
So sewaktu zaman sekolah rendah dulu waktu darjah enam Atikah mula start main bola baling dan menjadi penjaga gol.. Atas bantuan Ustazah Anis Salwa Atikah telah dipanggil untuk pemilihan untuk mewakili daerah Larut Matang dan Selama.. Namun disebabkan Atikah terlalu gemuruh Atikah telah menyajikan aksi yang cukup memalukan semasa pemilihan tersebut..
Namun tidak mengapalah.. Masuk form 3 Atikah mencuba nasib sekali lagi dan akhirnya berjaya menjadi sebahagian daripada skuad bola baling daerah Larut Matang dan Selama hanya untuk melihat Atikah mengundurkan diri sehari sebelum perlawanan disebabkan beberapa masalah yang diketuai oleh masalah kecederaan bahu kanan dan pergelangan tangan kiri Atikah..
Jadi masuk form 4 ini Atikah berhasrat untuk dipilih mewakili negeri Pahang pulak di mana jika Atikah berjaya melakukannya, Atikah akan secara automitiknya akan mewakili negeri Pahang di kejohanan Sukma di Kuala Lumpur nanti!! Wow!! Ianya satu peluang yang akan Atikah tidak akan lepaskan selepas beberapa kali melepaskan peluang keemasan..

Bayangkan pemain terbaik wanita dunia, Marta berhadapan kesukaran untuk menundukkan Emma yang berada di tahap terbaiknya sewaktu itu.. Ini jelas menunjukkan jika Emma beraksi di tahap terbaiknya tiada sesiapa pun mampu untuk menewaskannya walaupun melakukan rembatan demi rembatan yang memukau kerana Emma mampu untuk meyelamatkan gawangnya daripada di bocori..

Atikah amat berharap yang Atikah akan terus beraksi di tahap ataupun melebihi tahap terbaik Atikah tahun ini bersama sekolah baru.. Harapan Atikah ialah Atikah mampu untuk beraksi mewakili negeri Pahang di Sukma nanti dengan harapan hendaknya nanti kalau ianya berlaku Akhmar akan datang menyaksikan Atikah bermain kerana ianya sudah semestinya akan membuatkan Atikah lebih bersemangat..
Atikah juga berharap masalah demi masalah kecederaan Atikah tidak akan sekali lagi menghantui Atikah.. Walaupun Atikah masih boleh beraksi di tahap terbaik walaupun bahu kanan Atikah begitu sakit sekali.. Namun ianya tidak akan sama macam mana Atikah beraksi tanpa sebarang ganguan kecederaan.. So doakan Atikah bebas kecederaan okey.. Adios!!
No comments:
Post a Comment