Bulan Februari tahun ini sememangnya bulan yang akan dilupakan Atikah sama sekali.. Sejujurnya pada bulan Februari ini banyak perkara-perkara yang tidak mahu Atikah ingatkan kembali.. Bermula dengan masalah kesihatan Atikah dan ditutupi dengan kekalahan Arsenal di tangan Birmingham City di final Piala Carling..
Hanya kemenangan menakjubkan ke atas pasukan terbaik dunia, Barcelona sahaja yang akan menjadi satu-satunya perkara yang akan dikenang Atikah untuk bulan Februari ini.. Kesemua peminat Arsenal semuanya berduka hari ini kerana kekalahan Arsenal sementara pemain-pemain Arsenal hanya tunduk malu dan memohon maaf atas kegagalan mereka awal pagi tadi..
Walaupun segelintir pemain Arsenal Ladies mahupun bekas pemain Arsenal Ladies memberikan sokongan dari Cyprus dan ada antara mereka turut ke Stadium Wembley untuk menyokong pasukan lelaki yang telah sekian lama gagal menjulang trofi kejuaraan, namun ianya masih belum mencukupi dengan kehilangan kapten pasukan, Cesc Fabregas jelas dirasai..
Kekecewaan Atikah sememangnya teramat-amat sangat.. Sebaik sahaja Birmingham menjaringkan gol kemenangan Atikah terus sahaja menutup TV dan membaling jersi Arsenal kerana terlampau kecewa.. Namun Atikah cuba berfikiran positif.. Kita masih ada 3 kejuaraan lagi untuk direbut dan kemenangan ke atas Barca bulan depan di Nou Camp lebih dari mencukupi untuk mengubati kekecewaan ini..
Atikah malas nak bercerita panjang lebar pasal kekalahan Arsenal kerana semuanya terluka.. Apa yang penting sekarang ini ialah kita stay positif dan terus menyokong Arsenal walau apa pun yang terjadi.. Jadi bulan Februari semakin melabuhkan tirainya dan Atikah tidak sabar menanti kehadiran bulan Mac..
Kerana banyak perkara yang Atikah tidak sabar untuk nantikan.. First sekali sudah semestinya pada tarikh keramat 13 Mac nanti.. Kerana pada tarikh itu Atikah akan jumpa Akhmar buat pertama kalinya dan untuk meraikan hari jadinya dua hari lebih awal.. Tiada apa pun yang dapat merosakkannya sekalipun Arsenal tewas di tangan Barca dan Manchester United (kalau Arsenal mara ke peringkat seterusnya Piala FA)
Namun sudah semestinya Atikah x mahu ianya berlaku.. Tetapi jika perkara tersebut berlaku Atikah sama sekali tidak akan kecewa pada tarikh tersebut kerana that day will be unforgettable and amazing day!! I swear that Akhmar.. You will never ever see me cry because Arsenal lose.. You probably see me cry cause meeting you or have to leave you when we going home..
Sejak akhir-akhir ini apa yang Atikah selalu fikirkan adalah apakah reaksi yang akan Atikah dan Akhmar lakukan semasa beberapa minit pertama perjumpaan kami.. Segala-galanya sudah tersedia dan semua barang yang diperlukan sudah disediakan.. Namun sebelum tarikh tersebut macam-macam lagi akan Atikah lakukan.. Kerana bulan 3 akan menjadi bulan yang busy dan menyeronokkan sekali..
First pada esok hari, ianya merupakan hari jadi kakak saudara Atikah iaitu Kak Chik ataupun Kak Hani.. Hmm.. Sorrylah Kak Chik, x ada hadiah tahun nie.. Haha.. Pada hari itu jugak hari jadi kawan baik Atikah di sekolah rendah dahulu, Ain Syazwanie.. Kemudiannya latihan bola baling sekolah Atikah dijangka akan dilakukan pada bulan 3..
9 Mac pulak Arsenal akan berkunjung ke Nou Camp dengan misi mengekalkan kelebihan 2-1 untuk mara ke pusingan seterusnya Champions League dan menundukkan pasukan yang di anggap terbaik dekad ini.. 12 Mac pula berkemungkinan perlawanan menentang MU untuk perlawanan Piala FA..
Hari itu juga menyaksikan Hari Terbuka TUDM Kuantan di adakan dengan Atikah sekeluarga sekali lagi berhasrat untuk pergi pada hari terbuka tersebut.. 13 Mac itu pula barulah bertolak dari Kuantan ke KL untuk berjumpa Akhmar di tempat yang telah ditetapkan untuk 'date' pertama kami.. Haha..
14 Mac itu pulak merupakan hari jadi kawan baru Atikah, Safiera.. Hmm.. Apalah yang nak buat masa hari jadi Safiera nanti eh?? X bincang-bincang pun dengan Affa, Izuwa dan Shila.. Ialah nak bincang pun Fiera ada.. So x boleh la.. So itulah lebih kurang jadual-jadual Atikah masa bulan 3 nanti.. Nasib baiklah x boleh tengok Taylor Swift live di UK.. Kalau x hujung bulan 3 tu kena fly ke UK untuk tengok konsert Taylor pulak..
So itulah antara sebab-sebab Atikah tidak sabar menantikan bulan 3 membuka tirainya.. So Akhmar nanti Atikah tolong buat countdown eh.. Haha.. Anyway Akhmar, kita perlu bincang lagi pasal 'date' kita nie.. So that's all.. Have a nice day everyone.. Arsenal maybe lose but we need to keep thinking positive!! Adios!!
erm... memang menjadi igauan.. we still do the same error, from the goalkeeping error.. harap2 kejadian musim2 lalu x berulang dimana arsenal terlepas 3 pials dalam 2 minggu (mase arsenal kalah kepada chelsea untuk carling cup klau x silap)
ReplyDelete