Sunday, February 20, 2011

Si busybody

Busybody atau kata lainnya si penyibuk, si mulut murai, si mulut tempayan dan orang yang suka jaga tepi kain orang.. Siapa yang suka orang yang macam nie?? Well kalau anda suka mereka anda semua memanglah dah x betul tu.. Atikah paling benci orang yang busybody nie.. Terutama sekali yang kaki report dan juga orang yang mahu menjadi batu api..

Minggu ini Atikah hanya 2 hari ke sekolah ianya disebabkan Atikah sakit perut.. Dalam tempoh itu Atikah dah terlepas berbagai-bagai benda sepertinya geng-geng Atikah bergaduh dengan kakak-kakak form 5.. Biasalah salah faham sikit-sikit terus je meledak kakak-kakak form 5 tu.. Almaklumlah mereka itu senior di sekolah..

Tetapi hari Khamis minggu ini juga kami telah selesaikan segala-galanya.. Lagipun kami pun malaslah nak gaduh-gaduh.. Tetapi setelah dah baik-baik tiba-tiba semalam kakak-kakak form 5 tu panggil Atikah dengan Izuwa.. Mereka tanya kami pasal adalah seorang budah nie cerita yang geng-geng kami nak buat khianat dengan mereka..

Atikah yang x tahu apa-apa tu blur je.. Haha.. Lagi pun aku hanya mendiamkan diri saja.. Begitu juga dengan Izuwa sebabnya malaslah nak gaduh dekat dalam sekolah.. Nanti x pasal-pasal kena panggil dengan pengetua.. Ish x mahulah Atikah.. Jadi lepas kami terus menerus berdiam diri mereka pun terus blah so kami pun pergilah buat perjumpaan dekat Library.. Ialah supaya Izuwa boleh ceritakan sikit dekat Atikah apa sebenarnya yang berlaku..

So selepas cerita-cerita rupanya itu semua kisah lama.. Mereka cakap-cakap macam tu je sebelum semuanya dah settle.. Tiba-tiba seorang budak yang busybody pergi report dekat kakak-kaka from 5 tu semalam.. Punyalah Atikah dengan Izuwa geram.. Kenapalah cerita lama nak dibuka balik??

So Atikah dengan Izuwa mula menyiasat siapakah budak form 1 yang busybody tu.. Dalam hati Atikah cakap, baru dua bulan masuk sekolah menengah dan nak jadi busybody.. Oh tolonglah.. Jangan menyibuk tentang hal budak-budak form 4 dengan form 5 boleh x?? Aaaahh.. Rasa macam nak bagi penampar je dekat budak tu..

So selepas berpakat dengan dua orang budak form 1 yang kami percayai akhirnya kami jumpa siapa si busybody tu.. Kami siap nampak dengan mata kepala kami sendiri dia asyik buat laporan dekat kakak-kakak form 5 tu.. Lepas tu siap menyibuk dekat kami plak tu.. Hey dahla.. Kami dah tau siapa kau sebenarnya.. Berangan nak jadi penyiasat konon.. Baru setahun jagung dah nak tunjuk jaguh..

Jadi Atikah dengan Izuwa pun mulalah start rancang untuk settlekan semua ini.. Buat apa nak bermasam muka lama-lama kan?? Lagipun itu semua perkara yang lepas.. Biarkanlah ianya lepas.. Jadi kami rancang nak terus terang je dengan kakak-kakak form 5 tu minggu depan.. Tapi kena tunggu Shila, Affa, Safiera, Roha, Linda dengan Syahira datang sekolah dulu la..

Biar jumpa ramai-ramai.. Tapi apa yang pasti lepas semua tu settle budak form 1 tu siaplah dengan kami semua.. Ugh.. Baru 13 tahun dah busybody.. Lepas tu pulak jadi batu api.. Buat sakit hati je.. Ish bila asyik fikir pasal budak tu memang buat Atikah panas betul.. Ugh.. Siaplah budak tu nanti..

Kami bukannya nak belasah dia ke apa cuma maybe kami pergi marah-marah dia sambil bagi nasihat.. Ialah bayangkanlah kisah yang lepas dia nak ungkit pulak.. Benda yang lepas tu biarlah lepas.. Itulah x payah nak busybody.. Memang nak bagi pelajaran sikit dekat budak tu nanti.. Anyway terima kasih sebab sedia mendengar luahan hati Atikah ini.. Haha.. Adios..

No comments:

Post a Comment