I'm begging you!! I rather you go back with Joe than be with Justin.. So sorry kalau ada yang terasa hati dan sebagainya.. Atikah tidak bermaksud melakukannya.. Atikah cuma beritahu yang Atikah sebenarnya bukanlah peminat Bieber.. Adios

My favourite TV Series (Part 1)

Ish.. Best giler ah kalau dapat TV macam nie.. Gerenti 24 jam menghadap TV menonton my favorite movie, TV series and lots more.. Kalau main game pun best jugak nieh.. haha.. Okey dalam entry kali ini Atikah nak bercerita tentang drama kesukaan Atikah.. Atikah hanya menyenaraikan drama yang bersiaran selama sejam sahaja dulu..

Crime Scene Investigation ataupun drama CSI Las Vegas tanpa sebarang keraguan lagi merupakan drama yang paling Atikah gemari.. Atikah x pernah misslah walau satu pun episode oh dan Atikah siap ada DVD series nie lagi.. Dan bila drama ini tidak ditayangkan di AXN Atikah memang gila punya sedih.. X sabar nak tunggu season baru ditayangkan di AXN!!

Pelakon kesayangan Atikah dalam drama ini ialah Jorja Fox ataupun lebih dikenali sebagai Sara Sidle dalam drama ini.. Atikah tidak tahu mengapa tetapi first time Atikah tonton CSI Las Vegas Atikah memang tertarik dengan karakter Sara.. Bila Sara tinggalkan CSI semasa season 8 well memang CSI cukup bosan selepas itu walaupun Atikah suka Riley Adams yang mengisi kekosongan Sara.. Tapi bila dia kembali semula masa season 10 haha Atikah memang meloncat kegembiraan..

Oh to be honest the first time I heard a girl name Taylor Swift is on this drama!! haha.. Siapa yang sangka.. Atikah akui Atikah suka lagu Love Story dan tahu siapa nyanyikannya masa tu namun for the first time Atikah tengok dan mula meminatinya bermula selepas beliau membintangi siri drama yang Atikah gemari ini.. Walaupun Atikah akui episode yang Taylor Swift bintangi bukanlah my favorite episode..

Drama kedua yang Atikah suka ialah Chuck!! haha.. Mak Atikah dan abang Atikah pun suka tengok drama nie.. Well to be honest masa season 1 Atikah miss tapi bila trailer season 2 Atikah terus terpesona dengan Chuck dan sejak itu Atikah merupakan peminat drama Chuck dan dalam laptop Atikah ada semua episode Chuck dari season 1 sampai 3.. Hmm nanti nak suruh abang Atikah download episode season 4 pulak..

Yvonne Strahovski ataupun CIA Agent Sarah Walker adalah karakter dalam Chuck yang cukup Atikah gemari.. Bagi Atikah Yvonne melakukan tugas yang cukup sempurna memastikan watak Sarah Walker berjaya.. Apa-apa pun Atikah suka gila dengan Chuck dan Sarah!! They meant to be together!!

Sea Patrol.. Hmm.. Atikah yakin ramai yang tidak mengetahui tentang drama Australia ini.. Well Sea Patrol sememangnya boleh membuatkan Atikah dan Kak Alisa gila!! haha.. Namun sayangnya awal bulan November yang lalu Atikah dan Kak Alisa telah dikejutkan dengan berita Sea Patrol akan menamatkan seriesnya selepas tamatnya Season 5.. :'(

Atikah suka sangat lakonan Saskia Burmeister dalam drama Sea Patrol ini terutama sekali semasa season 3!! Lakonannya sebagai Navigator, Nav, Nikki Caetano memang cukup berkesan mengusik perasaan sesiapa sahaja yang menyaksikan Sea Patrol.. Terutama sekali senyumannya itu.. Namun sayangnya habis sahaja season 3, Saskia membawa diri ke LA.. Meninggalkan Atikah menangis kesedihan..

Membuatkan Atikah lebih sedih apabila budak nakal dalam Hammersley, Spider, Billy Webb yang dikaryakan oleh Jay Ryan turut mengikut Saskia meninggalkan SP.. Jadi tinggalah Atikah dengan Rebecca 'Bomber' Brown.. Namun akhirnya selepas tamat season 4, Kirst Lee Allan mengesahkan yang beliau turut akan ke LA meninggalkan Atikah cukup sedih dan tidak bersemangat menunggu season 5 dan season finale yang akan mula ditayangkan tahun hadapan..

Alias.. Hmm Atikah sukakannya.. Mak Atikah menjadi faktor Atikah meminati drama ini yang cukup penuh aksi.. Hmm tapi Atikah x dapat tengok kesemua episodenya lagi selepas AXN tidak lagi menyiarkannya.. Hmm.. Kena download drama nie!! Anyway atas disebabkan drama ini juga Atikah mula meminati aktress, Jennifer Garner!!

Drama Kyle XY memang cukup Atikah gemari dan Atikah follow drama ini sejak episode pertama musim pertama lagi!! Dan Atikah juga telah bersama-sama peminat Kyle XY yang lain memprotes tindakan ABC Family membatalkan drama Kyle XY terutama sekali apabila episode terakhirnya tergantung.. Tapi sekurang-kurangnya Atikah tahu yang Kyle dengan Amanda akan kembali bersama!!

Atikah juga sukakan drama Early Edition!! Namun sayangnya Atikah x pernah dapat fully tengok semua episodenya atas disebabkan AXN nie gila-gila sikit masa tunjukkan drama ini.. Senang cerita masa AXN tayangkan drama ini Atikah memang x miss sebab Atikah sukakan jalan ceritanya.. Hmm.. Kan best kalau ianya terjadi di alam realiti ini!! haha xD

Uh.. Panjangnya.. Kita sambung balik dalam part 2 nanti.. Sebab masih ada beberapa drama bersiri yang masih belum Atikah sebutkan lagi.. Jadi stay tuned.. Adios!!