Tuesday, December 7, 2010

My Ambition

So what is my ambition.. Soalan yang cukup tidak digemari my best friend Akhmar.. Namun bagi Atikah jika ramai yang tanya apa yang Atikah nak jadi suatu hari nanti, memang agak sukar untuk Atikah jawab kerana begitu banyak cita-cita yang Atikah mahu gapai.. Namun apa yang pasti salah satu cita-cita ini Atikah harap akan menjadi kenyataan..

Yang pertama ialah menjadi salah seorang pemain pasukan kesayangan Atikah, Arsenal FC dalam pasukan wanita mereka yang cukup digeruni lawan di England.. Atikah tahu ianya mustahil namun jika Atikah berkerja keras dan belajar bersungguh-sungguh sehingga boleh pergi ke London, Atikah rasa cita-cita Atikah itu hanya selangkah sahaja lagi sebelum berjaya untuk Atikah genggam..

Jika ianya berjaya Atikah mahu menjadi penjaga gol.. Dengan inspirasi Atikah iaitu penjaga gol terkini skuad Arsenal Ladies Emma Byrne merupakan role model Atikah di samping Lukasz Fabianski.. Walaupun Fabianski pernah melakukan kesilapan namun usahanya menutup mulut pengkritiknya musim ini cukup Atikah respect..

Namun Atikah juga boleh menjadi pemain pertahanan kerana Atikah merasakan Atikah lebih panda membaca perlawanan dan membaca pergerakan dan melakukan aksi menyelamat daripada menjadi playmaker kepada pasukan dan menjadi hero pasukan dengan menjaringkan gol kemenangan pada lewat-lewat permainan.. Dengan Thomas Vermaelen, Kieran Gibbs, Laurent Koscielny, Faye White dan Alex Scott menjadi role model Atikah..

Tapi kalau x boleh jadi pemain jadi jurulatih dan pengurus pasukan pun jadilah.. Kerana Atikah berhasrat untuk menukar nasib bola sepak wanita Malaysia.. Dan mungkin juga menjadi penasihat.. Hei selagi ianya berkaitan bola sepak Atikah tidak berapa kisah kerana bola sepak selalu menjadi salah satu benda yang Atikah suka..

Yang kedua ialah Tentera Laut.. Ya Atikah tahu Navy?? Kenapa x jadi tentera udara atau tentera darat.. First sebab Atikah x nak jadi Air Force adalah disebabkan berita-berita yang Atikah dengar tentang pesawat terhempas dan sebagainya dan sebab Atikah tak nak jadi Tentera Darat adalah disebabkan abang dan ayah Atikah dah jadi tentera darat dan Atikah rasa tentera darat boring dan kena duduk dekat hutan..

Lagi pun Atikah sukakan laut.. Atikah pernah menaiki dan di bawa bersiar di sekitar kapal tentera laut di pengkalan TLDM Lumut semasa menjalani Rambu Pengkap pada tahun 2007.. Dan semasa itu juga Atikah belajar sedikit sebanyak tentang TLDM dan Atikah mula jatuh cinta kepada Navy.. Dengan menyaksikan drama Sea Patrol sudah semestinya membuatkan hasrat Atikah menjadi anggota TLDM semakin membara..

Yang ketiga ialah menjadi anggota Polis.. Dari dulu sampai sekarang cita-cita ini masih berada di dalam hati Atikah.. Sebab Atikah mahu menjadi anggota polis ialah disebabkan Atikah mahu menegakkan keadilan dan menumpaskan penjenayah-penjenayah yang mencemarkan kedamaian orang ramai..

Yang keempat ialah menjadi seorang doktor.. Kalau dulu Atikah akan cakap Atikah mahu jadi doktor pakar kanak-kanak kini Atikah mahu menjadi doktor di wad kecemasan ataupun menjadi doktor di pasukan Arsenal!! haha.. Sememangnya dengan menonton drama ER telah membuatkan Atikah semakin jatuh cinta kepada bidang perubatan..

Yang kelima ialah menjadi Ahli Forensik ataupun Crime Scene Investigator.. Sememangnya menyaksikan CSI Las Vegas, CSI New York dan CSI Miami telah membuatkan Atikah semakin suka untuk menjadi ahli forensik dan menonton drama ini juga telah membantu Atikah untuk menjadi ahli forensik..

Yang keenam ialah menjadi penjaga gol profesional bola baling.. Hei Atikah berbakat tahu sebagai penjaga gol bola baling.. Harapnya tahun hadapan Atikah semakin improve dan harapnya boleh mewakili Malaysia ke peringkat antarabangsa atau mewakili negari baru Atikah, Pahang di peringkat Kebangsaan.. Tiada role model yang spesifik untuk Atikah pilih dalam cita-cita ini.. Mungkin terus kekal dengan Emma Byrne..

Yang ketujuh dan yang terakhir ialah menjadi pemain gitar Taylor Swift.. Haha.. Okey maksud Atikah maybe Atikah akan main gitar dan jadi salah seorang pemain gitar paling disegani nanti.. Who know?? Apa yang pasti Taylor Swift akan menjadi sumber inspirasi Atikah, role model dan idola Atikah yang x akan Atikah tukar sampai bila-bila.. Adios..

2 comments:

  1. huhuhu.... banyaknye cite2 ko tapi aq hrp slh satu nye akn tercapai..huhuhu....^_^..<3..<3

    ReplyDelete