So Atikah boring dan disebabkan agak lama Atikah x blog memandangkan x ada idea dan x ada mood nak blog, Atikah membuat keputusan untuk blogging tentang tahun 2010 bagi Atikah.. Well Atikah x nak cerita pasal terperinci memandangkan anda benda yang Atikah rahsiakan dan hanya beberapa orang sahaja tahu.. Anyway this is how my 2010..
So 2010 dimulakan dengan Atikah memasuki tingkatan 3.. Well I don't wanna said anything about school to much.. I wanna say something that for me is my highlights of the 2010 year.. Well bagi Atikah my 2010 highlights of the year is handball.. haha.. Yeah Atikah berjaya memasuki pasukan bola baling sekolah Atikah sebagai penjaga gol..
Walaupun ianya bukan tugas sukar memandangkan tiada pelajar lain yang mahu jadi penjaga gol, namun Atikah masih memberikan yang terbaik semasa 3 hari pemilihan pemain yang cukup memenatkan.. Namun segalanya berbaloi dan Atikah berjaya memasuki pasukan dan kini tinggal latihan sebelum bermulanya kejohanan bola baling peringkat daerah..
Namun nak dijadikan cerita berbagai perkara terjadi dalam masa tersebut.. Pasukan kami terpaksa bergelut dengan pelbagai masalah.. Iaitu masalah PK Koko kami x puas hati dengan kami dan macam-macam lagilah.. Ianya sememangnya membuatkan kami sakit hati.. Namun ianya langsung x melemahkan semangat kami..
Kerana kami mahu buktikan yang Cikgu Norzie membuat pilihan yang tepat memilih kami.. Kami bakal mengadakan perlawanan menentang skuad bola baling tahun lepas dengan misi membuktikan kemampuan kami selepas dikritik hebat PK Koko dan kakak-kakak senior memandangkan kami semuanya bawah 15 tahun dengan Kak Jas dan Kakak Fatimah sahaja form 5 dan form 4..
Dalam masa itu juga, Atikah telah berjaya mencederakan diri Atikah sendiri.. Iaitu pergelangan tangan kiri Atikah entah macam mana injured.. So ianya memang cukup menganggu Atikah dan mak dan ayah Atikah bawa ke hospital Apollo dan jumpa pakar dalam bab-bab nielah.. Namun x ada apa-apa yang serius.. Doktor kata mungkin ligamen nie ntah apa ntah.. Atikah pun lupa.. haha
Lebih kurang seminggu sebelum perlawanan tersebut Atikah mengambil kesempatan untuk bercuti di Cameron Highland dan Perlis untuk menenangkan fikiran iaitu sehari selepas Atikah mencederakan lutut kanan Atikah akibat landing x betul.. haha (banyak gila Atikah unjuredkan diri sendiri).. Namun nak dijadikan cerita Atikah boleh pulak demam sehari sebelum hari tersebut.. haha.. So Atikah pun mesejlah kak Jas yang merupakan kapten dan ketua kami..
Dia apa lagi mulalah kelam kabut risau x tentu hala.. haha.. Atikah membuat keputusan jumpa doktor kegemaran Atikah.. Sebabnya kalau dengan dia gerenti demam Atikah terus kebah bila jumpa dia.. But well it not turn out like I want to.. But I'm still fine.. So Atikah pun melangkah ke padang sekolah dan memberitahu mereka yang Atikah demam..
Dan mereka pun mulalah panik dan cikgu mula marak-marah.. haha.. Biasalah semua cukup tertekan.. Tapi selepas makan ubat, Atikah rasa okay dah tapi masih demam namun terpaksa tabahkan diri dan mengharungi perlawanan tersebut memandangkan tiada penjaga gol lain untuk mengantikan Atikah dan disebabkan Atikah mahu tunjukkan kepada PK Koko Atikah apa yang Atikah mampu buat..
So perlawanan bermula dengan Atikah terus menerus diserang namun Atikah terus menerus menafikan percubaan mereka.. Pasukan Atikah skor 1 gol dan selepas itu Atikah pun lepas 1 gol dan begitu juga selepas itu sehinggalah kami seri 2-2 selepas tamat perlawanan.. Ini bermakna kami terpaksa membuat balingan penalti untuk menentukan siapa pemenang..
Pasukan Atikah gagal memasukkan bola ke dalam gol jadi Atikah tertekan untuk memastikan mereka turut gagal melepasi Atikah.. Begitu jugalah untuk 3 balingan seterusnya.. Untuk rekod Atikah sudah ada pengalaman dalam balingan penalti ini dan of courselah Atikah mengunakannya sebagai satu kelebihan..
