Thursday, December 23, 2010

Azam 2011 ku

So lebih kurang 8 hari lagi sebelum Atikah secara rasminya akan gunakan kedua-dua kalendar Taylor Swift 2011 Atikah.. So bila masuk tahun baru azam mestilah baru.. Sejujurnya Atikah x pernah ada azam betul-betul pun.. So masuk tahun baru nanti Atikah akan ada azam dan mahu menjadikan segala azam Atikah menjadi realiti..

1. Perkara pertama ialah STUDY HARD!! Kerana tanpa perkara ini azam Atikah yang lain tidak akan menjadi kenyataan.. Oh dan juga cita-cita Atikah.. Well nampaknya kena jadikan belajar sebagai kekasih hati ku.. ugh.. haha.. xD

2. Kedua ialah jumpa TAYLOR SWIFT!! xD.. Well ianya akan jadi cukup impossible untuk jadi kenyataan memandangkan Taylor x buat konsert di Malaysia.. Jadi misi Atikah ialah cuba bawa Taylor Swift ke Malaysia dengan tulis satu surat yang akan diberikan kepadanya dan memberitahu bertapa I want she to come here and how much I want to meet she..

Surat tersebut masih dalam proses.. Anyway kalau Atikah berjaya laksanakan azam pertama Atikah itu jadi Atikah akan melangkah satu langkah lagi untuk berjumpa Taylor Swift.. Oh dan juga mengambil satu langkah lagi untuk berjumpa dengan Jimi, Jill dan Hanne!! Oh juga Akhmar!!! Asyik melintasi area Akhmar je bila dalam perjalanan ke rumah Along so nak jadikan Atikah berhenti dan ketuk pintu rumah Akhmar..xD

3. Belajar main gitar.. Dah naik berhabuk dah gitar Atikah dan satu-satunya lagu yang Atikah pandai main ialah Happy Birthday.. So nak improve lagi skill Atikah main gitar so barulah boleh nyanyi lagu Taylor Swift.. haha.. Dan maybe lepas tu masuk AF.. xD.. Main-main je..

4. Azam Atikah pada tiap-tiap tahun dan x pernah berubah.. Memasukkan diri ke dalam pasukan bola baling sekolah dan lakukan lebih baik dari sebelum ini di mana Atikah berjaya melakukannya sehingga dipilih bermain mewakili daerah Larut Matang dan Selama ke peringkat negeri Perak sebagai penjaga gol kedua tahun ini..

So ianya satu rekod yang perlu dipecahkan Atikah.. Dan bagi Atikah ianya tidaklah mustahil kerana Atikah cukup bersemangat dan determine about that.. Cuma Atikah akui Atikah takut kecederaan kembali menghantui Atikah.. Bahu kanan dan pergelangan tangan kiri Atikah masih sakit hasil dari bermain bola baling tahun nie..

Itu x masuk lagu tentang kecederaan seterusnya.. Iaitu kecederaan pinggang dan lutut yang sudah lama menghantui Atikah sejak darjah 6 dan form 1 lagi.. Mungkin ianya ada kena mengena dengan sebab Atikah x minum susu.. But what I want to do?? I can't drink milk cause I allergic about it (satu lagi benda yang Akhmar patut tahu pasal Atikah)..

Ianya sepatutnya hanya susu lembu sahaja tapi kadang-kadang sampai susu lain pun sama jugak.. Selagi ambilnya dalam jumlah yang sikit Atikah akan okey tapi well Atikah x berani nak minum memandangkan nanti Atikah akan start muntah-muntah dan sebagainya.. Not cool (macam Sonny (Demi Lovato) cakap dalam sketchnya Sicky Vicky haha)..

5. Dan yang terakhir ialah make my family proud of me.. :D Adios..

1 comment:

  1. hope your ambition will come true...!!!!!!!!!!!!!!..^_^

    ReplyDelete