Friday, February 25, 2011

Zac Efron, Merlin and CSI Las Vegas

Bosan2.. Tengok muka si Zac Efron ini sedikit sebanyak menghilangkan bosan.. Haha.. Bercerita pasal Zac, Atikah nak beritahu anda semua yang Atikah gila punya benci stail rambut terbaru Zac.. Sebabnya ianya langsung tidak nampak macam si Zac yang digilai ramai remaja-remaja di luar sana tu.. Hmm.. Nampaknya sejak break up dengan Vanessa, Zac pun hilang kehandsomannya.. Haha..

Okey cukuplah pasal Zac Efron tu.. Mari kita bercerita tentang cerita Merlin yang kini sudah masuk musim ketiganya.. Sebab utama Atikah jadi fan cerita Merlin adalah disebabkan mak Atikah yang suka tengok cerita Merlin nie.. So sejak itu Atikah terus x boleh nak miss cerita Merlin..

Lebih-lebih lagi dapat tengok muka Bradley James ini iaitu Prince Arthur dalam series nie.. Atikah suka gila cara dia buli si Merlin dan buat x tahu je pasal Merlin.. Tapi kalau Merlin dalam kesusahan dia sanggup abaikan arahan ayahnya hanya untuk menyelamatkan nyawa Merlin.. Hmm.. Bilalah Arthur akan tahu siapa sebenarnya Merlin tu eh??

Musim ketiga ini lebih kepada pasal Morgana yang telah jadi jahat disebabkan kakak dia dan selepas mengetahui yang dia sebenarnya adik ke kakak (x pasti) Arthur.. Hmm.. Pening-pening.. Macam manalah si Morgana yang cukup baik dan caring pasal Arthur tu boleh sanggup mahu membunuh Arthur.. Ish2..

Apa-apa pun Atikah gila punya seronok sebabnya cerita kegemaran Atikah, CSI : Crime Scene Investigation akan kembali ditayangkan di AXN bulan depan dengan ianya memasuki season ke-11 di mana Sara Sidle sekali lagi akan berlakon dalam CSI Las Vegas walaupun kadang-kadang dan beberapa episode sahaja.. Tapi itu sudah cukup..

Tanpa sebarang keraguan lagi Atikah memang thrilled menunggu ianya kembali di tayangkan di AXN.. Tetapi cuma satu je yang membuatkan Atikah akan cakap CSI musim baru ini yang paling teruk sekali dan membuatkan Atikah x bersemangat nak tengok CSI iaitu si Justin Bieber.. Bukan setakat satu episode tetapi dua.. Ugh.. Benci, benci, benci, benci dan benci!!

Sorry eh Akhmar.. Haha.. Sekurang-kurangnya Akhmar tahu yang Atikah dah berjaya melepasi that stupid Bieber Fever yang berjangkit dari entah dari sape pun x tahulah.. Tapi apa yang pasti virus tu merebak sebab Atikah suka tengok si Justin dengan Selena Gomez.. Apa-apa pun x sabar untuk CSI musim baru dan Justin you better not give me another Bieber fever cause I HATE YOU and I rather die than be your fans!! Adios!!

P/S : Nampaknya Atikah akan tengok muka dia tu melebihi dari yang kebiasaannyalah nanti.. Ugh.. Benci!!! Atikah meluat tengok muka dia!! Aaaahh!! *jangan marah eh Akhmar*

No comments:

Post a Comment