Jadi balingan kelima berjaya dimasukkan pasukan Atikah dengan tekanan makin berlebihan di bahu Atikah dengan kesemua bergantung harap kepada Atikah.. Hanya tuhan sahaja tahu bertapa gementarnya Atikah dan segala demam Atikah pun Atikah x peduli.. Atikah memang gementar sangat dan Atikah berjaya membaca balingan tersebut namun bola tersebut tersasar..
Jadi ianya bermakna kemenangan kepada pasukan Atikah.. Nak dijadikan cerita kesemua orang lupakan Atikah yang masih berada di hadapan gawang gol dan tengah menarik nafas lega.. Bila tengok semua lupakan Atikah gila punya kecewa Atikah.. Atikah perlahan-lahan melangkah ke arah mereka dan cikgu Norzie terus menghampiri Atikah yang masih gementar lagi dan memeluk dan membisikkan sesuatu kepada Atikah..
Kemudian barulah kawan-kawan Atikah datang dan kami semua bergembira sementara Atikah jauh di sudut hati masih tidak mempercayai segala-galanya.. Cikgu Norzie membuat ucapan yang cukup emosi dan ramai di antara kami mengeluarkan air mata dan apa yang penting demam Atikah dah kebah dengan segala drama yang berlaku.. haha..
Namun masih lagi ada drama selepas itu dengan pemain pertahanan kami dikeluarkan daripada pasukan dan ini cukup memeranjatkan kami memandangkan beliau bermain dengan cemerlang sekali pada perlawanan tersebut.. Namun selepas cikgu Norzie memujuk PK Koko kami, beliau kembali ke dalam pasukan namun segala drama masih belum berakhir..
Walaupun kami mula menyesuaikan diri dengan pasukan-pasukan senior yang bongkak itu, kami telah diberikan tamparan hebat selepas ketua kami, Kak Jas menarik diri dengan hanya Atikah seorang tahu faktor-faktor Kak Jas menarik diri.. Dan ianya memang mencalarkan semangat kami kerana Kak Jas bagaikan komponen penting di dalam pasukan kami..
Namun kami perlahan-lahan berjaya mengatasi kehilangan Kak Jas dan kami menjalani perlawanan persahabatan pertama kami menentang SMK Matang.. Perlawanan di padang SMK Simpang terpaksa ditukar ke padang SMK Matang akibat hujan lebat.. Kami beraksi cemerlang dengan membelasah SMK Matang kalau x silap Atikah 14-2.. Lebih kurang macam tulah.. Banyak sangat gol kami jaringkan sampai x ingat Atikah.. haha..
Selepas perlawanan persahabatan yang memberangsangkan kini kami akan melalui hari kejohanan dengan Atikah sebagai penjaga gol nombor satu pasukan berjanji akan membalas dendam dengan kekecewaan Atikah sewaktu darjah 6 yang lalu.. Perlawanan pertama kami dimulakan menentang SMK Perempuan Teacher Methodist..
Di mana seminggu sebelum hari kejohanan Atikah telah dilanda demam dan kecederaan.. Tangan kiri Atikah bengkak selepas mengambil darah sewaktu itu.. Dan ianya jelas merisaukan pasukan Atikah.. Namun Atikah melangkah ke hari kejohanan tanpa sebarang masalah dengan azam yang baru walaupun memakai jersi lama setelah jersi kami masih tidak dapat disiapkan..
Di mana kami menang 3-2 di mana gol kedua pihak lawan di akui Atikah merupakan kesalahan sepenuhnya Atikah namun ianya tidak menghalang pasukan pihak lawan mengucapkan tahniah kepada Atikah atas persembahan Atikah dan begitu juga pasukan Atikah dan cikgu-cikgu.. Namun semasa rehat sebelum perlawanan kedua, Atikah sekali lagi mencederakan diri Atikah..
Bahu kanan Atikah mengalami kesakitan yang amat sangat selepas Atikah sering kali melakukan hantaran-hantaran jauh yang tidak pernah dilakukan Atikah sepanjang latihan.. Namun ianya tidak menganggu Atikah untuk beraksi pada perlawanan terakhir peringkat kumpulan menentang SMK Kubu Gajah di mana sekali lagi kami menang 3-2..
Kemenangan tersebut menyaksikan kami mara ke peringkat kalah mati sebagai johan kumpulan dengan juara bertahan SMK Dato' Kamarudin menjadi lawan kami.. Tidak dapat disangkal lagi kami memang memiliki psikologi yang lemah selepas tidak mempercayai kami mungkin mampu menundukkan mereka.. Namun memandangkan hari tersebut kami memakai jersi baru, so semangat kami makin berkobar-kobar selepas jurulatih kami Abang Amirul tidak dapat hadir..
