Atikah masih gagal untuk menghentikan Atikah dari terus menerus mendengar lagu Enchanted versi Adam Young ataupun lebih dikenali sebagai Owl City di mana Adam telah menjawab segala pertanyaan Taylor Swift dalam lagu Enchanted dan dilihat mereka berdua cukup sesuai bersama.. Namun kali ini Atikah x nak cerita pasal Taylor ataupun Adam.. Atikah nak cerita pasal Atikah dan Akhmar..
So hari ini telah pun 13 Februari 2011.. Ini membawa maksud tinggal sebulan sahaja lagi sebelum tarikh 13 Mac akan tiba.. Seperti yang Atikah cerita sebelum ini pada tarikh tersebut Atikah akan jumpa Akhmar.. I so Enchanted to meet you Akhmar.. Dengan segala kes lagu Enchanted yang berlaku semalam Atikah dapat rasakan semuanya akan jadi seperti yang diharapkan..
So tadi Atikah baru balik dari pasaraya Sakan dan ternampak lah baju yang sememangnya sesuai untuk perjumpaan itu nanti.. Walaupun murah tapi ianya boleh dikatakan cantik (di mata Atikahla).. So gambar di atas ini ialah baju tersebut.. So far inilah baju yang Atikah akan pakai nanti buat pertama kalinya selagi Atikah x jumpa lagi baju yang lebih sesuai..
Memang nanti Atikah akan pakai semua hitam.. Seluar hitam, tudung hitam kasut pun hitam.. Haha.. Gilakan.. Tapi lebih baik dari pakai warna warni.. Ialah pakai baju hitam senang sikit.. Tak payah risau kalau kotor ke apa.. Okeylah disebabkan cik Akhmar kita ini cukup baik sekali, Atikah membuat keputusan nak tunjukkan sedikit hadiahnya..
Sebenarnya dalam beg ini ada dua hadiah.. Dan termasuk sekali pembalut hadiah yang lebih.. Atikah x buang lagi.. Ye lah takut kalau last-last minute nak guna lagi ke apa ke manalah kita nak tahu.. So itu sahajalah serba sedikit hadiah untuk Akhmar nanti.. Di dalam beg yang cute itu ada dua hadiah yang cukup-cukup berharga dan cute.. Oh also kad Birthday pun ada dalam tu.. So Akhmar one month to go.. I'm looking forword for it.. Adios..
P/S: My friend said Akhmar is my boyfriend.. haha xD.. Cause what I will give to she and about my plan meeting she next month..
No comments:
Post a Comment