Jadi misi kami adalah untuk membuat Abang Amirul bangga dengan kami walaupun bakal kehilangan tip-tip berguna daripadanya.. Dengan Atikah paling merasa kehilangan Abang Amirul sebab Abang Amirullah selama ini memberikan nasihat kepada Atikah.. Namun kami melangkah ke arah padang dengan misi membanggakan sekolah kami selepas PK Koko kami turut hadir menyaksikan perlawanan..
Kami ketinggalan tidak sampai satu minit perlawanan selepas pemain pertahanan leka.. Namun kami bangkit kembali dan berjaya menang 2-1.. Di mana bagi Atikah perlawanan tersebut merupakan perlawanan terbaik Atikah dengan begitu banyak pujian diberikan kepada Atikah dan Atikah makin dikenali dan tekanan makin meningkat selepas Atikah mendapat tahu SMK Tengku Menteri menunggu kami di perlawanan suku akhir..
Oh perlawanan tersebut juga menyaksikan nama Atikah berada di dalam senarai untuk pemilihan pemain yang bakal mewakili Daerah Larut Matang dan Selama ke peringkat negeri Perak.. Di mana misi pertama Atikah berjaya tercapai.. Namun misi kedua membawa pasukan mara ke peringkat separuh akhir memang mencabar..
Terutama sekali bahu kanan Atikah mula merasakan kesakitan yang amat sangat namun Atikah pendamkan sahaja.. Perlawanan tersebut menyaksikan kami tewas 4-2 dengan Atikah memang kecewa dengan kekalahan ini walaupun Atikah sudah beraksi di tahap terbaik Atikah dengan menyelamatkan banyak percubaan-percubaan pasukan lawan walaupun bahu kanan Atikah makin menyeksakan Atikan semasa perlawanan..
Semasa pasukan lawan bersorak kegembiraan, Atikah dan pasukan Atikah duduk kecewa dengan kami dapat melihat Cikgu Norzie yang sebelum itu meloncat kegembiraan dengan kemenangan kami mara ke peringkat suku akhir menangis namun bangga dengan pencapaian kami.. Di muka Atikah jelas terpapar kekecewaan yang teramat sangat..
Namun cikgu dan rakan-rakan Atikah memujuk Atikah supaya tabahkan semangat selepas Atikah menyalahkan diri Atikah kerana gagal menyelamatkan 4 gol mereka terutama sekali dua gol yang Atikah patut selamatkan atau mencuba lebih baik untuk menyelamatkannya.. Namun Atikah berjanji akan membalas dendam dengan berjaya menempatkan diri ke dalam pasukan Daerah LMS ke peringkat negeri Perak selepas Atikah gagal melakukannya 3 tahun lalu selepas menampilkan aksi paling bodoh sekali..
Namun Atikah gunakannya sebagai pengajaran yang berguna sekali.. Dan walaupun bahu kanan Atikah masih merasai kesakitan dan pergelangan tangan kiri Atikah kembali sakit, Atikah masih berjaya menempatkan diri sebagai penjaga gol kedua pasukan dan muncul satu-satunya pemain dari SMK Simpang yang menempatkan diri ke dalam pasukan selepas Kak Intan dan Kak Fatin gagal menempatkan diri..
Namun hari pertama di dalam kem latihan Atikah telah di landa demam dan memaksa Atikah terlepas dua hari latihan tersebut.. Namun Atikah tetap berada dalam pasukan dan bertolak ke Bagan Serai ke tempat tinggal kami yang tidak beberapa jauh dari kampung Atikah untuk hari kejohanan yang dilangsungkan di Parit Buntar..
Namun selepas beberapa masalah Atikah telah menarik diri dari pasukan sehari sebelum hari kejohanan.. Walaupun ianya mengecewakan Cikgu Norzie.. Namun beliau, PK Koko malahan pengetua sendiri memuji ketegasan Atikah dalam menegakkan kemahuan Atikah dan mendapatkan hak sebagai pemain.. Kalau nak tahu sebab apa well you always can ask me..
Okey cukuplah ini dulu.. Kita sambung pulak lagi dengan masih ada beberapa perkara lagi yang Atikah mahu ceritakan.. Namun check website ini untuk pengetahuan lanjut tentang perjalanan bola baling pasukan Atikah dan gambar pasukan.. Anyway Adios Amigos..
No comments:
Post a Comment